20 Dis 2016

Hadi Dituduh Bersekongkol Dengan Penjenayah Dan Perogol Umat Islam Syria (?)

Bekas mufti 'kesipuan' lihat Hadi di Tehran

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa 'kemaluan dan kesipuan' membaca suatu catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di Facebooknya, Juanda berkata, maruah Malaysia ketika ini 'jatuh ke tanah di mana-mana' akibat penyertaan presiden PAS itu dalam persidangan antarabangsa di Iran.

Berkongsi status dibuat oleh seorang profesor dalam bidang hubungan antarabangsa, Juanda berkata, beliau tidak sanggup menterjemahkan kenyataan dibuat dalam bahasa Arab itu.


"Bagi yang sudi, pohon terjemahan teks catatan ini agar umat Melayu faham. Saya tak sanggup terjemah kerana herdikannya amat tajam..." katanya.

Juanda kini adalah ADUN Jemoreng di Sarawak mewakili BN.

Antara lain, Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan tentang kemarahannya terhadap penyertaan Abdul Hadi dalam persidangan antara mazhab di Tehran.

Menurut maklumat pada laman sesawang Abd al-Fattah El-Awaisi adalah cendekiawan British berdarah Palestin dan berpengalaman mengajar di negara Arab, Britain, Turki dan Malaysia.

Kata Abd Al-Fattah, pemimpin yang berkunjung ke Tehran itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

"Sesuatu yang amat memalukan dan buruk untuk sesiapa yang yang pergi ke Tehran, ibu negara musuh dan penjajah Iran dan menyertai persidangan anjuran mereka berkaitan Kesatuan Umat Islam.


"Persidangan ini telah dianjurkan oleh Institut Antarabangsa Bagi Penyatuan Mazhab Islam berakhir pada petang semalam (Sabtu 17/12/2016) dengan ucapan penutup telah disampaikan oleh ketua mereka yang juga merupakan penjenayah dan pembunuh iaitu Ayatullah Ali Khameini.

"Antara nama nama yang telah hadir pada persidangan ini seperti dilaporkan oleh media Iran ialah:-

1. Sheikh Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Malaysia (PAS) yang juga merupakan Naib Ketua bagi Kesatuan Ulama Sedunia. Beliau telah menyampaikan ucapan pembukaan persidangan ini pada hari khamis yang lepas (15/12/206).

2. Iddah Falahi yang diberikan gelaran sebagai 'Pemikir Al-Jazair' juga menyampaikan ucapan penutup pada persidangan ini.

3. Safinaz Kazim wakil dari Mesir

4. Uthman Batikh (Mufti Tunisia yang dilantik melalui Kedutaan Tunisia di Tehran).

"Kesemua mereka yang telah pergi ke Tehran ini bersekongkol dalam pencabulan gadis gadis kita dan wanita wanita kita, bersekongkol dalam jenayah pembunuhan dan penghancuran, bersekongkol juga dalam pembinasaan yang kesemuanya ini telah dilakukan oleh penjajah Iran terhadap Syria yang telah musnah.

"Tidakkah menjadi suatu yang amat memalukan dan buruk bagi mereka yang pergi ke Tehran dan khatib rasmi negara itu - Ayatullah Imami Kashani - telah berkata ketika khutbah jumaat: Sesungguhnya Halab (Aleppo) telah bebas dan orang Islam telah menang ke atas orang kafir?!!"
tulisnya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Katanya, Abdurrahman adalah tokoh Sunni dan dilantik Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

Katanya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

"Selain dari itu Abdul Hadi juga menjelaskan isu-isu keganasan dan puncanya pada waktu ini.

"Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

"Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi.

"Selain Abdul Hadi, antara tokoh Sunni yang hadir ialah Sheikh Dr Mustafa Ceric (Mufti Bosnia-Herzegovina), Mufti Iraq, Wakil Hamas, Mursyid Am Parti Saadat Turki, Sheikh Dr Taj El-Din Hilaly (mantan Mufti Umat Islam Australia), wakil dari Jamaat Islami Pakistan dan sebagainya lagi.

"Isu yang dibangkitkan mengenai apa yang berlaku di Syria dalam minggu ini memerlukan kupasan dan analisis lebih mendalam.

"Insya-Allah Abdul Hadi sendiri akan mengupasnya secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana media antarabangsa atau mana-mana pihak, berdasarkan gambaran yang lebih luas.

"Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat akan memaklumkan tarikh dan waktunya yang sesuai untuk program berkenaan," katanya seperti disiarkan Harakahdaily. -mk



ULASAN GB

Satu ketika dahulu, heboh orang-orang PAS menuduh AMANAH sebagai Syiah sehingga Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ust Abd Ghani Samsuddin difitnah sebagai Syiah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu pun dituduh Syiah.

Malah sebelum itu pun isu Syiah dijadikan sebahagian dari kempen Geng Ulama untuk menyingkirkan golongan progresif semasa Muktamar ke 61 di kuala Selangor.

Kini semua fitnah dan tuduhan itu kembali kepada PAS semula.

Malah lebih dasyat apabila Prof Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi menyatakan mereka itu bersekongkol dengan penjenayah yang bertanggungjawab mencabul kanak-kanak dan wanita, selain pembunuh serta pihak yag terlibat dalam perang di Syria.

Berikut pula ulasan Dr Rozaime Ramli:



Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Satu jari menunjuk orang lain, empat jari menunjuk kepada dirinya sendiri.



FEATURED ADS



35 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

SEMUA YG HADI KATA BERBALIK KEPADANYA

PIS KATA MAT SYABU SYIAH..

SEKARANG TENGOK SAPA LEBIH SYIAH.. SIAPA SOKONG AYATULLAH AYAHCUCKOO..

HADI SANGGUP POLITIKAN ROHINGYA ORANG ASLI DAN DAP SERTA AMANAH..

HUDUD PUN BUKAN PAS YG BUAT RUPANYA JAMIL KILL YANG BUAT DI JAKIM.. TAK BERANI BENTANG TAKUT KOMPONEN BN MARAH

JAWAB BIK AMAR MUNAFIK.. ANTA KATA ANTA YG DRAF SKRG JAMIL KATA JAKIM YG BUAT...

HADI NI DAH SETARAF ALMARHUM ABUYA AL MAHDI AL ARQAM.. KONFIUSKAN PENGIKUT DGN KESESATAN PADA ISLAM..

ALLAHUAKBAR INILAH ALHIR ZAMAN ..ULARRRRMAK YG KUFUR JAHIL DAN LAKNATULLAH MCM NAJIBULLAH PM MALAYA..

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi mempunyai lesen besar untuk dia buat apa saja. Orang lain tak boleh....

Tanpa Nama berkata...

nasib baik yg serban putih dari malaysia tu bukan mat sabu..
klu tak..lagi teruk mat sabu kena hentam dgn geng walakontol..

omar daud berkata...

Salam:

Selalu panghanut-pangahanut pas,akan berhujah parti mereka,mengikut al-quran dan hadith"

Tetapi sejak dua menjak ini,AMALAN ketua-ketua mereka amat berbeza dgn ajaran al-quran dan hadith.Apa yg berlaku dan ketara,banyak ajaran2 islam di UBAH-SUAI.mengikut citarasa pemimpin-peminpin mereka,untuk mengejar dunia yg tak seberapa ini.

Kalau ikut AMALAN-AMALAN mereka,DUIT/KUASA dan DUIT adalah ajaran UTAMA.
Demi untuk dapat KUASA,Ajaran "AMAR MA'ARUF,NAHI MUNGKAR' yg dibawa oleh al-quran diKETIPIKAN begitu sahaja.Dah jadi,"AMAR KUASA dan DUIT" dah jadi keutamaan.

1.Mana saman 90JUTA tu???dah hampir 5bulan,baru2 ini ahli2 pas ditipu idup2,bila setiausaha agung pas kata dah mulakan preceeding saman,rupa2nya surat pertanyaan,BUKAN SURAT SAMAN.
2.Menyokong terang2 peminpin2 yg buat KEMUNGKARAN.
3.Mengunakkan hudud dan ru355 sEBAGAI ALASAN,Tapi malangnya satupun tak MENJADI.
4.RASUAH BALAK dan pemginiayaan orang2 asli MENJADI-JADI.
5.PENGABAIAN pada mangsa-mangsa BANJIR dibiar begitu sahaja.
6.10juta commission lombong,sampai kini tak TERJAWAB.
7.bersekongkol dgn SYIAH,sudah shah menyimpang dari ajaran islam yg LURUS.

sebab-sebab diatas,PAS memang tak layak MEWAKILI MAJORITY orang2 ILAM MALAYSIA.

WALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya PAS buat demo protes dulu..

Nak bantah orang Buddha bunuh orang, yang Islam bunuh orang Islam dia di sokong..

".. Katanya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan... "

Patut lah apa yang berlaku pada Syria .. lantak lah.

Sudah tentu Hadi tidak membuat kecam an dan membantah keras tindakan Iran di hadapan Ayatullah Ali Khameini.

Itu sebab Hadi di kutuk kerana menjadi bisu dengan pembunuhan dan merogol yang begitu kejam.

Hadi sudah kehilangan keyakinan diri dan merasa hebat semula apabila menyertai persidangan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Se belum ini hanya orang Islam di dalam negara yang kutuk Hadi.

Sekarang pulak orang Islam luar negara yang marah dan kutuk Hadi.

Itu lah Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Dr Abdurrahman Bayraan rakyat Iran, Hadi rakyat berasal dari Marang. Bukan Marang yang serang Syria.

Yang serang, rogol dan bunuh rakyat Syria ialah Iran. Mana mungkin dia bantah. Sudah tentu dia pun setuju serang Syria.

Dah ramai wakil sunni datang, kenapa Hadi tak ponteng yang menjadi kebiasaan dia ?

Apa ini ? Tak faham lah penyatuan Mazhab ini ? Kata Islam yang menyatukan manusia terutama orang Islam..

Jika ikut mazhab boleh bunuh membunuh dan merogol sekali ke? Sebab yang larang perkara itu semua ialah Islam ..? Kenapa tak panggil wakil Syria? Tak kan Syria tak mazhab ?

Dah membunuh merogol pun nak buat analisis mendalam jugak ?

Tanpa Nama berkata...

Hadi dah diaibkan atas mukabumi. Itulah, kau suka sangat gelar org dgn mcm2 gelaran, padan muka. Takpa, boleh minta tolong najib, rosmah akan kawtim dgn trump utk bersihkan nama hadi.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai lobai hadi....
Pembelit no 1 malaysia....
Apa nak jadi....
Serba tak jadi.....
Takabbuurrr...Allahuakbar...

Tanpa Nama berkata...

Ramai sungguh Mufti dan Ostad mengulas ni. Kalau suruh berhujah bahkan dialog antara agama blh berperang terus dgn hujah dan kenyataan yang tiada cermin ajaran Nabi SAW ni. Apapun kenyataan kita, blh lah cermin diri walaupun depan cermin tu. Tengok dan perati betul2 adakah kejadian Allah ini tiada kebaikan buat umat Islam. Kata nista di boc AMANAH (PAN) ni buat kami yang tiada parti ni teringat, glgn inikah yg menjadi pencaci & penista dlm blog2 PR suatu masa dulu? Mungkin ada kebenarannya. Sudah2 la, berTAUBATlah dan mula episod baru tahun hadapan. Simpan dlm2 bila kita kalah tu, adalah Allah nk tunjuk syarat utk kita berubah atau nk selamatkan satu glgn yg terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Bole aje dia nak ponteng kalau dia nak.. bukan tk biasa..

Tanpa Nama berkata...

Orang yang nak pergi (mati) bukan sahaja di lihat beribu yang solat kan jenazah atau atau ketika dia nazak dan tercungap-cungap tapi ada yang di beri ketika sihat dengan menunjukkan tabiat dan sikap nya selama ini yang sebenarnya.

Mudah-mudahan kita bukan manusia yang dalam kerugian.

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupa nya nak menyerang negara Islam boleh tapi gunakan alasan berlainan mazhab. Iran serang Syria bukan kerana negara itu Syria tapi kerana mazhab.

Orang Islam yang mengguna kuasa setelah bimbang dengan pengaruh mazhab lain yang lebih baik dari mazhabnya setelah gagal dengan pendekatan yang di ambil adalah mazhab yang sepatutnya di tolak.

Begitu juga apabila ada parti yang ada kuasa veto, hendaklah di tolak.

Kekejaman seperti membunuh sekali gus dan merogol, yang lebih selamat dari hukum berzina adalah pemerintah yang mengikut raja firaun.

Kepercayaan bermazhab semakin mengarut !

Tanpa Nama berkata...

X apa sbb dia ni maksum..boleh buat apa saja

Tanpa Nama berkata...

SAYA MELIHAT TINDAKAN HJ HADI INI SEBAGAI SATU CARA UNTUK MENONJOLKAN DIRINYA SEBAGAI ORANG PENTING DALAM DUNIA ISLAM..

TAPI SILAPNYA DIA MASUK KE KANDANG DAN PERANGKAP SYIAH.TIDAK MEMBUAT ANALISA, TIDAK MEMIKIRKAN SENSITIVITI UMAT ISLAM BUKAN SAJA DI MALAYSIA BAHKAN SELURUH DUNIA


TAPI SILAPNYA JUGA DIA SEORANG YANG PEMALAS. TIDAK MEMBUAT 'HOMEWORK'.. SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN TAMBAH LAGI PENASIHAT-PENASIHATNYA JENIS TAKSUB MEMBABI BUTA.

INI DILIHAT SEBAGAI HADI AWANG MENGIKTIRAF SYIAH, WALAUPUN MUNGKIN NIATNYA TIDAK BEGITU.

HADI MEMALUKAN DUNIA ISLAM ASWJ. MEMALUKAN MALAYSIA, MEMALUKAN PARTI PAS, WALAUPUN PELBAGAI ALASAN DIBERIKAN SELEPAS INI..PERKARA SUDAH PUN BERLAKU.

WALAU APAPUN SEMUA ORANG MEMBUAT KESILAPAN.. TETAPI KESILAPAn BOLEH BERLAKU APABILA SIKAP ANGKUH DAN BONGKAK MENGUASAI DIRI DALAM DIAM.

Ancient Mariner..
.

Tanpa Nama berkata...

hahaha anon 7.00 AM. seorang pascai yang menyamar kononnya tidak berparti!!!!!!

Boley Jalan berkata...

Kalau hadi seperti kameleon..pas cai anon 7.00 ni pun macam imam dia juga....Ayotolollah Hadi.

Lelaki Dicermin berkata...

Rasa apa saudara bicarakan ada betulnya.. dulu saya ada baca satu artikal..aktiviti islam tuang presiden di luar negara di atur oleh seseorg. Sy tak ingat namanya.. kalau tak salah sy.. org dah masuk amanah. masa org tu aturkan aktiviti tuang presiden.. tu yg nama tuan presiden terserlah di dunia islam..agak2nya.. org yg atur kan aktiviti skg.. bukan pemikiran antarabangsa kot.. cuma pemikiran malaysia.. apa2 pun tuang presiden.. dah terlajak perbuatan.. bukan terlajak perahu..

Malaysiabaru berkata...

CELAKO KO ANON 700pg

TEGUR SIKIT TAK BOLEH.. INIKAN BEKAS MUFTI YG TEGUR.. KAMI CUMA SOKONG.

ATAS AHARAN NIK ACIS.. DLM QURAN PUN TUHAN MENCARUT APATAH KAMI MAKHLUK LEMAH TAK BOLEH TEGUR MAHAGURU PLANET BUMI SEDIKIT PUN?

RINGGIT DAH CECAH RM4.489 MENUJU VENEZUALA YANG BANKRAP.. Nanti duit keping rm100 pun BN tarik mcmna?

MalaysiaL dah setaraf Filipina 4.990 peso.. Masih nak puja tuan guru hadi awe betul semuanya?

WAHAI AHLI PAS PIS PUS TEGURLAH

Tanpa Nama berkata...

Kalau berdialog antara agama boleh perang? Yang mazhab berperang dengan mazhab ada berdialog ke?

Tuan yang di kasehi Allah, rata-rata di sini menolak kekejaman dan keganasan yang di lakukan oleh Iran ke atas Syria. Ramai yang inginkan kedamaian dan sepatutnya Hadi yang bijaksana lagi maksum tidak mengunakan kedudukan nya sebagai Timbalan Ulamak se dunia untuk menghadirkan diri.

KUIS telah menafikan penglibatan kesatuan dengan persidangan tersebut. Hadi menipu lagi !

Kejadian mana ? Yang bercermin kah atau kejadian di bumi ? 1MDB ada kebaikan lah. Sokong penjenayah terbesar, kebaikan lah. Bentang hudud tapi tangguh lalu di ambil alih oleh Menteri pun kebaikan lah. Dan tebang balak rampas hak orang asli pun kebaikan ??

Kalau semua di dunia ini kebaikan tak adalah manusia kena tipu-daya oleh keduniaan. Tak payah lah kejar akhirat ..

Oh... cermin diri. Tapi yang di depan cermin ialah badan yang dari setitik air kalau tak berguna menjadi najis.

Nak berubah (episod baru) pun nak tunggu tahun depan? Nak tunggu pergi Haji ? Nak tunggu sambut Ramadhan ? Patut lah saman SR dan RUU bertangguh-tangguh. Dari bulan depan ke bulan depan.. Nak masuk tahun depan..





JAKA berkata...

HATI2 DENGAN ORG ITU. DARI DULU TELAH AKU LIHAT BAHAWA ADANYA AGENDA SYIAH YG CUBA MENYUSUP DLM KEPIMPINAN NEGARA UTK MERAIH SEDIKIT KUASA. DGN KUASA SEDIKIT ITU, CONTOHNYA PENASIHAT AGAMA, AKAN DIGUNAKAN UTK MEMBERI RUANG SYIAH BERKEMBANG.

SYIAH SUKAR MASUK KE MALAYSIA SEBAB KUATKUASA YG KETAT. Alhamdulillah. MAKA DIPERKUDA ORG POLITIK UTK MENYUSUP DALAM NEGARA. DI INDONESIA SYIAH SUDAH MENYEBABKAN HURU HARA.

SANGGUP BERTAKIYYAH BERBAIK DENGAN KETUA PENYAMUN YANG LEMAH DGN HARAPAN MENDAPAT TEMPAT. SANGGUP KETEPI RAKAN2 SEPERJUANGAN MEMBELA RAKYAT.
SANGGUP MENIPU GUNA NAMA KUIS. SANGGUP BERSALAM DAN BERDAKAP DGN SYIAH DAJJAL YANG DALAM MASA YG SAMA SEDANG MEMBUNUH MEROGOL UMAT ISLAM PALING KEJAM DALAM SEJARAH SETIAP JAM DI BELAKANG.

TERNYATA TELAHAN AKU BENAR BAHAWA SHEIKH QARDAWI TAKKAN MENGHULUR TANGAN SYIAH YANG BERLUMURAN DARAH UMAT ISLAM.

LABEL WAHABI DAN AGEN AMERIKA DIGUNA MELUAS OLEH SYIAH UTK MEMUSUHI UMAT ISLAM YG BERJUANG. SAUDI DILABEL WAHABI, ISIS DAN AGEN AMERIKA OLEH SYIAH DEMI AGENDA MEREKA UTK MERUNTUHKAN KAABAH.


UNTUK MEMAHAMI ISU SYRIA DAN IRAQ FAHAMI FORMULA INI :

US + ISRAEL + IRAN +RUSSIA + CHINA + ISIS + BASHAR + HEZBOSYAITAN -------------> sekongkol MEMBUNUH UMAT ISLAM


ISU SYIAH MERENTAS POLITIK KEPARTIAN DALAM NEGARA. IA ADALAH ISU UMAT ISLAM YG SEDANG MENGHADAPI GELOMBANG KEBANGKITAN SYIAH/DAJJAL UTK MENGHANCURKAN ISLAM.

kerana itu tidak pelik kenapa hadi berperangai pelik selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu tuk garu kafirkan sesiapa yg tak setuju dengan dia. Dah lama dia tak kafirkan orang tu. Bila dikafirkan org semua tutup mulut, pengikut bersorak tuk garu dah menang berhujah.

Antisyiah berkata...

masih ramai umat islam yg keliru mengatakan krisis dgn syiah adalah isu perbezaan mazhab.

krisis dengan syiah bukan isu mazhab. ia isu akidah. ia isu politik.

syiah beriman dgn takiyyah.. iaitu menipu. dajjal bermaksud pembohong besar. maka kerana itulah syiah adalah doktrin dajjal utk merosakkan islam dari dalam. maka syiah bukan mazhab dalam islam...

SYIAH ADALAH SATU AJARAN YANG KELIHATAN MCM ISLAM TETAPI SANGAT MEMUSUHI ISLAM.

bygkan dikala kita menyanjung sahabat2 Nabi saw, syiah mengkafir dan mengutuk mereka. ini memang nk cari gaduh ni! kenapa tk guna personaliti yg lain.

kpd umat islam yg masih buta tentang syiah.... kaji lah. jgn malas.

musuh yg terang amerika dan Israel Nampak dimata.. musuh disebalik jubah dan serban sukar dikenalpasti...maka itu kajilah.

jgn taksub pd imej luaran.

Tanpa Nama berkata...

Kau tulislah apapun admin mengenai lebai u turn...para walaun totok buta kayu yg malas mbaca akan tetap juga sokong si lebai kluk klek tu...

Pencolekhangek berkata...

Hadi ni dah gilo ko apo? Perangai macam orang buang tobiat nak mampuih!! Den tak tokojut kalau dio dapek duit berguni-guni dari syiah!!

Tanpa Nama berkata...

Duduk lah dalam wad jer.

Dah tamat perang .. minta doktor bagi kebenaran untuk keluar.


Tanpa Nama berkata...

Ularmak PAs macam ****mak. Selama lebih 20 tahun memerintah Kelantan, hanya syiar dan slogan "MEMBALAK BERSAMA ULAMAK" yg di perjuangkan. Untuk mengangkat syiar islam hanya omongan kosong. Melacurkan agama utk kepentingan sendiri.

Antizalim berkata...

Cuba baca kenyataan hadi di bawah, perkara 8;

https://www.pas.org.my/kenyataan-berita/10312-pandangan-politik-pas

8) PAS akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini bahawa tiada sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan parti DAP dan PAN, dan mana -mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam. Di masa yang sama PAS sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang menghormati dasar perjuangan PAS.

19 Disember 2016M

...............

...bukan main lagi dengan Amanah dan DAP dituduh bersikap keras dgn islam. tiada sebarang bentuk kerjasama.

tolak hadi dianggap tolak islam.


TAPI DENGAN SYIAH YG BUKAN SAJA KERAS DGN ISLAM TETAPI MEMBUNUH MENCINCANG MEROGOL UMAT ISLAM MEMBAKAR BOM MASJID MEMIJAK2 QURAN MENYEMBAH BASHAR... BUKAN MAIN LAGI HADI BAGI ALASAN LUNAK BERSALAM MESRA BERDAKAP CINTA.

HARI TU DGN KETUA PENYAMUN SGT MESRA NYA DIA.

ULAMAK JENIS APA HADI NI.. YG BAIK DIMUSUHI.. YG TAK BAIK DIJILATI.

next time don't take pilkuda while in politic

...........................


Surah Al Mumtahanah 8-9

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.


bukankah bashar syiah iran syaitan melakukan sebiji seperti dalam ayat tu? dan berkawan dgn mereka adalah ZALIM.

Tanpa Nama berkata...

Di malaysia hj hadi berkawan baik dgn PM yg menzalimi rakyat. Rakyat dizalimi dgn GST, kos sara hidup yg tinggi, kadar pengangguran yg tinggi dll

Skrg dia pergi berbaik dgn pihak yg sedang menzalimi dan bunuh org syria pula. Betul2 pd waktu kezaliman dan pembunuhan sdg berlaku!

'Ulama' ini dah tersasar habis. Allah nak tunjuk. Bukankah Allah telah berfirman, "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka," 11:113

MAKMUM berkata...


SYIAH MENGHALALKAN DARAH UMAT ISLAM

(Diriwayatkan oleh al-Hur al-Amili dalam Wasail asy-Syiah, 18/463; dalam Biharul Anwar, 27/231)


Karena menganggap Ahlus Sunnah kafir, mereka pun menghalalkan darah Ahlus Sunnah.

Mereka meriwayatkan dari Dawud bin Farqad, ia berkata kepada Abu Abdillah rahimahullah, “Apa pendapatmu tentang membunuh seorang Nashibi?”

Ia menjawab, “Halal darahnya, namun aku mengkhawatirkan dirimu. Jika engkau mampu merobohkan dinding hingga menimpanya atau menenggelamkannya ke dalam air agar tidak seorang pun menjadi saksi atas perbuatanmu, lakukanlah!”

Lalu Dawud bertanya, “Apa pendapatmu tentang hartanya?”

Ia menjawab, “Habiskan semampumu.”

...........


masih nk cintakan salam peluk syiah iran bashar lagi ???

iman jenis apa kamu itu?

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.

Malaysia mempunyai ramai MUFTI. tapi tak sorang pun berani bersuara.

Antara Agama dan harta dunia mana paling penting?

rasa nya umat di malaysia semakin keliru....?

Tanpa Nama berkata...

Hentikanlah gelar Hadi ulama... Dia cuma watak utama Hikayat Lebai Malang yang dah berkurun di cari...

azam muhamad nor berkata...

anon 11:59,rasenye org xphm ape yg anda maksudkan...membela hj hadi atau mengkritik?

azam muhamad nor berkata...

saya nk tanya,sapa tau sama ada hj hadi pernah menulis kitab2 yg menjd rujukan sarjana Islam?kerana kalau tulisan Dr.Yusuf Al-Qardawi mmg tidak dinafikan...Hal ini kerana Hj.Hadi seakan sentiasa tidak mendengar teguran dari Dr.Yusuf Al-Qardawi...dulu pernah ditegur bahawa tegakkan dulu cara kehidupan Islam sebeluk hudud...tp beliau ttp dgn RUU355...Jd seakan pelik apabila seorang naib presiden kesatuan ulama sedunia tidak mendengar nasihat dari presiden nya...Saya cuba utk mencari justifikasi...

Slock Craw berkata...

Sebenci mana pun anda kpd seseorg muslim ianya tetap tidak mbenarkan anda mnjatuhkan hukum kufur kpd muslim yg lain...malah ianya hanya menunjukkan anda adlh seorg yg jahil dlm berkata2...menuduh seorg muslim sebagai kafir telah mejadikan hukum kafir itu berbalik kena kpd si penuduh td skiranya muslim yg dituduh itu tdk kafir...