19 Nov 2010

Penghargaan Untuk Ustadz Hassan Shukri - Terlewat, Tetap Bermakna.

Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang. -harakahdaily

Ulasan GB

Syukur alhamdulillah. Akhirnya PAS membuka mata untuk menghargai tokoh yang tak dapat dicari ganti seperti Allahyarham Ust Hassan Shukri.

GB telah menulis banyak kali tentang perlunya PAS menghargai sumbangan pemimpin-pemimpin PAS yang telah banyak mengorbankan tenaga, masa malah diri mereka sendiri untuk perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Memang mereka semua itu tidak mengharapkan balasan - kerana keikhlasan perjuangan di tangan Allah yang membalasnya - namun menjadi kewajipan kepada mereka yang memegang jawatan tinggi-tinggi di dalam PAS untuk menghormati dan menghargai sumbangan mereka berkenaan.

GB perlu mengulas isu tersebut di SINI. Petikan:

Pemergian Allahyarham Ustaz Hassan Shukri sebaik sahaja Muktamar PAS Ke 56 melabuhkan tirainya.

GB sebelum ini telah menulis betapa perlunya PAS menghargai tokoh-tokoh PAS sebagai agenda di dalam muktamar atau ap-apa program yang perlu dianjurkan oleh parti seperti Anugerah Maal Hijrah dan seumpamanya. Petikan:

Banyak perkara boleh dibuat oleh PAS, tapi tak buat. PAS boleh anjurkan program Maal Hijrah sendiri untuk iktiraf pejuang2 PAS yang dah berkorban utk parti seperti Hassan Shukri, Subky Latif, bekas2 PJ Negeri-negeri, tapi pemimpin PAS tak buat, lebih seronok bertenggek atas pentas VIP majlis Maal Hijrah pihak lawan.


Sehinggalah semalam, PAS masih tak lakukan kerja-kerja menghargai mereka yang telah bertungkus-lumus untuk parti. Jangan kata blogger, yang dihadiahkan herdikan "Luncai", sehinggakan seorang bekas Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang semua ahli lama PAS mengenalinya sebagai artitek yang telah mendraf Perlembagaan PAS, Allahyarham Ustadz Hassan Shukri, dilupakan.


Inilah PAS yang ada kini.

Apa-apa pun kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan TAKZIAH. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan semuga dihimpunkan Allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan ditempatkan di syurga jannatun-naim.




Tiada ulasan: