29 Nov 2010

Ucapan Anwar Mengesahkan Banyak Perkara...

Anwar mahu kumpul semua calon kalah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR, termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan di akhir kongres PKR di Petaling Jaya.

Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi peranan kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya. -mk

Ulasan GB

Apa perlunya kenyataan di atas dibuat oleh Anwar? Kenyataan tersebut bukankah lebih baik dilakukan oleh Presiden PKR sendiri?

Apabila kenyataan itu di buat oleh Anwar yang merupakan Ketua Umum (jawatan yang tidak ada dalam PKR sendiri) seolah-olah menunjuk dan mengesahkan bahawa Anwarlah perancang utama barisan kepimpinan PKR selama ini. Sekaligus membenarkan wujudnya tanggapan wujudnya campurtangan serius Anwar di dalam Pemilihan yang lalu.

Ia juga mengesahkan tuduhan bahawa Presiden hanyalah boneka.

Ia juga mengesahkan tuntutan para pejuang Hindraf yang berdemo semasa kongres berjalan bahawa "Jeneral Anwar sila berundur, kami tidak perlu diktator dalam parti" dan kata-kata Kottapan pemilihan parti yang didakwa "didalangi oleh pemimpin atasan" dan "JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) tidak telus dan berat sebelah."

Ia juga mengesahkan ucapan perwakilan dari Perak bahawa "sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang kini semakin lesu apabila akyat tidak lagi menaruh harapan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa perubahan kepada negara."

Ia juga mengesahkan ucapan perwakilan dari Pahang bahawa "wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai “Geng Berempat”" dengan "Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa".

Dan ia juga mengesahkan tuntutan anak muda PKR bahawa PKR perlu diselamatkan.

Dan ramai pemerhati politik berpendapat PKR tak ubah hanya seperti sebuah parti serpihan UMNO sama seperti Semangat 46 yang dipimpin dan dikuasai oleh Tg Razaleigh Hamzah ketika itu.

Tiada ulasan: