Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PENAWAR) melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengutuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan NGO Melayu sebagai rasis dalam memperjuang hak Melayu dan bumiputera.
Presiden PENAWAR Tan Sri Adam Kadir berkata dalam mesyuarat Dewan Tertinggi badan itu hari ini menuntut Tengku Adnan supaya memohon maaf kepada PERKASA dan NGO Melayu.
"Sekiranya Tengku Adnan enggan memohon maaf, pihaknya akan menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai setiausaha agung Umno," katanya dalam satu kenyataan tiga perenggan di Kuala Lumpur hari ini.
Adam berkata mesyuarat itu juga bersetuju sebulat suara mendesak Umno supaya bekerjasama dengan PERKASA dan semua NGO Melayu yang memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Pada 8 Sept lepas, Tengku Adnan dilaporkan berkata UMNO perlu menjauhi daripada PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman.
Selain itu, beliau mendakwa Umno tidak menyokong PERKASA mahupun Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
--Bernama
Ulasan GB
Perpecahan UMNO tak dapat disangkal lagi. UMNO tersepit. Nak sokong Perkasa atau tidak. Menyokong Perkasa bererti kehilangan sokongan bukan Melayu terhadap BN di dalam pilihanraya akan datang. Tak sokong Perkasa bererti kehilangan undi Melayu terhadap UMNO sendiri.
Nak tak nak, oleh kerana tebalnya assabiyah di kalangan ahli UMNO, Penawar memilih untuk menolak kenyataan Tengku Adnan dan menyokong Perkasa. Tersenyum lebar Ibrahim Ali yang tak diterima menjadi ahli UMNO sebelum ini.
Najib pula? Berkecai slogan 1 Malaysianya. Hanya slogan retorika yang sudah tidak bermakna apa-apa.
Saat kejatuhan Najib semakin nyata.

1 ulasan:
Kita dah nampaknya jalang yang menjadi tunjang dan tulang belakang kepada PERKASA selama ini. Patutlah Si Ibrahim tu naik tocang.
Kalau dah dasar penipu, penipu juga. Adakah kita, orang Melayu sanggup membenarkan penipu-penipu memperjuangkan nasib dan masa depa kita? Panjangkan akal dan kurangkan rasa hati, wahai saudara-saudara AKU.
Catat Ulasan