28 Okt 2010

Pasar Malam & Pasar Minggu Seluruh Negara Bakal Dihapuskan

ETP: Tiada lagi pasar malam, Bazaar Makan ganti gerai

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

Tujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya, padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekarang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

Bagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500 orang.

Sejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.


Ulasan GB

Apakah ini hasilnya daripada Najib yang dikatakan kera turun padang?

Apakah tindakan turun padang selama ini adalah menyediakan rancangan untuk "membunuh" peniaga-peniaga kecil tersebut dengan satu proogram yang hanya mampu disertai oleh golongan kelas menengah dan elit di dalam Pasar Komuniti yang dirancangkan di dalam Program Transformasi Ekonominya?

Sungguh pelik. Rupa-rupanya tindakan beliau yang turun padang hanya untuk menayangkan mukanya kepada rakyat, supaya dikenali bahawa aku PM berjiwa rakyat sedangkan tidak ada lansung di hatinya untuk membantu, malah kini akan menghapus semua perniagaan pasar-pasar malam dan seumpamanya.

Memang kita lihat beberapa tindakan Najib selepas menjawat jawatan PM begitu menampakkan bahawa beliau banyak mengenepikan kumpulan peniaga-peniaga kecil apabila sebuah kementerian iaitu Kementerian Keusahawanan yang selama ini menjadi payung kepada MARA telah dihapuskan.

Malah tindakan-tindakannya sebelum ini menghapuskan kuota 30% bumiputera kepada syarikat tersenarai dilihat sebagai satu tindakan ganjil di atas nama pengamalan dasar terbuka untuk mendapat undi masyarakat bukan-Melayu kepada BN yang hampir terhumban keluar dari Putrajaya semasa PRU 2008.



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Be positif; yang ni nampak cantik, tentunya lebih tersusun, mudah diselaraskan, kebersihan pasti nombor satu. Cuma ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tiada peniaga kecil yang teraniaya. Yang baik aku kata baik le beb !

Tanpa Nama berkata...

Aku tak faham sungguh dengan pemimpin UMNO ni, dah diberi amaran oleh rakyat dengan kemerosotan jumlah kerusi di parlimen, masih tak serik-serik.

Nama pun pasar malam dan pasar minggu, bukan bermakna nak dibuat hari-hari. Kerajaan UMNO/BN nie ikut kepala otak dia orang je, tak mau bagi rakyat nak memilih untuk berniaga. Kalau dia orang minat berniaga secara berpindah-randah tu lantak dia oranglah, dia orang suka cari makan macam tu. Lagi pun setiap lot bukannya dia orang buka free... kena bayar dari majlis perbandaran... dan di situlah antara pendapatan majlis perbandaran selain dari kroni-kroni UMNOlah dok pau. Kalau alasan kotor tidak munasabah... kerana kebanyakkan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh kroni-kroni UMNO/BN dengan pelbagai macam nama... kalau kotor juga maknanya kroni kau orang tak buat kerjalah...

Bila dah ada pasar tetap dan dikendali swasta, kerat tangan la, memang akan meningkatlah kos perniagaan, selain akan meningkatkan kos kepada pengguna. Selain itu bukan semua orang boleh berniaga di situ, sewa mesti mahal, kos penyelenggaraan lagi. Mana songeh pengendali yang akan mengenakan syarat-syarat yang pelik-pelik.

Inilah susahnya bila pemimpin utama yang memerintah kini bukan berasal dari rakyat kebanyakkan, dia orang tak faham kegembiraan dan riuh rendah di pasar malam dan pasar minggu. Yang mereka faham New York, Paris, London, Hong Kong, Singapore, LA, dan sebagainya.

Pemimpin UMNO/BN ini memang tak memahami aspirasi rakyat... jadi rakyat tunggu apa lagi ... humbankan semua pemimpin ini ke dalam longkang melalui undi kamu di dalam PRU 13. Simpan depa pun tak guna seduit pun.

Tanpa Nama berkata...

anon 12.49

berapa ramai boleh sumbat dalam pasar komuniti?

tentulah jumlah peniaga yang mampu menyertai perniagaan akan berkurangan sebab penempatannya terlalu terhad dan ia tidak mampu untuk menampung dan menyediakan bilangan peniaga yang ramai seluruh negara spt pasar malam dan pasar tani.

Yong berkata...

Pasar kommuniti ni nanti diletak di bangunan warisan 100 tingkat! Ia mengganti pasar minggu kampung baru. Itulah yang ade dalam kepala otak umnoNGOK! MelayuNgok pula asyik undi umnoNGOK dan bunuh budaya mereka sendiri!

Tanpa Nama berkata...

Nanti pasar komuniti ini akan menaikkan kos untuk peniaga pasar malam yang menjual pucuk2 ubi dan segala pucuk2.munkin keuntungannya satu malam RM30 saja fikirkanlah macammana. mana mampu untuk bayar kos sewa dan macam2 kos lain di pasar komunitu tu nanti.berapa yg mereka dapat..

Tanpa Nama berkata...

PENIAGA - PENIAGA PASAR MALAM YANG TAK DAPAT TEMPAT BERNIAGA DI PASAR KOMUNITI TERMASUK PENIAGA YG KRONI UMNO YG DAPAT TEMPAT UNTUK BERNIAGA YG UNTUNG BOLEHLAH PERGI KE PUB - PUB YG UMNO AKAN SEDIAKAN SELEPAS PENAT BERNIAGA...JAHANAM MALAYSIA....BERTAMBAH LAYU LAH MELAYU.KETUA - KETUA BAHAGIAN PUN SIBUK NAK DAPATKAN SHARE DALAM PUB - PUB TERSEBUT MCM ANAK RAIS????

Tanpa Nama berkata...

wah bagus betul...x sangka aku ade pm sebijak ini..ye inilah caranya untuk meningkatkan ekonomi negara..ye..bagus2...

org yg buta ekonomi psti akan membantah...owh x sbr nk pru..nk undi umno nih..x sbr nye...

lepas nih boleh pergi psr komuniti..lepas ni boleh mkn nasi kerabu harga rm10 sebungkus..atau kuih rm1 2 ketul..atau air rm2.50 segelas...dah mcm setaraf alamanda plak...tapi...adakah peniaga melayu islam di situ???atau cina yg akan berniaga???adakah nanti aku terpaksa membeli di kedai cina..kerana tiada lagi peniaga melayu...kerana semuanya telah dirampas oleh umno atau kerajaan...

inikah 1malaysia??Ermm...bukakanlah mata hati mereka..semoga mereka lebih mampu melihat yg tersirat berbanding yg tersurat...terima kasih kerana semakin hari semakin memberi penderitaan..terima kasih menteri kerana rakyat didahulukan untuk disusahkan...

damn...