28 Okt 2010

Isu Kelab Malam & SPA: Jangan Sampai Kita Turut Menerima Bala

Indonesia bergelut dua bencana

282 mati kejadian tsunami dan gempa bumi; 28 maut gunung berapi

JAKARTA: Indonesia bertungkus-lumus menangani tiga bencana alam sekali gus semalam dengan usaha membantu mangsa terselamat dan mencari mayat mangsa tsunami di kepulauan Mentawai dan mereka yang tertimbus dalam debu muntahan lahar Gunung Merapi di Jawa Tengah.

Kelmarin, Gunung Merapi di Jawa Tengah meletus dan memuntahkan lahar dan debu beracun, menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh.

Pesawat dan helikopter yang membawa pekerja penyelamat dan bekalan bantuan mendarat buat kali pertama semalam di kawasan terpencil di kepulauan Mentawai yang dilanda gelombang besar setinggi hingga tiga meter, menghanyutkan kampung, menyebabkan sekurang-kurangnya 282 orang terbunuh dan 411 lagi masih hilang.

Pasukan menyelamat yang menjalankan kerja mencari melihat kawasan luas yang ditenggelami air, manakala rumah roboh dilanda gelombang besar.

Dua hari selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.7 mencetuskan gelombang tsunami, angka kematian semakin meningkat ketika penyelamat yang berdepan pelbagai kesukaran, akhirnya berjaya tiba di kepulauan Mentawai yang paling hampir dengan pusat gempa dan paling teruk terjejas.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memendekkan lawatan beliau ke Vietnam dan kembali ke tanah air bagi menangani bencana besar yang melanda dalam tempoh 24 jam.

“Saya mahu memastikan usaha menghulurkan bantuan kecemasan dapat dijalankan dengan lancar. Saya mahu melihat sendiri keadaan mangsa,” kata Susilo kepada wartawan di Hanoi.

Semalam, pegawai pengurusan bencana, Ade Edward berkata angka kematian gempa bumi dan tsunami dianggarkan 282 orang manakala 412 orang masing hilang.

Beliau berkata penyelamat yang tiba semalam menerima maklumat terbaru angka kematian daripada ketua kampung.

Gempa bumi dan letusan gunung berapi berlaku di kawasan yang berada pada kedudukan dikenali Lingkaran Api Pasifik yang kerap terbabit dengan gempa bumi dan letusan gunung berapi menganjur dari Hemisfera Barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.

Ombak besar dan cuaca buruk menjejaskan operasi bantuan menyebabkan penduduk terpaksa melindungi diri sendiri.

Ketua daerah, Edison Salelo Baja berkata, tanpa tenaga yang cukup untuk menggali kubur, banyak mayat kini terbiar dan bergelimpangan di pantai serta di tepi jalan raya.

Beliau berkata pesawat kargo pertama dengan muatan 16 tan khemah, ubat, makanan dan pakaian tiba tengah hari semalam. Empat helikopter juga mendarat di Sikakap, sebuah bandar di pulau Pagai yang dijadikan pusat operasi bantuan.

“Akhirnya cuaca buruk berakhir. Kini kami berpeluang mencari mangsa terselamat dari pesawat dan dapat membaut anggaran kerosakan akibat bencana alam ini,” katanya.

Sementara itu, pegawai bencana meneruskan usaha untuk tiba di berpuluh kampung di kepulauan Mentawai, sebuah destinasi pelancongan popular yang memerlukan 12 jam perjalanan menggunakan bot.

Bagaimanapun, ketua pusat krisis Kementerian Kesihatan Mujiharto berkata, beratus-ratus beg mayat sudah dihantar ke kawasan itu berikutan lebih banyak mayat dijangka ditemui. -BH


ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
*Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
*Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
*Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan. -mk

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkasa ni apala..suruh buat kelab malam bersepadu..kelab malam yng ada berselerak sekarang pun tak larat nak pantau inikan pula nak tambah kelab malam lagi gila ke apa!!..

jamman berkata...

Be positive; kelab malam yang terancang lebih baik daripada berterabur merata, ia akan memudahkan pemantauan dan apa jua bentuk penyelarasan. Cantik......

Tanpa Nama berkata...

BE POSITIVE kepala otak hang! Ini dah terang terangan maksiat yang membawa murka Allah, ko ingat bila dah ada kelab malam yg terancang dan bersepadu ni, yg berterabur tu akan tutup ker... Moga cepat2 la kerajaan BN ni jatuh, sebelum Allah timpakan bala dasyat kepada kita semua...

Tanpa Nama berkata...

mudah je mendoakan org lain jatuh, yg baru belum tentu lebih baguz ok! Tuhan tu lebih tau, jaga je periuk nasi sdiri. Kalau kelab malam byk pun BUKAN utk muslim. apa ada hal?? Yg ko nak melenting tak pasal2, ko knp? Kalau gitu kita tak yah la pegi ke luar negara timba ilmu, byk maskiat... gitu?? Perhhh pikiran kolot sgt.

Tanpa Nama berkata...

Najib,Rosmah dan balaci-balaci UMNO (seperti yang komen-komen diatas)adalah merupakan manusia yang tak kenal dan tak faham akan "bala" Allah.Depa ni serupa macam kaum Ad,Thamud dan kaum Nabi Noh yang langsung tak mau mendengar nasihat.Begitu juga Kaum Nabi Lut,yang nampaknya sudah ramai diMalaysia.Indonesia tu bukanlah jauh sangat dari Malaysia,yang kedudukannya berhampiran dengan kawasan "Ring of Fire".Jangan lupa,tsunami yang berlaku diAcheh dulu,sampai juga kepantai Pulau Pinang dan Kedah.Kalau sudah turun "bala" Allah,semua kena.Maka itulah sebanya Islam menggalakkan umatnya "berpesan-pesan" dan "tegur-menegur".Ada faham,dan ada baca.

toru anaqi berkata...

ye betul kata komen2 tu..be positive ok..baguslah terancang.senang nak dikawal...sape nak kawal aku pun x taw...yg sekarang nih pun xterkawal...ermmm

baguslah wat kelab malam banyak2..senang nanti nk g pub..tension belajar??pergi pub..ponteng sekolah???pergi pub..pub jadi umah kedua agaknya...ermm...begitulah kalau da
terosak mindanya...

kalau bala ALLAH tu datang..bukan si perancang je kena...sape2 pergi pub,sape2 yg tgk org pergi pub,sape2 yg x pernah amik tahu,sape2 yg menegur,sape2 yg menyokong,sape2 yg melarang..semua kena...apa ingt bala ALLAH tu pilih ikut kuorta ke???atau ikut sistem kroni...ke ikut meritokrasi.....

sekali bala ALLAH dtg...semua kena...