23 Nov 2010

Penipuan Pemilihan, PKR Akan Terima Padah Dalam PRU13 Nanti

Penyelewengan pemilihan beri kesan kepada PKR hadapi pilihanraya umum

PETALING JAYA: Pemilihan Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan mencatat pelbagai sejarah.

Pindaan perlembagaan yang dibuat oleh parti itu bagi membolehkan ahli akar umbinya terlibat secara langsung untuk memilih barisan kepemimpinan semua peringkat telah mencatatkan satu sejarah baru untuk PKR.

Malah, sejarah yang dicipta ini bukan sahaja satu catatan rekod peribadi PKR, bahkan merupakan catatan sejarah politik tanah air yang wajar dikongsi oleh semua masyarakat negara ini.

Langkah berani PKR itu juga disifatkan sebagai meletakkan penanda aras baru dalam menyemarakkan demokrasi dalam negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Di sisi lain, satu lagi sejarah turut dicatatkan di sepanjang pemilihan parti ini yang melibatkan 400,000 ahlinya daripada 206 cabang di seluruh negara.

Dalam sejarah politik moden tanah air, PKR telah mencatatkan nama sebagai satu-satunya parti politik yang menjalankan proses pemilihan pemimpin parti yang paling banyak dicemari isu penyelewengan.

Menambah burukkan keadaan apabila pemimpin-pemimpin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) didakwa tidak cekap dalam menguruskan masalah-masalah berhubung penyelewengan yang didakwa oleh ahli dan calon bertanding.

Sebaliknya pemimpin parti dan JPP lebih gemar berterusan menafikan penipuan yang berlaku sekaligus lebih membakar kemarahan calon-calon dan ahli-ahli parti yang menganggap diri mereka tertipu
.

Selain itu, memang mudah bagi pemimpin-pemimpin ini mengkambinghitamkan sesetengah media khususnya media arus perdana dengan menuduh sebagai sengaja mengambil kesempatan memperbesarkan isu.

Perkara ini memang mudah untuk difahami apabila terdapat beberapa media arus perdana memberikan laporan kepincangan parti ini secara besar-besaran semenjak hari pertama pemilihan berjalan lagi.

Umno-BN sebagai parti seteru PKR tentunya tidak mahu dilihat sebagai parti yang tidak bijak sekiranya tidak mengambil kesempatan ke atas kemelut yang melanda PKR ini.

Bagaimanapun serangan terhadap PKR dalam isu pemilihan ini turut berlaku di kalangan pengamal media alternatif yang lebih bebas termasuk kalangan blogger pro PKR sendiri.

Sekiranya media perdana yang pro Umno-BN memberi laporan negatif dianggap bertujuan untuk meruntuhkan PKR, sebaliknya bagi rata-rata media alternatif ini cuba bersikap adil.

Bagi kebanyakkan bloger-bloger pro PKR pula, hentaman mereka lebih bersifat untuk mendidik parti itu agar tidak dilabelkan sebagai parti yang korup seperti yang dilabelkan terhadap parti seteru mereka.

Malangnya apabila kritikan-kritikan awal yang dilontarkan dengan nada lebih lembut oleh media alternatif ini dibalas dengan kenyataan bongkak dan penuh dengan sindrom penafian oleh JPP mahupun parti.

Kenyataan JPP sendiri pada peringkat awalnya yang lebih gemar menafikan adanya penyelewengan berlaku dalam pemilihan akhirnya memberi padah kepada PKR sendiri.

Akhirnya apabila aduan-aduan ahli dan calon terhadap penipuan yang berlaku tidak mendapat reaksi yang sewajarnya, maka pilihan akhir yang ada hanyalah bertemu media bertujuan memberi tekanan kepada JPP.

PKR yang lantang mempertikaikan karenah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dianggap sebagai alat BN, disarankan ada baiknya mengkaji sistem pemilihan dalaman partinya sendiri terlebih dahulu.

Bagi kebanyakkan pengkritik dari media alternatif, mereka tentunya dapat memahami sikap menyembunyikan pekung ini didorong oleh pemimpin yang tidak berjiwa besar untuk mengakui kesilapan dan juga demi menjaga imej parti.


Natijahnya, mungkinkah kerana sikap pemimpin yang beginilah, dengan sendirinya PKR terpaksa membayar harga yang mahal dalampilihanraya umum ke 13 nanti.

Kemelut yang memalukan ini tentunya mampu memberi kesan kepada pengundi di atas pagar yang dianggarkan mewakili lebih 40 peratus pengundi berdaftar dalam PRU 13 nanti.
-FMT

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biarkan siluncai Zaid terjun dengan labu-labunya

Tanpa Nama berkata...

SPR lagi penipu besar

Tanpa Nama berkata...

JPP PKR buktikan dia layak macam SPR. Kerja2 menipu.

Tanpa Nama berkata...

Aku doakan Azmin kalah teruk nanti dlm pru13.

kempen dia sebijik macam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

walau apa pun...rakyat tetap tolak UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan PKR bersuka ria dengan pemilihan pucuk pimpinan mereka..bila sampai PRU13 nanti..tahu laa dok sengih2 kat rumah..dah tk jd YB lagi

Tanpa Nama berkata...

xjadik yb pun tiap bulan dapat pencen yb gak...GB yg penakot nak letak komen aku dapat apa?asek ungkit2 dia blogger power...ahaha

Tanpa Nama berkata...

skrg baru jelas, yb pkr berjuang bukan utk apa-apa tetapi untuk perut dan pencen...

nana baling berkata...

Ramai kata tak mau dah umeno tetapi PKR lagi kelam kabut tak boleh pakai langsung... ha yang konsisten la ni parti Pok Nik la apa lagi kan ?

Tanpa Nama berkata...

pkr perasan dia masih relevan. hakikatnya kami anak2 muda dah mula meluat dengan pkr

Tanpa Nama berkata...

Setakat ini hanya DSAI yang lebih menyerlah dalam kepimpinan politik negara ini. UMNO/BN hanya menyalahgunakan entiti kerajaan untuk bertahan dan berpura-pura pandai dan diterima ramai. PAS khusus presiden dia hanya berbunyi jika ada isu. Selain itu dia 'tidor'. Pengikutnya gelak si galak bodoh jugak. Berkokok bagai nak rak reban tapi 'bungkus' di laman sendiri.

Walau 'perjalanannya' ditabur najis dan kaca serta disanggah dan direjam dengan berbagai fitnah yang rencam, DSAI dan parti dia tegar meneruskan misi.

Heboh dan kecoh yang ditudingkan kearah PKR itu hanya sesuatu yang sengaja dipopolarkan oleh pihak yang menzahirkan 'kegeramannya' terhadap ketentuan Allah Taala kerana masih membenarkan DSAI menggerakkan visi dan misi dia. Pihak rakyat pula sentaiasa berlapang dada dengan dan faham akan situasi walau cuba dikabutkan agar ikan-ikan kepeningan dan mudah dilukahkan.
Selamat berjuang dengan iklas. Hasad dengki akan menyebabkan bantuan Tuhan terhenti dan tersekat.

Unknown berkata...

Anon 9:00 menulis:

Heboh dan kecoh yang ditudingkan kearah PKR itu hanya sesuatu yang sengaja dipopolarkan oleh pihak yang menzahirkan 'kegeramannya' terhadap ketentuan Allah Taala kerana masih membenarkan DSAI menggerakkan visi dan misi dia.

Satu sindrom penafian yang amat teruk oleh penyokong tegar DSAI.

Bukankah heboh dan kecoh yang dikatakan itu juga adalah "ketentuan Allah Taala"?

Bukankah Anwar bakal dipenjara juga "ketentuan Allah Taala"?

Sebelum itu beliau membidas PAS katanya PAS khusus presiden dia hanya berbunyi jika ada isu. Selain itu dia 'tidor'. Pengikutnya gelak si galak bodoh jugak. Berkokok bagai nak rak reban tapi 'bungkus' di laman sendiri.

Hey PKR, tahukah anda PAS telah lama wujud sebelum PKR? Sekalipun Presiden PAS tidur, namun ahli2nya sentiasa sedar? Dan ahli2nyalah dulu yang berjuang bermati2an menyokong PKR yang tanpanya PKR lansung tak akan pernah kenal kerusi DUN dan Parlimen?

Itulah bukti keangkuhan PKR yang apabila telah berkuasa akan kencingkan rakan-rakannya.

PKR - cepat naik maka akan cepat bungkusnya - itu sunnatullah!

PAS forever berkata...

sudah la anon 9.00 am.
ngko klu nk backing anwar pun jgn la nk burukkan pas plk,bodoh punya mangkuk,pemimpin dia yg bangang org lain plk yg disalahkan,ini la susahnya klu masih ada berbau umno,
aku dah tak suka pada anwar sejak dari saat dia masuk umno dulu,dlm umno punya la kuat bodek,
aku masih ingat lg dlm satu perhimpunan agung umno satu ketika dulu,dia ada bagi satu pantun pada dr.mahathir berbunyi begini:

ANGKUT-ANGKUT TERBANG KE LANGIT,
MATI DISAMBAR ANAK MERBAH,
BIAR BERTANGKUP BUMI DAN LANGIT,
SETIAKU TAKKAN BERUBAH.

la ni apa macam?tu pun tok guru kutip dia balik pastu cuci bagi bersih pastu letakkan dia ditempat yang tinggi balik pastu dia dpt perhatian kembali dan disanjung kembali,tp apa yg jadi?mau kencing balik sama tok guru,cehh pejuang tulin kunun,pi mampus la korang

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jatuhkan PKR kenalah dari dalam, rancangan nak jatuhkan Pas melalui UG gagal, strategi UMNO hanya berjaya memperbodohkan orang bodoh yang kurang iman?sekiranya berita dibawa orang fasiq hendaklah disiasat...

Unknown berkata...

Hanya yg fasiq boleh dijatuhkan oleh yg fasiq.

Tanpa Nama berkata...

aku mmg tak suka pkr dari dulu.mmg pakatan syaitan.