28 Sep 2010

Tayangan "Lagenda Budak Setan" Bakal Kembali Di Galas?

Polis sedia hadapi pilihan raya kecil Galas

KOTA BAHARU - Polis bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni. -Bernama

Ulasan GB

Anak didik UMNO - yang dikatakan pelapis pimpinan negara di masa hadapan.










1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peminpin umno/bn akan berkunjung kegalas dengan membawa buah tangan berbentuk segala macam mak nenek untuk diagehkan kepada penduduk tempatan tanda perihatinan kerajaan pusat terhadap rakyat kelantan yang mundur tak ada pembangunan hidup miskin tak ada makanan tigal dibawah2 pokok.