20 Sep 2010

Caj Tanah KTMB : Apakah Sejarah Batu Putih Akan Berulang?

Caj tanah KTMB: Malaysia, Singapura rujuk timbang tara

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membawa isu tertangguh berhubung bayaran bagi pembangunan tanah KTMB di republik ini, yang akan dimajukan secara bersama oleh kedua-dua negara, ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di Istana di sini hari ini menyebut bahawa kedua-dua pemimpin itu bersetuju menyelesaikan isu berkenaan secara baik melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap.

Kenyataan itu berkata kedua-dua negara mempunyai pandangan berbeza tentang caj yang perlu dibayar melibatkan Perkara-perkara yang Dipersetujui (POA) berhubung bayaran bagi tiga bidang tanah berkenaan di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands.

Tanah terbabit dijangka dimajukan sebuah syarikat usaha sama 60-40, M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan antara Khazanah Nasional Berhad dari Malaysia dan Temasek Holdings Ltd dari Singapura.

Najib dan Lee juga bersetuju menerima keputusan mahkamah berkenaan sebagai keputusan muktamad dan perlu dipatuhi.

Adalah difahamkan caj pembangunan, yang dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingin memajukan sebarang tanah di Singapura, adalah besar jumlahnya sekiranya tiga bidang tanah berkenaan ingin dibangunkan.

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah berdasarkan POA yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 1990, fasal tentang siapa yang perlu membayar caj pembangunan tidak begitu jelas.

Singapura membuat tafsiran bahawa syarikat yang akan memajukannyalah yang perlu membayar caj itu, manakala Malaysia pula berpendapat tiada sebarang kos perlu dijelaskan.

Bagaimanapun, Najib dan Lee bersetuju bahawa proses timbang tara berkenaan perlu mengikut laluannya sendiri dan tidak sepatutnya menjejaskan pelaksanaan POA terbabit serta inisiatif dua hala lain yang telah dipersetujui sebelum ini dalam rundingan pertama mereka di sini pada 24 Mei lepas.

Dalam rundingan itu, Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands menjelang 1 Julai depan, manakala tiga bidang tanah berkenaan akan diserahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dimajukan secara bersama serta menukar beberapa keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor.

Bercakap pada sidang akhbar bersama dengan Lee kemudiannya, Najib berkata walaupun isu itu bukan merupakan masalah besar, tetapi ia penting kerana mereka mahu wujudnya suatu persetujuan (POA) yang mampu bertahan oleh ujian masa.

Najib berkata mereka mahu agar ia menjadi suatu perjanjian yang sah di sisi undang-undang dan betul daripada segi politik serta akan diterima oleh rakyat kedua-dua negara, termasuk generasi akan datang.

Najib berkata: “Perjanjian ini merupakan bab terakhir dalam aturan yang begitu tua usianya, yang dimulakan 20 tahun lepas.

“Kedua-dua kami gembira dan berasa lega dalam erti kata kami boleh menyifatkannya sudah selesai dan seterusnya, melangkah ke hadapan.”

Beliau berkata Singapura dan Lee telah mempamerkan komitmen tinggi dalam menangani POA berkenaan, yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan memantapkan lagi versi lama POA itu. — Bernama

Ulasan GB

Peguam Negara akan diuji lagi. Kerana terlalu ghairah menonjol diri untuk menjadi manusia paling berkuasa di negara ini dengan pelbagai hal yang dilakukan untuk mengampu, disamping memberikan nasihat-nasihat kepada kabinet yang sengaja untuk menekan Pakatan Rakyat seperti isu royalti, kini Gani Patail akan terpaksa menghadapi kes Caj Tanah KTMB.

Apakah Singapura nanti akan berjaya di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa dan Malaysia nanti terpaksa mengikut caj yang dikehendaki Singapura sedangkan tanah itu milik kita? Bebalnya....

Kepakaran barisan pasukan undang-undang negara yang diketuai oleh Gani Patail adalah barisan yang lemah. Maruah negara pernah terhina ekoran kekalahan di dalam isu Batu Putih kerana beliau.

Rasa-rasanya begitulah nampaknya penyudah nanti.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kedai yang nak bankrupt selalu buat jualan lelong, BN dn UMNO dah tak yakin dapat mengekalkan pemerintahan...

Tanpa Nama berkata...

Negara sedang di lelong BN..

Tanpa Nama berkata...

pemimpin negara sedang membahagikan kekayaan negara macam ali baba bujang lapok.

Tanpa Nama berkata...

Dah malas nak komen, sebab meluat sunggoh nak tengok muka najib, komen banyak2 pun buat banyak lagi dosa... tak nak jadi macam najib, agak2nya Allah ampun kan tak dosa dia ni...
sebab kalau kita cakap apapun... dia rasa kuasa dia melebihi kuasa Allah.. TAPI TAK APE... KITA TENGOK LAH NANTI APA BALASAN YANG ALLAH NAK BAGI KAT NAJIB LAKI BINI... SEMOGA DIDUNIA NI ALLAH AKAN TUNJOKKAN PADA SEMUA MANGKOK2 UMNO BEE END... SEBAB MEREKA2 NI YANG BAKAR AL QURAN.

Tanpa Nama berkata...

sekiranya Malaysia tewas ditangan Singapore maka rakyat Malaysia akan di persalahkan.

pemimpin atasan UMNO gembira kerana Rakyat malaysia mudah diperbodohkan.

Tanpa Nama berkata...

Kena bodoh lagi umat melayu ni. Bukan cina yg bodohkan tapi umno.