4 Mac 2015

Bekas SUA Kesal Ulama Bebas Menegur Tapi Tak Boleh Ditegur


Bekas setiausaha agung bimbang budaya ulama PAS tidak boleh ditegur

Budaya menangani perbezaan pandangan dalam PAS kini berubah dengan puak tidak sehaluan pendapat saling tegur menegur dengan cara tidak beradab, ini menyebabkan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar melahirkan kekesalan dan kebimbangan dengan keadaan parti Islam itu sekarang.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.

"Ada kawan menegur, kumpulan profesional kena beradab dalam menegur ulama, dan ada yang berkata, ulama juga kena beradab dalam menegur profesional," kata ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu yang menyedihkan ialah, kumpulan ulama kelihatan seperti tidak boleh dikritik tetapi pada masa sama, mereka bebas mengkritik kumpulan yang bukan ulama.

"Ini amat membimbangkan,"
kata Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Kelantan, selama 4 penggal sejak 1999.

Beliau berkata keadaan itu berlaku ketika ini menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun ini apabila pemilihan untuk jawatan tertinggi kepimpinan akan berlangsung.

"Saya tidak akan terkejut jika (peringkat) kawasan membuat pencalonan pelbagai nama untuk jawatan tertinggi parti, termasuk presiden, kali ini.

"Mungkin akan ada perkiraan daripada segi sama ada seorang perwakilan ada hak atau tidak untuk memilih secara terbuka jawatan tertinggi, misalnya presiden, timbalan dan naib," katanya.

Kamarudin berkata, daripada pemerhatiannya, wujud pemikiran yang jelas bagi menunjukkan PAS sebuah parti terbuka yang tidak sekali-kali menolak sebarang bentuk pertandingan.

"Ini dibolehkan, dan ahli mempunya hak dalam perlembagaan untuk menjadi calon dan memilih jawatan dalam jawatankuasa PAS pusat,"
katanya.

Sejak sekian lama, jawatan presiden PAS tidak dipertandingkan manakala bagi jawatan tertinggi lain seperti timbalan dan naib presiden, serta ketua dewan Pemuda dan Muslimat, menyaksikan perebutan.

Pada pemilihan 2013, hanya 1 kawasan saja iaitu Kulim Bandar Baru di Kedah yang tidak mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden, tetapi beliau tidak ditentang kerana lawannya hanya mendapat satu pencalonan.

Kamarudin berkata, dengan apa yang berlaku sekarang, muktamar kali ini masa paling kritikal untuk ahli dan pimpinan PAS menentukan hala tujunya selepas ini.

Ahli PAS dipercayai akan membuat pertimbangan penting sama ada parti Islam itu mahu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan mempertahankan prinsip utama parti atau keluar daripada gabungan itu.

"Jika keluar, PAS boleh jadi bersendirian atau bersama parti lain," katanya.

Beliau berkata, budaya dalam parti itu kini sangat menyedihkan dan ia amat membimbangkan khasnya selepas penyebaran audio didakwa suara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.

Kamarudin berkata, rakaman audio itu merupakan satu perbualan yang diadakan di kawasan tertutup dan terhad.

"Ini bukan lagi amalan parti yang biasa, di mana apa yang dibincangkan di peringkat dalaman akan kekal di dalam saja,"
katanya.

Beliau juga memetik kes kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli yang dibakar selepas beliau didakwa menjadi dalang konspirasi menjatuhkan presiden.

"Kedua-dua kejadian ini membimbangkan, dan kita takut-takut ia dikaitkan dengan isu yang melanda dalaman PAS kini," katanya.

Kamarudin berkata keadaan sekarang lebih panas daripada apa yang berlaku menjelang Muktamar PAS 1982 apabila Tan Sri Asri Muda meletakkan jawatan sebagai presiden PAS (ketika itu digelar yang dipertua PAS Pusat).

“Mengikut kajian saya, zaman Asri tidak seteruk ini," katanya yang merupakan bekas pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia ketika krisis melanda PAS sehingga Asri meletakkan jawatan pada 1982.

Katanya, pada zaman Asri ada ketertiban dalam menguruskan parti dan ia berjalan dengan baik.

"Pernah sekali ada dakwaan berlaku silap kira dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat tentang Datuk Mohamad Nasir. Asri memanggil balik mesyuarat itu dan membuat kiraan semula.

"Beliau dilihat cuba menjaga maruahnya dan kepimpinan ketika itu," katanya.

Kamarudin yang pernah menjadi pengarah urusan Harakah menyertai PAS semasa era reformasi 1998 dan pernah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Umno serta menjadi setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.

Beliau menjangka muktamar akan datang bakal menyaksikan perbahasan berhubung struktur parti, khasnya berkaitan pertandingan jawatan tertinggi parti apabila sesetengah pihak melihatnya sebagai penentangan kepada pemimpin tertentu.

Ini susulan perbahasan hangat dalam parti Islam itu yang mendakwa sesetengah pihak dalam PAS tidak wala' atau patuh kepada pemimpin tertinggi khasnya presiden apabila ada kritikan dan usaha untuk bertanding menentang beliau dalam pemilihan kali ini.

Dr Hatta didakwa sebagai dalang dalam konspirasi menjatuhkan presiden Hadi pada satu demonstrasi dan majlis penyerahan memorandum oleh ahli PAS di depan pejabat agung parti itu pada 8 Februari lalu.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu pula didakwa merancang menjatuhkan presiden PAS apabila suara mirip beliau kedengaran di rakaman audio tersebut mengatakan, “secara umumnya Hadi dianggap ulama hebat dan maksum, tetapi ia perlu dinafikan".

Kamarudin berkata, beliau berharap dalam muktamar kali ini akan berbincang isu yang sepatutnya PAS bincang, iaitu melibatkan kepentingan rakyat yang sejak kebelakangan ini tidak dibincangkan.


"Saya harap ahli akan memikirkan soal pengurusan dalaman parti dan pengurusan kerajaan negeri yang ditadbir seperti Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor.

"Apakah pencapaian parti dan kedudukan Kelantan kekal baik seperti di bawah allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu dan sebagainya,” katanya.

Selain itu beliau mencadangkan PAS berbincang mengenai peranannya dalam Dewan Rakyat sebagai parti pembangkang, sama ada ia berkesan atau tidak. -TMI

ULASAN GB

GB memang respek dengan bekas SUA PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar ini. Semasa beliau menjadi SUA, PAS tidak bergolak seperti sekarang. Semua tindakan beliau adalah professional dan telus. Tidak seperti SUA sekarang, penuh dengan agenda tersendiri dengan gaya politik ala UMNO. Cakap lain buatnya lain. Bermuka-muka dan biased di dalam tindakan.

Kita tunggu saja hukum kebenaran dan keadilan berjalan sendiri... tengok apa kesudahannya kesemua kemuleut ini. Semuga Allah memberi kemenangan kepada yang iklhas berjuang tak kira samada ia dari kalangan ulamak atau bukan ulamak.

30 ulasan:

Amuraria berkata...

nampak gaya sealgi mangkuk-mangkuk yang ada antara para pemimpin parti islam masih denagn 'akal' singkat & caci maki pakai denagr lah parti islam tidak lama lagi ! kesian pada ahli-ahli sebenar yang berkorban jiwa raga demi parti islam tapi di'taik'kan oleh seekor dua musibat-musibat pimpinan tinggi ! ABU jangan lupa juga lawan geng pro 'ug' sampai mati !

Malaysiabaru berkata...

Inilah yg di panggil ularrmak ..
Ahli pas jgn risau apabila hadi kalah jawatan presiden maka jawatan lebih tinggi akn d beri.. Mushidul

Tanpa Nama berkata...

alamak apa sudah jadi, macam ulama UMNO, dah jadi Ulam UMNO?

aku berkata...

Parti hanya platform untuk kita berkhidmat kepada Islam, kenapa harus berbalah dan berkelahi sehingga lupa tujuan PAS itu sendiri iaitu untuk mendaulatkan Islam. Siapa2 yang mampu boleh diketengahkan tak kira ulama atau profesional. Jangan taksub kepada puak masing2. Pelik juga aku bila ulama dah jadi assabiah.

Tanpa Nama berkata...

Tulah yg aku pelik skrg ni... ulama ni mengata kat org lain tak apa... tp bila org tegur dia melenting pulak... satu lagi ulama skrg sedap2 jea ckp dan tuduh2 tanpa membawa bukti...akhlak islam ke mcm tu? Parok doh aku tengok ulama dlm pas skrg ni...apalah nak jadi...
Belum bergabung pun lagi dgn umno, perangai umngok pun dah ditirunya...jawatan presiden tu kalau dipertandingkan apakah ianya berdosa? Kalau anak jantan tulen mengapa perlu takut utk bertanding? Ceramah sana sini pom pang pom pang cerita pasal demokrasi, tapi pelaksanaan demokrasi dlm parti sendiri pun haru biru... apalah nak jadi dgn parti pas skrg...harap pada muktamar nanti ahli2 pas akan berani ambil tindakan sewajarnya...

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha Agung dan Presiden Perlu diganti, adakah Pas ketandusan pemimpin berwibawa?

Tanpa Nama berkata...

Musibat2 ug yg suka berpadu padu dlm kelambu dgn umnuuuu...

5sal berkata...

kata bekaih su tu hanya kulim bandaq baru yg tak mengundi pak tua hj hadi itu dulu mungkin pada permilihan kerusi no 1 akan ada kawasan2 yang memberi undi pada pak tua hj hadi.harap geng UG/GU akan sedaq akan kesilapan yang telah depa lakukan terhadap glo progesif tu.sedangkan ulama2 muda umno tak pernah mensyaiton, membarua,mempil kuda,membabi pemimpin depa yang tak sehaluan dan sekepala ngan ulama2 muda umno.fikir2kanlah wahai ulama2 pas(msu).

Tanpa Nama berkata...

siapa berani cadang pengganti Presiden PAS, kalau jantan sejati, dalam pemilihan?

Tanpa Nama berkata...

Jadi calon untuk bertanding jawatan Presdien PAS bukannya brmakna melawan Presiden PAS. Takkan perkara kecil macam tu pun ustaz2 dalam PAS tak faham. Soal siapa dapat jadi presiden belakang kira.

Unknown berkata...

Zaman telah berlalu, pada masa depan golongan propesional adalah ulamak. Banyak pelajar dari sekolah ulul albab dan aliran agama yang akan keluar dari pusat pengajian . Pada masa tu ustaz ustaz yang poyoo ni tahulah langit tinggi rendah

Tanpa Nama berkata...

TGHH wajar ambil tanggungjawap
Banyak perkaran di bawah TGHH yang gagal sejak kebelakangan ini
Di terengganu beliau gagal
Kepimpipinannya dalam PAS juga terus gagal...berlaku perpecahan
Kepimpipinannya dalam PR juga gagal...menenti pecah nampaknya

Sewajarnnya beliau terus meletakkan jawatan untuk diganti dgn seseorang yg lebih bertenaga, bewawasan, berketerampilan, dan bijak dalam siasah.
Beliau tidak perlu menunggu supaya di suruh letak jawatan
Beliau juga tidak sepatutnya berbangga dgn tanpa pertandingan nanti sbb beliau masih gagal seperti yg dinyatakan di atas

Anti Fitnah berkata...

Adakah PAS sudah bertukar dari parti DAKWAH kepada parti DAKWA?
Ingat pesanan Almarhum Fadzil Noor, apabila tindakan disukai oleh UMNO dan Media Arus Perdana, maka berhati-hati dengan berita itu dan begitu juga dengan ORANG yang bercakap dengan media itu.
Aku percaya bahawa agen UMNO sudah berada di dalam PAS. Mereka ni akan merosakkan PAS dari dalam. Menantu PAS juga mungkin merupakan agen UMNO sebab SB ni boleh meresap dan bertindak dalam berbagai watak. Tapi ada satu watak yang depa tak mungkin hapuskan ialah depa suka akan kemewahan dan kebendaan.
Guling Presiden? Jatuhkan Presiden? Bukankah PAS parti demokrasi? Sesiapa saja dalam PAS boleh men'jatuh"kan Presiden seandainya Presiden itu dah tak relevan dengan perjuangan parti? PAS bukan milik Presiden atau Keturunannya. Ini dah nak jadi macam negara Timur Tengah. Kuasa diwarisi. Bahaya.....

Tanpa Nama berkata...

Majoriti ahli dan akar umbi mahu pas terus kekal dgn pr, tapi yg masalahnya ialah apabila geng ug yg minoriti duk sibuk berkokok dan berkepak sana sini dgn diberikan imuniti oleh tuan presiden yg mau bergabung dgn umno..

Tanpa Nama berkata...

Cina tegur terus jadi "Hina agama"!

Apa logic ni?

nurin jazlina berkata...

Ustz Hadi & the gang cukup2lh menonjolkn kebodohan diri sendiri.Dulu org x tahu...skrg semua org dah tahu siapa yg bodoh & barua ddlm PAS...Nyahlh kamu daripada PAS ustz hadi & the gang.

Unknown berkata...

Setelah membaca dan memahami artikel yang di paparkan, ulusan Green Boc dan komen komen yang di berikan, saya kira ada kebenaran nya. Mengapa tidak. Kebelakangan ini ternyata bahawa kebanyakan kenyatan "TUAN PRESIDENT" dan "SETIAUSAHA AGONG" tidak konsistent, kerap berubah walau pun di tajuk yang sama. Contoh nya dimasa pemilihan M.B Selangor. Tidak kah tuan president dapat menangkap keranan menantu nya yang di gelar "DIN AYAM" itu yang telah mencelarukan beberapa kerusi semasa pru ke 13 dulu. SU yang ada ini pula apa maksud kata kata nya yang berbunyi, "TIADA" pertandingan untuk jawatan president, wal hal muktamar masih jauh lagi atau mungkin sudah tidak ada demokrasi lagi di dalam PAS!!!
Dengan itu saya mencadangkan agar jawatan president di pertandingkan dan mantan SU mengantikan SU yang sudah sampai tarih luput. Makanan kalau sudah tiba tarikh luput, "BAHAYA" untuk kesihatan.

Tanpa Nama berkata...

Dalam bn tu tak ada cina ke? Mca tu apa? Jawa ke? Jgn kata cina, dlm bn dayak sungai pun ramai...so, mana logiknya nak bergabung dgn umno?

Tanpa Nama berkata...

Walaupun aku sokong pas kekal bersama pr, cuma satu yg aku tak brp setuju...kenapa dap terlalu lantang menentang hukum hudud? Sedangkan non muslim tidak tertakluk di bawah undang2 ini...ada siapa2 yg boleh terangkan...dap ni nak kacau bab lain tak apa, tapi jgn mengacau bab agama islam... itu yg aku tak berkenan sikit dgn dap tu...

Tanpa Nama berkata...

Ceramah hadi n the geng pun dah takda org nak hadir dan dengar...
kat tmn melewar pun dah lengang dan basi...nasib baik masih ada pak ishak surin kat situ...

Tanpa Nama berkata...

Nabi2 as tlh mnunjukkan kpd kita hakikat CAHAYA-KBNARAN yg maha2TERANG sbg panduan yg sgt2MUDAH kcuali NIAT klompok putar-BELIT yg seolah2 mwujud kan "KASTA"-special bg rahib2 paderi2 ostad2 lebai @pon yg konon2nya prasan didewa dpuja2 sbg ULAMAK.

Kita semua SAMA
Kita semua SATU, berasal dr Adam as

Kita drp tanah & kmbali mnjd debu TANAH jua akhirnya..

TAQWA
TAQWA & TAQWA
..hanya TAQWA shj yg dinilai disisi "NYA"..dan TAQWA tidak tidak & TIDAK mnjd kan nabi SAW "MERASA" lebih 'mulia' @ lebih 'Tuan' drp org-BUTA hatta kpd hamba-SAHAYA yg hitam kulitnya..

TAQWA
Mnjdkan nabi SAW sbnr2-HAMBA

TAQWA
mnjdkan nabi SAW sbnr2-ABDI yg TAK minta keistimewaan apa2

TAQWA
mnjdkan MAKAN-minum nabi SAW seolah2 sama hatta kurang drp abdi-SAHAYA!

TAQWA
Mnjdkan nabi SAW sbnr2 hamba-ABDI yg bnar7brBAKTI kpd "ILAHI" tanpa mminta sbrg SPECIAL-istimewa upah GANJARAN & balasan drp sesama mnusia KECUALI "ganjaran" dr"NYA" shj!

TAQWA
Adalah sbnr7CAHAYA maha7TERANG demi mnegakkan sbnr7KBNARAN & sbnr7 KEADILAN sbg AMANAH-pmbelaan kpd umat 'marhaein' yg memancar dr dlm HATI, tanpa sedikit walau sklumit pon NIAT-pntingkanDIRI

INSAFlah..

Kita pernah melayari kesah nabi SAW yg sgt2HUMBLE hatta maseh trus sedia berbakti sbg abdi"NYA" menyantuni seorg-BUTA Yahudi yg slalu memaki hamun nabi dgn kata nista trhadap nya, sehinggalah keujung akhir hayat baginda..

AWASI lah..

Rujuk kpd surah Ali-Imran(3:64)

Dikalangan paderi & rahib2 Yahudi & Nasrani sgt suka mrk dipuja2 didewa2 dibesar-ISTIMEWAkan seolah2 mrk itu tlh pon mengambil tempat @ makam TUHAN!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang pilih UG "yang minority" dan bagi kuasa begitu besar!?!?

Bukan "majority ahli" ker yang sokong "minority UG"!?!?

Pas ini parti suci mulia cina tegur sikit pula di tuduh "Hina"

Tanpa Nama berkata...

Bila pernah adil ikut undang??? Boleh percaya ker kata "tidak tertaruk"!?

Tanpa Nama berkata...

Pas ini parti politik ker atau syarikat sdn bhd? Nak minta sokong tadi jentik kerana Ada teguran? Tanya doctor itu, bahasa apa jentik itu?

Tanpa Nama berkata...

Keadilan yg dtg drp undang2 Allah jgn dipertikaikan...yg x betulnya org2 yg melaksanakannya...

Tanpa Nama berkata...

Salam.. gua bukan ahli PAS pun . Saja nak menyibuk. Gua pernah hadir kursus BTN anjuran jabatan. Gua bukan ahli UMNO jugak. Jangan salah sangka. Ada seorang jurulatih, orang TGGNU kite cakap yang bukan-bukan pasal TGHH ni. Macam2 dia sembang pasal TGHH ni tetapi gua tak percaya pasal masa tu gua muda lagi dan tak banyak membaca. Lagi pun biasalah BTN kan pro kerajaan(UMNO). Kurang lebih macam KEMAS, PLKN dan yang seangkatan.Antara kata-kata beliau adalah yang masih aku ingat adalah.... Haji Hadi ini adalah seorang yang degil, keras kepala, suka memandang rendah pada kebolehan orang lain, kuat kenegeriannya, tak menghargai dan tak pernah nak memuji jasa orang. Tak boleh ditegur. Kalau berhujah dengan TGHH memang kita kalah kerana dia memang banyak tahu pasal ayat-ayat al Quran yang boleh menyokong perkataan beliau. Ini kata-kata dari jurulatih BTN itulah. Dia kata, dia kenal sangat dengan TGHH ini sebab agak rapat dan kenal semua isteri2 beliau...(gua tak tau berapa orang isteri TGHH. Gua anggap borak aje)Tetapi gua setuju dengan tuan tanah. Hukum kebenaran akan berjalan dan ternyata jurulatih BTN itu betul dan benar2 mengetahui sikap dan tindak-tanduk TGHH ini. Apa sudah jadi orang yang pernah digelar singa PAS ini? Dah jadi HITLER dalam PAS

air gunung berkata...

Adeh deh deh...
kena atas dahi...
kalo x di kompeten sedo2lah diri.
x yaah laaa nongkat langit..
pkai pulak tongkat sabda dan fiman pelbagai.
Utk apa?syok kena kipas?entahlahhh.

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu n the geng pun bangang jugak... asyik sonyap jo...takdo apo2 inisiatif ko utk selamatkan pas yg makin nazak skrg ni?

Tanpa Nama berkata...

Aku cadang aku!

Tanpa Nama berkata...

Asri

Bukan depa xtau. Yang berlaku ada sekelompok kecil pak lebai dok nak hijack platform PAS untuk dijual kat UMNO. JUAL....aoa makna jual? Bila jual dapat habuan....tu je ceritanya. Tu oasai depa dok buat huru hara.stail operasi mereka menjaja dan memperdagangkan taitel ulamak untuk tipu ahli PAS supaya sokong perniagaan jual beli mereka dgn UMNO.

Terokkan aku tuduh. Aku tuduh gitu sebab sampai hari ni depa xleh bagi hujah akal yang boleh menyakinkan. Hujah syarie....hang jangan dok mimpi la. Tu pasai dok tuduh orang sana sini. Dok label orang macam2. Saja nak tutup niat sebenaq mereka.

Cuba pikiaq dengan dok tuduh orang sana sini, dok label org macam2 apa tujuan? Tujuannya satu.....nak soh ahli percaya orang yg depa dok tuduh, dok label tu orang jahat. Orang nak rosakkan PAS.

Yang paling utama s3kali depa nak soh ahli percaya depa orang baik...
Supaya senang depa nak juai PAS kat UMNO...