Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.
Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.
"Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.
Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.
Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.
Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.
Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.
Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.
"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.
Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.
"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya. -MK
Ulasan GB
Sungguh dasyat.
Taktik lawan sudah ke peringkat pasang CCTV. Ia salah satu strategi mereka untuk tawan Selangor.

7 ulasan:
itu belum kira lagi perbualan telefon yang dipintas dan sepanduk UMNO tapi tuduh PKR di Johor
sdra..
klu buat keja betul apa nak takut..allah ada..tak caya ka..
Ya Allah Ya Tuhanku kau hancurkanlah puak-puak UMNO celaka ni....
Aminnn.
mungkin musuh dalam selimut yg buat kerja macam tu.
Yang bodoh sangat pi pegang kamera tu apasal, tak dapatlah kesan cap jari dia, ha nie buat sendiri nie tak ada isu cari isu, kalau orng nak buat tak kan nak bubuh kamera besar macam tu bodoh pun org
Kalau betul perbuatan itu dilakukan oleh musuh nak tunggu apa lagi lapor saja kepada polis.
Sekarang ni cuma kamera saja, mana tahu nanti bom C4 pula!!
Nak bagi polis siasat ?..sapa percaya polis la ni..PDRM, SPRM, ATM, Dr M, RosM semuanya tak bleh percaya dah..semuanya hampaih dan mengabihkan duit rakyat...lelong je kamera tu dalam lelong.com dapat jugak duit masuk tabung rakyat..
Catat Ulasan