23 Sep 2011

Kes Gadis Dibakar Di Ampang: Suspek Cuba Perkosa Mangsa Sebelum Membunuhnya

Polis mengesahkan suspek dalam kes bunuh dan bakar seorang remaja wanita di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 Sept lepas cuba memperkosa mangsa selepas hajatnya untuk menyambung kembali hubungan percintaan mereka ditolak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata siasatan mendapati suspek berang selepas mangsa Nurul Awatif Syakir, 19, seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah di Selayang enggan meneruskan hubungan mereka.

Beliau berkata suspek dipercayai mengambil tindakan nekad membunuh mangsa sebaik permintaanya itu ditolak.

"Laporan bedah siasat telah diperoleh. Polis juga sudah mendapatkan perintah sambung reman sehingga 27 Sept ini sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Akhbar pada 5 Sept lepas melaporkan mangsa dilapor hilang oleh anggota keluarganya setelah tidak pulang selepas keluar rumah pukul 8.30 malam sehari sebelum itu.

Pengecaman mayat mangsa dilakukan anggota keluarganya melalui cebisan baju kurung berwarna hijau serta sepasang anting-anting yang dipakai gadis itu sebelum menuntut mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.

Pada 12 Sept polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan di pusat pengajiannya yang terletak di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan kes itu. -Bernama


Berita sebelum ini
Klik imej untuk baca



1 ulasan:

..cik faTiha Tea'ah... berkata...

manusia semakin kejam..dunia menuju akhir zaman...