Tercampak merata tempat
SEREMBAN: “Saya nampak ada beberapa penumpang tercampak di merata tempat dalam bas yang bergolek selain jeritan penumpang yang cedera dan ketakutan,” kata seorang penumpang bas ekspres yang cedera dalam kemalangan mengorbankan 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Pedas, dekat sini, petang kelmarin.
Pelajar kolej, Tew Chi Ling, 18, berkata keadaan dalam bas ketika itu amat kelam kabut selepas penumpang yang cedera menjerit kesakitan manakala beberapa yang lain tidak bergerak dipercayai sudah mati.
“Sebelum kemalangan, saya terasa bas yang dipandu seorang lelaki terhoyong-hayang hingga ia gagal dikawal lalu terbalik beberapa kali dan masuk ke laluan bertentangan di sebelah.
“Sejurus selepas kemalangan, saya dapati tangan berdarah dan menggagahkan diri keluar dari bas yang terbalik,” katanya yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.
Menurut Tew, dia dan seorang rakan yang menaiki bas berkenaan merangkak keluar untuk menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
Dia yang menuntut di sebuah kolej di ibu kota, menaiki bas berkenaan dari Terminal Melaka Sentral kira-kira jam 6 petang selepas pulang bercuti hujung minggu di rumah keluarganya. -hmetro
Ulasan GB
MasyaAllah, memang menyedihkan malah mengerikan. Itu sahaja ungkapan yang dapat dilahirkan apabila melihat gambar berkenaan.
Dan tragedi sebegini menuntut erti kemanusiaan, tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, politik dan apa juga perbezaan diantara kita.
Kelewatan bantuan memang berlaku kerana kemungkinan kesesakan yang berlaku di sepanjang lebuhraya berkenaan. Namun dari ribuan manusia yan memenuhi tempat kejadian kurang pula yang datang untuk membantu. Sekadar menjenguk dan merakamkan kejadian.
GB mencadangkan, jika boleh, Unit Amal menyediakan "on call services", dimana petugas Unit Amal bersedia sepanjang masa apabila berlaku kemalangan-kemalangan sebegini, tidak terhad kepada program dan aktiviti yang dirancang.
Berita kemalangan ngeri ini dilaporkan paling awal oleh harakahdaily, sejurus menerima laporan dari pengarang beritanya, Roslan Abd Hamid yang kebetulan hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya itu. Satu yang baik apabila harakahdaily menjadi pihak yang pertama dapat melaporkan kepada rakyat mengenai peristiwa tragis berkenaan.
Namun adalah menjadi harapan kita semua jika pihak berkenaan sudah boleh menggerakkan misi bantuan pada ketika juga, dimana pengarang tersebut atau harakahdaily sendiri telah terus dapat memaklumkan kepada Unit Amal untuk disegerakan misi bantuan.
Dan kita melakukan dan menggerakkan misi bantuan di atas nama kemanusiaan, di atas nama keprihatinan, di atas nama Tuhan.

Keluarga dakwa bantuan lewat
BATU PAHAT: Kelewatan pihak berkuasa memberi bantuan kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 223 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), petang kelmarin, dikatakan punca ramai mangsa gagal diselamatkan.
Keluarga Goo Chuan Heng, 34, pemandu van yang maut di tempat kejadian sedih perkara terbabit berlaku kerana berpendapat, kematian anak keenam daripada 10 beradik itu dapat dielak sekiranya bantuan perubatan segera diberikan.
Abang mangsa, Goo Chuan Seng, 37, berkata, tidak logik semua mangsa diberikan bantuan selepas kira-kira dua jam kemalangan berlaku sedangkan terdapat hospital di kawasan berhampiran.
“Saya menerima panggilan telefon daripada kakak, Ai Wah, 42, yang turut berada di dalam van ketika kejadian pada jam jam 6.45 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama bapa, Ah Leng, 70 dan ibu, Tan King Choo, 65.
“Kami tiba di Melaka jam 8.30 malam dan disebabkan kesesakan lalu lintas, kami berhenti pada jarak empat kilometer dari lokasi kejadian sebelum menahan motosikal untuk tiba ke sana,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Taman Maju.
Menurut Seng, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat adiknya berada dalam van tanpa diberikan sebarang bantuan sebelum dia sendiri memberanikan diri dan mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu.
“Ketika itu, saya dapati dia tidak bernyawa tetapi yang menghairankan, mengapa tiada anggota daripada pihak berkaitan menghulurkan bantuan dan mengeluarkannya dari van berkenaan terlebih dulu.
“Saya memandu dari Batu Pahat dan jika diikutkan, jarak saya lebih jauh berbanding mereka yang bertugas bagi membantu mangsa di lokasi,” katanya.
Menurut Seng, selepas semua mayat dikumpulkan pada jam 9.30 malam, ambulans menghantar semua mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, menyebabkan mereka bergegas ke sana.
Katanya, apabila tiba di hospital berkenaan dan menunggu hampir dua jam, dimaklumkan mayat adiknya itu dihantar ke Melaka. -hmetro
Ulasan GB
MasyaAllah, memang menyedihkan malah mengerikan. Itu sahaja ungkapan yang dapat dilahirkan apabila melihat gambar berkenaan.
Dan tragedi sebegini menuntut erti kemanusiaan, tanpa mengira bangsa, agama, jantina, umur, politik dan apa juga perbezaan diantara kita.
Kelewatan bantuan memang berlaku kerana kemungkinan kesesakan yang berlaku di sepanjang lebuhraya berkenaan. Namun dari ribuan manusia yan memenuhi tempat kejadian kurang pula yang datang untuk membantu. Sekadar menjenguk dan merakamkan kejadian.
GB mencadangkan, jika boleh, Unit Amal menyediakan "on call services", dimana petugas Unit Amal bersedia sepanjang masa apabila berlaku kemalangan-kemalangan sebegini, tidak terhad kepada program dan aktiviti yang dirancang.
Berita kemalangan ngeri ini dilaporkan paling awal oleh harakahdaily, sejurus menerima laporan dari pengarang beritanya, Roslan Abd Hamid yang kebetulan hanya lewat beberapa saat sahaja untuk terlibat dalam kemalangan itu, mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya itu. Satu yang baik apabila harakahdaily menjadi pihak yang pertama dapat melaporkan kepada rakyat mengenai peristiwa tragis berkenaan.
Namun adalah menjadi harapan kita semua jika pihak berkenaan sudah boleh menggerakkan misi bantuan pada ketika juga, dimana pengarang tersebut atau harakahdaily sendiri telah terus dapat memaklumkan kepada Unit Amal untuk disegerakan misi bantuan.
Dan kita melakukan dan menggerakkan misi bantuan di atas nama kemanusiaan, di atas nama keprihatinan, di atas nama Tuhan.
13 ulasan:
salam GB,saya rasa untuk menyalahkan pihak berkuasa samada kakitangan Kem. Kesihatan,Bomba dan Penyelamat atau mana-mana pihak yang bertanggung jawab dalam insiden seperti ini juga tidak tepat memandang keadaan kesesakan lalulintas yang luarbiasa untuk sampai ke tempat kejadian dengan cepat dan pantas.Begitu juga dengan orang ramai yang berada di tempat kejadian.Dalam pemerhatian saya yang sudah agak acap kali terserempak dengan kemalangan tragis sebegini,didapati sering berdepan dengan orang-orang yang 'tidak dapat membantu' bukannya tidak mahu membantu.Ini disebabkan kebanyakkan masyarakat kita tidak terdedah dengan pengetahuan kerja-kerja menyelamat bagi kes-kes ekstrim sebegini.
Kebanyakan hanya mampu melihat dan melahirkan perasaan simpati tetapi mereka amat takut untuk mendekati mangsa dalam keadaan yang berlumuran dengan darah.Pernah dalam satu kejadian kemalangan ngeri seorang yang memberanikan diri untuk datang membantu akhirnya dia pula yang jatuh pengsan lantaran tidak tahan melihat keadaan mangsa atau 'mabuk darah'.
Pandangan saya sudah sampai masanya pihak berkuasa menaikkan taraf dalam usaha-usaha menyelamat terutama untuk sampai ke tempat kejadian dengan cepat contohnya dengan mewujudkan skuad bantuan paramedic dan ambulan dengan menggunakan helikopter.Selain dari itu PAS juga harus memikirkan cara untuk mewujudkan skuad khas dalam unit amal bagi membantu mangsa-mangsa bencana dan kemalangan seperti ini.Skuad ini haruslah dibekalkan dengan kepakaran membantu walau dalam apa keadaan sekalipun.Bagi merealisasikan usaha ini PAS boleh bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan bagi mendapatkan kursus-kursus persediaan dan kepakaran.Walaupun tidak dinafikan unit amal sentiasa dilihat terkedepan dalam menangani apa-apa jenis bencanapun tetapi ianya masih bersifat umun tanpa mengkhususkan tugasan seperti unit paramedic,skuad penyelamat,skuad bantuan logistik dan lain-lain lagi.
Selain dari itu saya juga cadangkan supaya PAS boleh gerakkan satu program kursus kepada massa bagi mendedahkan kepada mereka apa yang perlu dilakukan apabila bertembung situasi sebegini.
Bila tengok impak dari perlanggaran ini memang menunjukkan kejadian berlaku pada kelajuan yang tinggi (mungkin melebihi had kelajuan yang ditetapkan) sedangkan setahu saya had kelajuan bas yang dibenarkan di lebuhraya hanyalah 90km/j.
Cerita pasal penguatkuasaan had kelajuan... ini cerita BASI... Hangat-hangat Taik Ayam. Pihak yang berkuasa tidak melaksanakan tugas dengan amanah... yang mereka sibukkan adalah saman ekor kenderaan penumpang.. lebih sikit saja terus saman...
Dulu kita masih ingat sibuk, gaduh, kalut satu negara bas2 penumpang kena pasang Kotak Hitam dan pasang Lampu Amaran untuk memantau had kelajuan... mana benda2 tu sekarang... yang jelas yang untung ialah pembekal peralatan tersebut dapat durian runtuh, untung bermusim yang lumayan termasuk jugalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan dan menumpang2 laba (makan komisen)... Lepas semua bas dah pasang ... senyap, bahkan sekarang dah tak da pun kaedah pemantauan itu lagi...
bila berlaku kemalangan begini pihak2 yang bertanggungjawab mula sibuk mencongak2 jawapan untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.. itulah amalan yang lazim berlaku...
Jadi yang terlibat menjadi mangsa kalau tak mati dapat sakit atau cacat kekal. lebih parah lagi keluarga mangsa juga menjadi trauma.
Nak salahkan syarikat bas 100% pun tak kena. Sebab faktor2 lain seperti penguatkuasaan juga amat memainkan peranan utama sebagai pencegah dari berlakunya kemalangan seperti ini. Tetapi yang nyata bila kejadian ini berlaku telah terbukti faktor penguatkuasaan telah gagal.
Sepatutnya pemantauan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat2 bas ini dilakukan secara lebih berkesan dan berterusan. Ini tidak, ianya bersifat bermusim... Ops sikap berjaya ke??? tapi tak da satu kepala otakpun oleh pihak berkuasa boleh berfikir untuk melaksanakan pemantauan dengan lebih baik dan bersistematik. Balik2 saman ekor, tangkap gambar itu saja ke yang boleh. Bila ada proposal baru atau gadjet2 baru itu yang disibukkan sebab ada duit kat situ. Bila cerita pasal upgrade yang melibatkan perbelanjaan wang rakyat yang banyak, baru pihak berkuasa ada minat nak cerita pasal keselamatan rakyat. Pasal apa tak guna satelit ke, GPRS ke nak pantau bas2 ini. Kan kita dah ada satelit. Yang herannya bila bayar duit boleh pulak guna satelit nak pantau pergerakkan kenderaan oleh syarikat swasta yang buat bisnes. Bila ada bisnes, masyukkkkk pihak berkuasa dapat duit....
Jadi terbuktilah duit lebih penting dari nyawa rakyat (rakyat didahulukan????), sedangkan bina satelit tu guna duit rakyat... Malah kita bengga tak tentu pasal sebab dah ada angkasawan, walaupun apa sumbangannya kepada rakyat masih kabur sedangkan duit rakyat dah habis berjuta2 ringgit.
Jadi sama-samalah kita fikir dan bermuhasabah... kepentingan rakyat ni dimana? betulke rakyat didahulukan... atau keuntungan dan wang diutamakan... berfikirlah dengan kepala otak jangan guna kepala lutut pulak sebab nanti cerita yang sama akan berulang... ada lagi yang akan menangisi kematian orang yang tersayang...
Apa yang pasti bila penguatkuasaan undang2 dilakukan mereka hanya mampu berfikir kaedah yang akan menyusahkan rakyat terbanyak... orang2 besar ada eskot dan traffik jaga... rakyat kena ketepi dulu...RAKYAT DIDAHULUKAN.... khua..khua
Komen 1

Komen 2

meleleh airmata saya tengok mayat itu... masyaAllah.. Ya Allah, ampuni kami....
100% aku salahkan POLIS & JPJ.
semua pihak sewajarnya muhasabah diri. yang haq jangan dibathilkan dan yang bathil jangan di haqkan.
JANGAN LUPA! DOSA MELAMBAK..... MAKA BALAQ PUN MELIMPAH. QADA' dan QADAR DIKETEPIKAN JANGAN. aLLAH DAH SEBUT, KUN FAYA KUN.
UCAPAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA YANG TERLIBAT. SEMOGA ALLAH MEMNCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA.
'PERBUATAN ITU KHAS DAN BALAQNYA UMUM'.
sebab itu saya membantah kempen PAS utk menghapuskan saman ekor..
saman ekor adalah salah satu cara yg paling berkesan mencegah pemandu drpd memandu terlalu laju.. cuma perlaksanaannya perlu diperbaiki.. jgnlah semata2 isu senarai hitam, saman ekor dikatakan totally tak betul.. contohnya, 5km selepas speed trap ada polis yg sedia menunggu utk menahan kenderaan yg melakukan kesalahan..
Hello Yellowboc,
Saman ekor tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Ia ditentang kerana berlakunya penyelewengan dan kezaliman ke atas pemandu yang tidak sedar pun yang dia disaman.
Kalau nak cari punca, baliklah ke sistem pendidikan kita. Adakah sistem kita dapat melahirkan insan yang harmonis atau insan yang 'menipu' untuk mencapai kejayaan? Tanya guru-guru hari ini. Kau akan tahu sebabnya dan puncanya. Jangan lupa tanya diri kau, itu pun kalau kau sudah menjadi bapa atau ibu kepada anak kau.
kecoh di tv, dada akhbar dan internet soal accident ini....
mula balik timbul soal org2 yg so called bijak pandai ni buat proposal itu dan ini....
Nak implement akta bebagai....
pada saya, enforcement yg penting,
apa undang2 yg tada kat m'sia ni, semua ada, ada org kesah? selagi tak kena batang idung sendri sorry la...
sebab enforcement very low, kalu ada org yg nak tegakkan enforcement tu nanti, hah, mula la kena 'pulau' ngan geng enforcement sendri,
paling teruk, boleh di 'overwrite' oleh sesetengah individu, boleh kautim.... so tada sapa yg amik tahu dan rakyat tak aware dgn benda2 ni.... yela, bole kautim....
hangat2 tahi ayam je...
lepas ni, tgk la nanti, pihak berkuasa akan kuar statement, pihak bus pun sama, menteri itu menteri ini, kementerian itu kementerian ini kata begitu dan begini....
penat la.... yg matinya rakyat gak, yg seksanya rakyat juga....
keluarkan undang2, tapi enforcement?
Dimana silapnya?Siapa yang bersalah dan bertanggung-jawab? Jawapannya satu sahaja - PENGUATKUASAAN.3 pihak yang bertanggung-jawab dalam soal ni - JPJ,Polis dan Syarikat Bas.Penguatkuasaan dicemari dengan rasuah.Syarikat Bas memikirkan untung sahaja. Bila berlaku kejadian seperti ini,baru semua orang bangun dari tidur.Tindakan,tindakan,tindaka.
Kemudian kendur balik - hangat-hangat tahi ayam.Inilah budaya Malaysia Boleh dan 1 Malaysia.
BN memerintah terlalu lama, rakyat dah tak selamat
natijah dari rasuah yg berluluasa.
Catat Ulasan