20 Sep 2010

Portal Dan Blog Malaysia Diserangi Malware

Portal Berita Malaysia Diserang Malware

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk TV Selangor, The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online.

Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Blog wirespot tech blog hari ini melaporkan beberapa laman seperti The Star, TV Selangor, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

"Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini," lapor Wirespot.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Menurut Wirespot. Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple. -TVS

Contoh laporan 'Google Safe Browsing'



Ulasan GB

Di tengah kehangatan rakyat mengikuti perkembangan pelbagai peristiwa di dalam negara terutama kes pembunuhan Sosilawati, tiba-tiba beberapa laman portal diserangi Malware.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer. Mereka mencipta Malware seperti cecacing internet dan beberapa virus lain bagi tujuan untuk menguji kemahiran komputer yang dimiliki serta ingin melihat sejauh mana kejayaan mereka menyebarkan virus yang dicipta.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline.

Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN dah mula serang kerana bimbang PRU13

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat kena buat persediaan untuk menghalang serangan laman web anti BN masa PRU13

Martoiriat berkata...

Mungkin pengkhianatan serangan 'Malware' terhadap laman2 portal akan terus berlaku. Ini dapat kita buat andaian bahawa pilihan raya akan datang semakin hampir.
Terima kasih GB kerana memberi ulasan dan tunjuk ajar cara2 untuk mengelak serangan dari 'Malware'. Portal dan ulasan anda sungguh menakjubkan. Semoga anda terus menulis.. menulis demi keadilan dan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai Peringatan!
Kepada semua blogger Penyokong Pakatan Rakyat bersiap sedia... mungkin serangan malware adalah sebahagian perancangan pihak pemerintah atau APCO. Sehubungan dengar itu saya mencadangkan kepada semua pakar2 IT, menyediakakann perisai (kubu pertahanan) atau perisian anti malware, virus yang paling kuat..