Kain Rentang Provokatif Usaha Lagakan KEADILAN Dengan Istana
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Zabidie Abbas menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab, yang cuba melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dengan memasang kain rentang yang bersifat provokasi di sepanjang laluan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor dalam siri program jelajah 'Kembara Mahkota Johor 2010' yang diadakan minggu lalu.
Angkara yang dipercayai didalangi oleh Umno Johor telah menyebabkan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar murka apabila berita tersebut disiarkan media.
"Kami menafikan sekeras-kerasnya, yang tindakan tersebut dilakukan oleh pihak kami," kata Zabidie ketika dihubungi Suara Keadilan.
Beliau berkata kain rentang tersebut yang tertera gambar Sultan Ibrahim, jata kerajaan Johor, gambar Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan logo KEADILAN turut memaparkan ungkapan 'PKR Johor Menyokong Penuh Dato' Seri Chua Jui Meng Sebagai Pengerusi PKR Johor Dan Calon MB Johor'.
Berikutan kejadian tersebut, AMK Johor telah membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam semalam serta menuntut siasatan segera dan terperinci dijalankan untuk mendakwa pihak terbabit ke muka pengadilan.
Zabidie menyifatkan pihak yang cuba mengapi-api sentimen serta memainkan emosi rakyat sebagai buta undang-undang.
Ini kerana Artikel 3 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor menyatakan Menteri Besar hendaklah dilantik daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Apa yang jelas, tindakan menggantung kain rentang tersebut di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor 2010 yang bakal dilalui oleh Tuanku Sultan, berniat untuk mengaitkan institusi diraja dengan politik kepartian. Ia juga bertujuan untuk melaga-lagakan KEADILAN dengan Istana Johor dan menimbulkan kemarahan orang ramai," tegas Zabidie lagi.
Tambah Zabidie, tindakan tersebut dilihat sebagai terancang kerana beliau difahamkam hanya kain rentang provokasi tersebut yang digantung di sepanjang laluan itu.
Tidak ada sebarang kain rentang lain, sama ada yang berbentuk iklan atau kain rentang mengalu-alukan baginda berdua dipasang.
Zabidie berkata pihaknya bercadang untuk berbincang bersama pimpinan KEADILAN untuk ke Istana Johor bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
"Kami akan memohon bagi menghadap ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, bersama pimpinan KEADILAN negeri, untuk memperjelaskan keadaan yang sebenarnya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf berkata pihaknya turut mempersoalkan kewajaran akhbar Sinar Harian edisi Johor semalam yang menyiarkan laporan berkenaan program 'Majlis Makan Malam anjuran KEADILAN Cabang Gelang Patah Bersama Presiden' dengan tajuk dan gambar yang mengelirukan.
"Laporan muka surat J5 Sinar Harian edisi Johor yang ditulis oleh Nurul Riduan Nor Ashana memaparkan artikel yang bertajuk 'Perjelas Hak Bukan Bumiputera' dengan gambar Datuk Chua Jui Meng yang sedang memegang kain rentang 'provokasi' tersebut," kata Ahmad.
Ahmad berpendapat, tajuk artikel tersebut tidak ada kena-mengena dengan gambar yang dipaparkan.
Malah gambar tersebut sebenarnya menunjukkan Chua sedang menerangkan kepada hadirin bahawa kain rentang tersebut merupakan tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin melaga-laga beliau dengan pihak istana.
"Setelah menghubungi pihak Sinar Harian disini, mereka memaklumkan akan menulis tentang 'ralat' bagi berita tersebut dan akan disiarkan dalan edisi nasional. Kami menuntut mereka untuk menarik balik semula laporan itu. Jika tiada sebarang reaksi diambil, kami akan berbincang untuk membuat tindakan susulan," kata beliau. -SK

Chua: Bekas MB dalang kain rentang
Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.
Menurut Chua, kain rentang lain yang seumpama itu juga dikesan sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' di mana baginda sendiri terbabit dengan menunggang motosikalnya.
Katanya, kerja pihak tidak bertanggungjawab itu juga mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.
"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.”
Chua berkata demikian kepada wartawan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur selepas memberi kenyataanya kepada seorang pegawai kanan polis di ibu pejabat polis Batu Pahat.
"Beliau merakamkan kenyataan saya berhubung kain rentang itu. Katanya, adalah jelas bahawa saya hanya seorang saksi. Beliau memberitahu 40 laporan polis telah dibuat berhubung kain rentang itu.
“Saya juga membuat laporan dengannya berhubung kain rentang itu dan juga mengenai ceramah Pakatan di Rengit yang dihalang oleh FRU dan polis.”
Sementara itu, Suara Keadilan.com melaporkan Chua juga mendakwa kain rentang provokatif itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Baharu.
"Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-Raja Melayu sehingga imuniti Raja-Raja Melayu dihapuskan.
"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.
Bekas menteri persekutuan itu berjumpa dengan polis untuk selama lebih dua jam, daripada 11.30 pagi sehingga jam 2 petang dengan diiringi peguamnya, Sankara Nair.
Chua juga berkata beliau menjelaskan kepada polis berhubung beberapa kesilapan pada kain rentang itu yang membuktikan ia bukan dibuat oleh PKR.
"Saya menafikan PKR terbabit dengan penipuan ini. Hanya Umno mempunyai motif untuk membuat perkara terkutuk seperti ini,” katanya. -mk
8 ulasan:
Aku yakin ini mesti kerja Mat Sembab.
Mat Sembab dah takut....
Mat Sembab dah mengeletar....
Hmmm alahai...tengok kain rentang tu jer dah tau orang yang tak sekolah yang buat. Aku penat ler tengok politik budak-budak nih!
Bila lah politician kat Malaysia ni nak matang? Business dah banyak yang bungkus, kilang dah banyak yang tutup....orang dah banyak yang menganggur.......ekonomi makin parah! Udah-udah ler.....
sultan ni pun kan.. kenalah bijak.. xkanlah.. PKR bodoh cam tu skali... kang aku ulas langjut kang aku kena plak.. isu sultan ni jangan main2
perangai oghang umno daghi ataih sampai kebawah seghupa saja depa bukan kegha ghaja ka undang2 ka hukum agama ka yang penting kuasa tetap ditangan kalau tak caya cua hampa ingat sapa yang tabai ghaja dikelantan dulu,sapa yang kata kalau laksana hukum islam /hudud habis oghang kudung tangan dan macam lagi,aku dulu2 ni umno piang tapi aku sedaq aku dah tobat nasuha jadi aku haghap kat ogang umno dok ada la ni toksah dok sokong la umno tu yg petama sokong ni boleh bawa ghosak akidah psai dok tolak hukom quraan sayang la kita dok semayang,posa pi haji tapi mai tang undang kita tolak.
Saat keruntuhan UMNO-BeEND Johor semakin hampir!!!!!
Hairannya pada era rakyat dah makin cerdik kini kaedah yang tak bermaruah ni masih digunakan oleh puak-puak yang terdesak. Ni macam kerja budak-budak tak sekolah. Ptui!!
Bubarkan UMNO parti yang penuh penindasan dan perkauman...
Rasa rasanya kali ni jerat akan memakan tuannya sendiri..Muhyiddin dok bising macam orang gila rupa rupanya kerja depa jugak...kah.kah..kah mampuslah hang Muhyiddin diletiaq dek rosmah nanti..hang takut dak ni muhyiddin?..
Catat Ulasan