11 Ogo 2010

Mahathir, Engkaulah Hipokrit Darjat Tertinggi

Pemimpin-pemimpin PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan parti itu hipokrit sambil mendakwa Umno yang mahu meraih sokongan dengan menggunakan kekerasan atas nama Islam, antara lain tindakan yang menyumbang kepada serangan gereja dan protes kepala lembu.

Malah pemimpin-pemimpin itu juga menafikan dakwaan bahawa PAS hanya mahu mengambil hati pengundi Cina bagi mendapatkan sokongan mereka, dengan menekankan bahawa asas dasar parti itu ialah menekankan keadilan Islam kepada semula tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pati itu sentiasa konsisten dengan perjuangan dalam menyebarkan keadilan menerusi Islam tanpa kisah siapa penerimanya sama ada Cina, Melayu ataupun India.

“Apa yang beliau (Dr Mahathir) cakap ini? Kami sangat jelas dengan kepercayaan kami dan kami tidak pernah terkeluar daripada dasar ini.

“Kami jujur sejak penubuhan (PAS), konsisten dalam kempen dan meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, dan memperlihatkan komitmen kami.

“Kami sentiasa bercakap mengenai keadilan Islam dan kesamaan dan kesaksamaan bagi semua, kesemua ini digariskan dalam Islam.

“Ini diperturunkan dan dituntut ke atas kami sebagai seorang Muslim, untuk menyediakan keadilan kepada semua,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menegaskan, ia bukan digerakakn atas motif politik semata-mata.

Dalam tulisan blognya dua hari lalu, Dr Mahathir, perdana menteri negara yang paling lama berkhidmat sebelum bersara pada Oktober 2003 mendakwa PAS memperlihatkan sifat hiporkit mereka dengan hanya berpura-pura mahu memberi ruang kepada orang Cina untuk mendapatkan undi mereka.

Dr Mahathir juga mendakwa PAS kelihatan menyokong masyarakat Cina bukan kerana mahu mahu membantu tanpa mengira kaum dan agama, tetapi kerana ia mahu memainkan sentimen perkauman Cina untuk memenangi sokongan mereka.

Hipokrasi sangat tebal dalam politik negara ini, kata bekas presiden Umno ini.

Pendirian yang hampir sama dilihat dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini.

Kata beliau, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan Islam untuk meraih sokongan politik.

Dalam kenyataannya, Dzulkefly meneruskan kecaman terhadap pemimpin veteran itu dengan menekankan bahawa Umno yang menggunakan ‘Islam yang keras’ untuk mencari sokongan pengundi.

Justeru kata beliau, pendekatan terbaru Umno itu hanya akan membawa kepada keadaan huru-hara dan perkauman di negara ini.

“Ajaran Islam menentang rasuah, ia mengajar tentang soal mempertahankan hak kaum-kaum lain dalam amalan mereka, sama ada dalam aktiviti agama ataupun bukan agama,” katanya.

“Umno tidak melakukan yang ini. Mereka menggunakan Islam secara berbeza. Mereka serang gereja, mengadakan protes kepala lembu... ini Islam yang mereka ada,” katanya.

Dzulkefly menekankan, berbeza daripada Umno, PAS tidak menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih undi.

“Kami adalah alat Islam, tetapi tidak menggunakan Islam sebagai alat,” katanya.

Beliau juga mengetepikan pandangan Dr Mahathir bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan memberi lebih banyak kuasa politik kepada masyarakat Cina jika orang Melayu mengembangkan kekuatan ekonomi mereka.

Beliau yakin soal itu tidak akan menjadi realiti.

“Ia tidak berasas sama sekali,” kata beliau sambil menambah, orang Cina tidak akan diberikan lebih kuasa politik di bawah BN.

“Daripada 165 kerusi (Parlimen) di Malaysia Barat, 96 dipegang oleh orang Melayu dan 69 oleh bukan Melayu.

“Daripada 222 kerusi Parlimen, sebanyak 131 kerusi dipegang oleh Melayu dan 91 bukan Melayu,” katanya lagi.

“Jadi, apa yang beliau cakap?” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini sambil menambah, BN mahu memainkan politik perkauman takut dengan prinsip pecah dan memerintah.

“Mereka kini bercakap mengenai penyatuan Melayu kerana mereka bimbang Cina akan memerintah negara ini? Kami tidak boleh menerima politik perkauman macam ini,” katanya.

Seorang lagi pemimpin PAS, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu, kenyataan terbaru Dr Mahathir ini dengan sendiri menuduh orang Cina tidak berupaya untuk berfikir dengan sendiri.

“Tiada gunanya Dr Mahathir menuduh kami. Masyarakat Cina tahu di mana mereka berdiri,” kata beliau.

Kata Bendahari PAS ini, sekarang Dr Mahathir cuba hendak mengatakan bahawa PAS mahu membohongi orang Cina dengan janji-janji tetapi sebenarnya mereka mempunyai kesedaran politik yang tinggi.

“Mereka tahu di mana mereka berdiri dalam politik Malaysia dan sesiapa datang membuat janji-janji tidak berwibawa hanya akan menjadi bahan ketawa negara,” katanya.

Kata beliau, PAS berusaha untuk menyediakan peluang yang adil dan saksama kepada semua, dan pada masa yang sama tidak berani membuat janji-janji yang tidak boleh ditunaikan.

Malah dakwa beliau, bekas perdana menteri itu sedang bekerja keras untuk menunjukkan yang beliau masih relevan dalam politik negara ini dan terus berpolitik bagi pihak BN.

“Kami di PAS mengecam politik perkauman dari awal lagi. Kami menolak pemikiran sempit.

“Umno mengamalkan politik Melayu sempit, MCA juga mengamalkan politik sempit. Ini sebabnya kami menolak kerjasama Umno dengan MCA dari awal lagi,” kata beliau sambil menambah, kerjasmaa PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat adalah atas dasar keadilan kepada semua, bukannya politik perkauman.

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar sealiran dengan pandangan kedua-dua rakannya itu tetapi menambah beliau tidak terkejut dengan tuduhan Dr Mahathir itu.

“Ini adalah tuduhan yang dilemparkan ke atas kami dari semua sudut tetapi buktinya adalah apa yang kami lakukan dalam parti dan juga di neger-negeri yang kami mentadbir,” katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini memberitahu, sebagai contoh parti itu memperlihatkan keikhlasan untuk bekerjasama dengan bukan Islam dengan mewujudkan sayap baru.

PAS menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS Mei lalu.

“Ini bukti jelas PAS telah membawa peranan hak bukan Islam ke dalam parti. Jadi, bagaimana anda boleh mengatakan kami ini hipokrit,” katanya.

16 ulasan:

Matketor berkata...

Janganlah Che Det nak menunjuk baik...rakyat telah lama tau siapa sebenarnya Che Det..bermula zaman mahazalimlah kedaulatan raja raja melayu terhapus, menekan kebebasan media, kronism dan nepotism, rasuah berleluasa, pembaziran wang rakyat dengan projek mewah, subsidi IPP yang mengkayakan kroni serta gejala sosial yang tiada usaha untuk membenterasnya..tak malu ke Che Det nak menegur orang lain setelah diri sendiri terpalit dengan segala macam kebusukan..kalau tidak takkan digelar MAHAZALIM!!!!!

Tanpa Nama berkata...

pak det ni sepatutnya sentiasa berada diatas sejadah bezikir berastaufar banya2 atas segala kezaliman yang dilakuan semasa menjadi penguasa negara dahulu,gunakanlah sisa umur yang maseh ada sebaik2 mungkin harta yang bertimbun pangkat yang tinggi tak akan boleh membawa kekubur insaflah wahai pak det bertaubatlah.

Tanpa Nama berkata...

Madey@MAHAZALIM@MAHAFIRAUN anaknya taukey kilang arak san ma..
sebab itu Madey adalah seorang manusia HIPOKRIT dan menipu rakyat Malaysia selama 22 tahun..

mat terang bulan berkata...

Masih terbayang betapa beberapa pemimpin PAS terdongak,terpaku dan mulut ternganga mendengar Kutty ni menyanggah kepimpinan Pak Lah,diKlub Darul Ehsan,suatu ketika dulu.
Pada bulan baik dan mulia ni,cukuplah apa yang telah dicatatkan (diatas) oleh 3 sahabat.Satu pengajaran kepada seluruh ahli PAS,sama ada pemimpin mau pun ahli biasa.Telah terkabul doa Allahyarham Us.Fadzil Nor.

Tanpa Nama berkata...

MAHA FIR'AUN....
ITULAH MUSUH ISLAM NO. 1...

Tanpa Nama berkata...

dia nak majukan proton dengan menindas rakyat miskin yang guna kenderaan lama, kenderaan lama nak dihapuskan dan insuran naik hingga 500%

Tanpa Nama berkata...

orang kuat najib ni marah paklah sebab nak menjadikan negara lebih adil, lagi marah anwar kerana KEADILAN

Tanpa Nama berkata...

UMNO hipokrit tertinggi, bapak borek anak rintek, pasang poster dijohor tuduh keadilan?

Martoiriat berkata...

Mahadhir adalah merupakan makhluk perosak kepada sistem demokrasi diNegara ini. Segala kenyataannya boleh dianggap nyanyuk dan tidak berpendirian.Beliau hanya pentingkan diri.Dalam zamannya sebagai PM, slogan Bersih, cekap dan amanah hanya tinggal kenangan. Apa yang ditinggalkannya ialah bertimbun-timbun perasuah dan perosak kepada badan kehakiman.

Tanpa Nama berkata...

apa yang nak diherankan kan situa ni dah nyanyok... dulu dia kata tengku abdul rahman nyanyok... ketulah agaknya penyakit tu dah dapat kat dia la pulak... banyak sangat buat zalim kat orang... inilah yang dikatakan balasan Allah didunia lagi dah dapat....

zachry berkata...

selagi polis dan semua pihak berkuasa bersekongkol dgn umno, selagi itulah PR takkan berjaya memerintah negara. pemimpin UMNO BN takut sekiranya mereka kalah, mereka semua akan didakwa di mahkamah atas penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi, Malah para hakim juga takut mereka dilucutkan jawatan kerana bersekongkol dgn UMNO, jadi mereka juga berusaha untuk memastikan UMNO BN berkuasa sampai bila-bila.

Tanpa Nama berkata...

Kesian mamat ni. Cakapnya dah tak ada orang nak dengar lagi. Dulu dia pernah kata nak habiskan sisa-sisa usia dengan beribadat. Tapi nampaknya dia masih ingat orang nak dengar cakap dia. Dah tua-tua ni eloklah bermuhasabah, jangan sampai ada orang kencing atas kuburnya nanti. Kalau diukur dari segi realiti, kat mamat ni, rumah kata pergi, kubur kata mari. Bila nak sedar diri?

Tanpa Nama berkata...

jangan lupa jasa mahathir ISAkan orang PAS dan pembunuhan di memali... tumbangkan UMNO

lintangjalong berkata...

Pada PR..nasib baik ada mahathir yg memajukan alam siber ikut time..klu tidak masih dok teriak atas jalan minta simpati..tulis sepanduk maki hamun..org buat semua tak betul..yg korang buat 400% betul..tonggek pungkoq suloh la cermin dulu..nak mengata org seribu ayat boleh reka dlm 10 minit..nak buat baik sepuloh tahun pun hampa tak reti dalam satu hari..yang tau jual ubat kuat,buat ceramah jual kacang putih,kutip duit pastu hampa perabih..pantang tgk pompuan semua hangpa meleleh lidah..sembang kuat..klu hampa tak kacau mahathir sekejap pastu guna masa tu pikiaq benda baru..mana tau kot2 dapat..hampa pulak pasang kroni..klu tidak sapa nk jaga..buang masa pandai..toksah dok pikiaq apa mahathir buat..tya kepala bawah hampa apa hampa dah buat..takat kempen dalam blok pastu kena bantai komen tak keluaq..waya..Pak pada calon PR aku dah kenai..mengarut saja..semua sama malah lebih teruk..weakkk..

Tanpa Nama berkata...

aku cukup kecewa membaca komen2 kat sini, memburuk, maki bekas pemmpin negara, korang semua duk mengata tun dr M, tak sedarkah itu pun sudah melambangkan betapa bangsatnya korang sume?wei, dari korang sume duk kutuk nk jatuhkan dia yg banyak berjasa kepada negara, (yg mana itu semua korang tak nampak), lebih baik cermin diri tanya apa korang dah buat utk Malaysia..korang pergilah tengok kemboja, Laos, Filipina, termasuk Indon n Myanmar, ada tak satu daripada negara tersebut ada apa yg ada kat masia pada hari ini? ini semua sebab siapa?kalau bkn sebab orang yg kamu kutuk tu, nak makan pun kena merempat!!hentikanla mengutuk jgn duk pk psl org melayu shj aku pun melayu tp pemikiran aku waras, bkn pmikiran yg dkongkong sifat nk jatuhkan org lain..dan last skali kalu orang yg buat blog ni betul2 bgus pribadi tidak hipokrit, luluskanla komen aku ni, jgn nk delete, kalau delete sah2la ngko pun hipokrit, nk mengata orang konon, diri sendiri tak sedar..

Unknown berkata...

anon 12.42

Kamu tahu tidak bahawa Firaun lagi besar jasanya kepada rakyat Mesir, bina piramid untuk naikkan nama kerajaannya.

tetapi Firaun tetap dihina dan dicelakakan oleh Allah s.w.t.

Apa bezanya Mahathir dengan Firaun itu?