Wanita terkejut suami ditembak
PASIR GUDANG – Seorang wanita terkejut selepas melihat suaminya terbaring di depan pagar berlumuran darah sementara seorang anggota polis berdiri di: sampingnya, sebaik pulang dari tempat kerja, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.
Seperti lagak dalam drama, suaminya yang ketika itu masih sedarkan diri menunjukkan dan berkata bahawa bahagian belakang pinggangnya cedera parah terkena tembakan.
Wanita terbabit yang enggan namanya disiarkan tidak menyangka hasrat suaminya yang ingin keluar menjala ikan berakhir dengan tragedi ditembak kerana dikatakan melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Menurutnya, suaminya yang ketika itu menunggang motosikal bersama beberapa rakan, melarikan diri daripada ditahan kerana tidak memakai topi keledar dan hanya mempunyai lesen L serta cukai jalan tamat tempoh.
“Ketika saya pulang makan tengah hari di rumah, suami ada memberitahu dia ingin keluar menjala ikan bersama rakan dan saya pergi semula ke tempat kerja memandu kereta sendiri.
“Betapa terkejutnya saya sebaik pulang dari tempat kerja apabila melihat suami terbaring berlumuran darah di depan mata kerana ditembak seperti lagak dalam drama yang ditonton di televisyen,” katanya, semalam.
Dia yang masih bersedih dengan tragedi yang menimpa suaminya, bimbang dengan masa depan empat anaknya yang masih kecil kerana keadaan suaminya yang dirawat di hospital masih belum stabil serta belum sedarkan diri.
Wanita itu juga mempertikaikan kenapa suaminya ditembak, sedangkan banyak cara lain boleh digunakan untuk menangkap suaminya jika benar dia melarikan diri kerana ketakutan kerana melakukan kesalahan jalan raya.
“Saya tidak berpuas hati kerana suami saya ditembak seperti penjenayah bahaya, sedangkan dia cuma melarikan diri kerana menunggang motosikal dengan tidak memakai topi keledar dan cukai jalan mati serta hanya ada lesen L.
“Saya bimbang jika apa-apa berlaku kepada suami kerana anak kami empat orang masih kecil dan perlukan kasih sayang ayah; saya tidak boleh bayangkan apa akan terjadi jika apa-apa berlaku kepada suami saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi berkata, perkara itu akan disiasat secara terperinci.
Namun beliau enggan mengulas lanjut. -SH

9 ulasan:
Wak simpati dengan si isteri berkenaan. Wak rase siasatan terperinci akan dilakukan dengan adil dari segenap sudut.Seperti yang pernah Wak katakan dulu, terkejut dengan polis je jangan melariakn diri. Polis bukan tahu kesalahan kita kecil atau besar, kita kata kita bawa jala tapi polis sangka kita bawa bom amacam ? C4 pulak tu ? Lain la kalau terserempak je polis nampak tulisan kat dahi.... tak bawa ic, lesen mati....Pada Wak ini juga kes terpencil.
Cadangan : elok polis2 y membuat rondaan hanya dibenarkan menggukan peluru getah y hanya boleh melemahkan suspek, bukan utk mencderakan. lainlah klu jelas suspek didapati sedang merompak atau melakukan jenayah, ketika itu boleh menggukan peluru hidup... bagi kes2 yang polis belum tau / jelas keadaannye, mesti menggunakan peluru getah (jika suspek xberi kerjasama). Ni tak...polis main tmbak je mcm la da cmfm2 tau org tu wat jenayah... bayangkan la klu org tu lari coz x tahan nk teberak... tup2 kna tembak...x ke bangang polis2 tersebut.... (sekadar pandangan).
Sebagai insan yg mengikuti pelbagai insiden kebangsatan polis dan mengalami sendiri kebangsatan polis tatkala PRK , saya dengan tulus hati mendoakan agar wak parjoe dan anak-anaknya diberikan peluang oleh ALlah merasai tindakan bangsat polis. Kita tunggu dan lihat nanti apakah ayat 'kes terpencil' akan kekal ditulisan beliau atau turut melenting dan merasai maruah diri dan keluarganya dicarik-carik. Dengan peningkartan pelbagai kebejatan tindakan kerajaan umnoapco serta agensi-agensinya didoakan agar ALlah segera menghancurkan kerajaan umnoapco serta pendokongnya dengan sebangsat-bangsat kehancuran. Amin ya Rabbal 'alamin.
Rasa curiga sikit, tembak. Apa ni?
Jika di luar negara bila berlaku kebangsatan macam ni, ketua polis dia akan meletak jawatan. Jadi Malaysia patut mengambil contoh yang sama, ketua polis negara wajib meletak jawatan segera. Lepas ni mana2 ketua polis negara yang baru akan mempastikan semua polis menurut peraturan agar tidak menembak membabi-buta.
Saya pun ingin mengamin kan doa ZaimaZ. Mudahan siapa yang tulis pakai nama wak parjoe nie diberi peluang oleh Allah untuk merasa. Sebab ada sesetengah orang terlalu bangang sangat utk faham penderitaan orang lain, kena dia rasa dulu baru tahu.
SOP utk menembak sepatutnya bila orang yang disyaki mengancam nyawa Polis. Itupun kalau tak silap saya kena lepaskan tembakan amaran dulu. Bukan lari terus tembak. Apa lah guna nya mahkamah kalau hukuman dah dijatuhkan sebab tengok jala tue macam bom. Setau saya byk beza bentuk bom dgn jala.
Soalan patut ditanya, adakah nyawa Polis itu dalam bahaya bila melepaskan tembakan?
Kebanyakannya jenis sengal. Kalau mereka bijak mereka tak jadi polis. Baik mereka pilih kerjaya jadi peguam atau engineer. Mentaliti mereka kebanyakannya low class.
Polis malaysia... LOW CLASS.
Setuju dengan waris kebanyakan polis ni mmg tak mengguna kan akal yg di kurniakan untuk bertindak..samalah macam wak parjo yg menunjukkan kebangangan dan kebodohannya disini
Askm. Ada dua komen yang diluahkan mengikut perasaan.....Tak payah nak doakan Wak. Kalau nak ikut marah, Wak patut jadi orang pertama marahkan polis. Wak pernah alami peristiwa yang lebih teruuuuk dari apa yang anda tahu ! Tapi Wak tetap rasional dan percaya dengan penuh keyakinan bahawa bukan semua polis camtu, tapi segelintir memang ada, mana-nama department pun sama je. Tapi cadangan menggunakan peluru getah untuk yang tak beri kerjasama kepada polis, Wak amat setuju. Moga Hisyam dapat beri perhatian akan perkara ini.
Kenapa mesti mcm ni....setuju dgn rakan2...polis kena tembak ke atas...kasi amaran dulu.....rasanya Polis pun teruja nk pakai pistol la...depa pun hidup dlm dunia khayalan jugak la...teringin nk menembak mcm dlm filem,terikut dgn filem aksi ganas,mungkin betul jugak la yg prebet2 ni tk semua mempunyai latar belakang pelajaran yg tinggi...cuma sekadar cukup makan dan buleh dpt kerja...depa ni kena ditambahkan lagi dgn ilmu penyabar dan berfikir laaa...bertenang...
Catat Ulasan