28 Sep 2010

Isu Si-Sepet Dan Si Botol Dibawa Ke Galas

Ungkapan 'Si Sepet' & 'Si Botol', MCA Mahu Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR 28 SEPT : MCA hari ini menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiasat dan bertindak terhadap Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Hamim Husin jika terbukti mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap kaum Cina dan India.

“Jika perlu, polis harus mendakwa Hamim mengikut Akta Hasutan 1960 kerana menghina masyarakat itu.

“Sudah tiba masanya menghentikan tindakan bongkak dan tidak bertolak ansur di kalangan fanatik itu,” kata Timbalan Ketua Biro Publisiti MCA, Loh Seng Kok dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut Malaysiakini, Loh berkata, MCA terkejut seorang pegawai kanan kerajaan yang tanggungjawab utamanya untuk memupuk semangat patriotik, menjadi begitu rasis dan terhadap komuniti minoriti di negara ini.

“Adalah memalukan seorang kakitangan awam yang digajikan BTN yang melatih bakal kakitangan awam sanggup menggunakan kata-kata seperti 'si sepet mata dan 'si kaki botol' ke atas rakyat Malaysia keturunan Cina dan India.

Hamim semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno semalam dilaporkan The Malaysian Insider sebagai berkata adalah hak memerintah negara di tangan kaum Melayu dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak itu.

“Hak Melayu adalah untuk memerintah negara. Melayu mesti bersatu menghadapi anacam,” katanya yang dilapor turut berkata, "Melayu tidak boleh memerintah sendirian. Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC."

“Si mata sepet tidak pernah menjejak ke masjid atau surau tetapi mempunyai satu undi. Si botol hanya tahu naik dan turun ke Batu Caves dan juga mempunyai satu undi,” Hamin dilaporkan berkata. -TVS



Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.

Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.

Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

"Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia.

"Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu.-harakahdaily


Ulasan GB

Mulai sekarang pastikan semua isu dikumpulkan untuk dibawa ke Galas termasuk isu perkauman UMNO seperti tiada tindakan ke atas pengetua rasis dan juga isu si sepet dan si botol di atas.

Masyarakat bukan-Melayu mempunyai banyak isu ekoran dari semangat perkauman yang dimainkan UMNO bersama-sama dengan Perkasa.

Sementara isu tempatan seperti isu royalti minyak sepatutnya boleh mendominasikan kempen PRK Galas nanti.

Yakin boleh!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha! MCA sekarang baru tau siapa UMNO.BTN tu dibawah sayap siapa?

Martoiriat berkata...

BTN berada dibawah telunjuk Umno. Sifat rasis pemimpin2 Umno diajar kepada pegawai2 BTN untuk membasuh otak ahli2 Umno atau pegawai2 kerajaan supaya melayu benci kepada Cina dan India. Tapi disebalik perkauman sempit itu, mereka mahu MCA dan MIC bersama2 dengan mereka.

Walaupun begitu mereka perlukan undi cina dan india untuk memenangi pilihan raya. Saya yakin tanpa undi mereka, Umno akan terus terkubur.
Dalam slot-slot di TV3 dan RTM pula mereka tayangkan melayu, Cina dan India bersatu demi perpaduan. Semuanya donggeng dan mengarut hanya untuk membodek kaum bukan melayu menyokong mereka dan sebalik itu mereka lempar batu sembunyi tangan. Jika mereka lemah, api perkauman ditiupkan supaya melayu bersatu demi kepentingan politik mereka bukan kepentingan melayu. Begitulah selok belot politik sempit pemimpin2 Umno hanya ingin mengekalkan kuasa.