Skrip lama isu agama, kerjasama PAS-DAP muncul lagi di Galas
Kain rentang mempersoalkan kerjasama DAP-PAS dan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang digantung di kawasan Gua Musang. PAS dakwa taktik itu digunakan oleh BN.
GUA MUSANG, 28 Okt — PAS menuduh Barisan Nasional (BN) sanggup melakukan apa sahaja bagi mencari kemenangan termasuk menggunakan isu agama sebagai alat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Sebagaimana pernah disaksikan ketika beberapa pilihan raya terdahulu termasuk di Hulu Selangor, kerjasama PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat muncul lagi kali ini.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata, BN akan menggunakan isu agama untuk menjatuhkan PAS dan mendapatkan sokongan daripada pengundi.
“BN bukan sahaja akan gunakan isu agama untuk jatuhkan PAS tetapi sanggup gunakan apa sahaja cara dan isu termasuk isu perkauman.
“Bukan ada peraturan dalam BN, bagi mereka semuanya halal.
“Ini menunjukan BN sudah ketandusan isu apabila sanggup menggunakan isu agama dalam kempen mereka. Kita sudah tahu budaya BN, mereka sanggup gunakan agama untuk jatuhkan lawan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kain rentang yang dipamerkan di tepi jalan tertulis “’Karpal Singh Hina Perjuangan Islam’, Kenapa PAS masih menyokong DAP (Harbi)?”
Kain rentang itu juga mempamerkan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh bertajuk “Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu — Karpal Singh”.
Dalam ceramah pertama kelmarin selepas kempen bermula, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu dan DAP menjalankan kerjasama selama ini adalah untuk membawa perubahan kepada negara.
Dalam mencapai matlamat itu kata beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi “jambatan” antara kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu.
“Walaupun DAP bukan parti Islam tapi PAS menjalin kerjasama dengan DAP kerana mahu melakukan perubahan terhadap pimpinan kerajaan sekarang,” kata beliau.
Kerjasama PAS dan DAP menjadi kritikan Umno termasuk ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu.
Abdul Fatah juga berkata isu yang dibangkitkan ini adalah perkara lama dan rakyat sudah mengetahui perkara sebenar kerjasama antara PAS dan DAP.
“Itu cerita lama, buat apa nak bangkitkan perkara lama. Kalau nak bangkitkan juga susahlah.
“Terpulang kepada BN nak buat macam mana pun, ia tidak beri kesan kepada PAS. Rakyat sudah tahu perkara itu, mereka sudah cerdik. Saya percaya mereka tidak akan tertipu dengan taktik BN ini,” katanya.
Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya dari PAS, Che Hashim Sulaima, 46, pada 27 September lepas akibat barah. Pengundian diadakan 4 November ini.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu yang mana BN meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang Abdul Aziz Yusoff manakala PAS pula menurunkan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.
Tambah Abdul Fatah, PAS dan BN sepatutnya berperang dengan menggunakan isu, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk menjatuhkan lawan.
“Kalau sebelum ini BN kata PAS ketandusan isu tapi sekarang nampaknya lain pula ceritanya.
“Jadi mari kita lawan siapa yang mempunyai lebih banyak isu, tengok siapa yang menang,” katanya.
Ulasan GB
Cukup tak senonoh kempen UMNO sekarang ini. Persis sudah nazak, sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan undi. Dijajakan isu kerjasama PAS-DAP yang kononnya DAP itu kafir harbi. Jika demkian MCA pula kafir apa?
Dan apa pula dengan Presiden UMNO sendiri?

5 ulasan:
Kepada Team GB,
Saya agak keliru apabila anda menuduh UMNO dan MCA kerana membuat kenyataan menolak negara Islam. Setahu saya, UMNO memperjuangkan orang Melayu, MCA pula memperjuangkan orang Cina. Tidak langsung tersebut dalam asas dan tujuan UMNO untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang melaksanakan hukum hudud. UMNO ditubuhkan untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
anon di atas menulis:
UMNO ditubuhkan untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam
Hukum hudud adalah ajaran dan arahan Islam untuk dilaksanakan.
Jika benar UMNO ditubuhkan untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, maka sewajarnya ia juga memperjuangkan hukum Islam, bukan hanya pakaian Islam atau fesyen Islam atau makanan Islam.
Tu,yg duer org tu,sorang MB,yg sorang mantan MB bawak keluor duit berjuta keluor negare tu org umno ker org pas???Keduer2nyer tu bukan ker menyeludup duit??Islam yg betoi2 Islam ker tu??
kita jadi keliru dengan perangai umno bila kita ajak bersatu atas dasar islam umno kata pas meletak syarat adakah orang2 umno sedar bahawa mereka juga islam menegak hukum islan menjadi kewajipan kepada semua umat islam bagaimana boleh dikatakan syarat sedangkan mereka juga islam,dulu sebelum pas berkawan dengan dap umno menakutkan orang cina mengatakan jika pas merentah negara semua orang cina akan kena kerat lancau,kepada arg melayu pula umno kata kalau pas merentah negara akan jadi huruhara,masyarakat majmuk tak boleh laksana undang2 islam umno mengamgap seolahnya2 ASW jahil/lupa/lalaisemasa menurunkan ayat berkaitan dengan hukum hudud, sekarang apabila ramainya orang cina sudah mula menyokong dan memehami dasar islam yang dibawa pas, umno cuba aleh perhatian denga memfinah pas dan dap depan orang melayu umno memburukan2 dap depan cina umno memburokan pas ,inilah perangai talam dua muka umno sejak dulu kini dan selamanya.
Eleh... Islam sangatla tu UMNO..
Catat Ulasan