24 Okt 2010

Sultan Muhammad ke-V Sampaikan Geran Tanah Kepada 114 Penerima Di Gua Musang

114 terima geran tanah

GUA MUSANG - Sultan Muhammad ke-V, berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan, di sini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.

Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.

“Walau bagaimanapun kebanyakan geran dikeluarkan dalam bentuk pajakan 99 tahun dalam bentuk dusun, kebun getah atau kelapa sawit, tetapi ada juga tapak rumah pemindahan mangsa banjir.

“Pemberian tanah yang menjadi acara tahunan ini melibatkan semua mukim di daerah Gua Musang,” katanya kepada pemberita selepas upacara pengurniaan tersebut, di sini, semalam.

Sementara itu, penerima, Noriah Udin, 52 , dari Kampung Baru Limau Kasturi melahirkan rasa gembira kerana status tanah miliknya selama ini telah pun diperolehi.

Menurutnya, dia tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dia apabila diberitahu tentang pengurniaan tersebut.

“Saya gembira sebab akhirnya tanah yang dipohon untuk mendapatkan geran sejak tahun lalu diluluskan dalam tempoh yang agak singkat. Sekarang saya tidak perlu risau tentang status tanah ini lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Siti Hamidah Md Hasan, 58, juga dari Limau Kasturi, berkata, permohonan bagi mendapat geran tersebut dibuat lima tahun lalu.

Menurutnya, mulanya dia menyangka terpaksa melupakan hasrat memiliki geran terbabit.

“Saya diami tanah ini sejak 1984, dan mula memohon geran sejak lima tahun lalu, saya jangkakan terpaksa keluar dari tanah yang saya diami selama ini kerana tidak mendengar sebarang berita tentang geran yang saya pohon.

“Alhamdulillah, syukur, nampaknya hasrat saya akhirnya tercapai,” katanya.

3 ulasan:

Che Awe Donde berkata...

salam PRK Galas

Inilah untungnya ada PRK selalu, cepat pulak geran tanah diluluskan, tak macam biasa sampai ada 5 tahun mohon pun tak lulus2.

Oleh itu YB YB yg masih hidup tu check2 lah mana mana rakyat yang mohon geran tanah tu dah lulus ke belum. ambo takut nanti YB YB mati dulu baru geran tanah dapat. YB dapat geran tanah kubur untuk pajakan sampai hari kiamat.

wasalam

Waris berkata...

Wa... nanti puak umno ckp sultan berpolitik pulak. Tapi tak apa sb sultan pun ada hati dan perasaan jugak. Jgn jadi mcm sultan negeri aku asal umno ckp je terus ikut lepas tu control macho konon2 tak campur politik. Pigi dah...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah sultan berjiwa rakyat, tapi kuasa sultan sudah dikurangkan oleh mahathir