13 Mei 2010

Utusan Malaysia Dan Berita Harian Tak Siar Kerajaan Lulus Lesen Judi

Media Melayu Tutup Berita Lulus Lesen Judi

Utusan Malaysia dan Berita Harian yang dikawal oleh UMNO tidak memuatkan laporan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak meluluskan pemberian lesen judi perlawanan bola itu.

Tindakan itu disifatkan sebagai cubaan terancang untuk melindungi UMNO daripada dikritik oleh orang Melayu.

Pengumuman Bursa Saham Kuala Lumpur mengenai kelulusan lesen itu menjadi antara tajuk akhbar berbahasa Inggeris the New Straits Times dan The Star.

Namun laporan sama tidak mendapat tempat dalam akhbar Utusan Malaysia, mahupun Berita Harian walaupun ia menjadi antara berita utama semalam.

Tindakan Utusan dan Berita harian memadamkan laporan pemberiam lesen judi itu sekali lagi dilihat di pengaruhi oleh pertimbangan politik Umno dan perdana menteri sendiri.

“Saya rasa mereka tidak mahu masyarakat, khususnya masyarakat Islam tahu berkenaan ini kerana mereka tahu masyarakat bukan Islam tidak menyokong Barisan Nasional, dan yang tinggal saki bakinya tinggal masyarakat Islam Melayu, jika ini didedahkan dalam akhbar, besar kemungkinan ramai yang akan meninggalkan UMNO,jadi ini adalah usaha UMNO untuk tidak memberitahu kepada rakyat walaupun perjudian diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan kabinet, ini satu tindakan yang terdesak yang saya fikir untuk mendapatkan sumber kewangan yang berpunca daripada sumber haram" ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pula berkata, berita lesen judi baru diluluskan sengaja digelapkan oleh dua akhbar itu untuk memberi ruang kepada pimpinan Umno mengaut keuntungan secara haram bagi mengisi dana politik parti.

“Sebahagian daripada ini, pulangan kepada tabung dana untuk UMNO menghadapi pilihanraya umum akan datang, dan termasuk, saya percaya bahawa inilah yang akan mengisi dana untuk membeli undi dan wakil-wakil rakyat samada di peringkat DUN dan sebagainya, dan saya percaya sebelum inipun mungkin wang daripada syarikat-syarikat judi itulah yang diguna untuk membeli adun-adun yang melompat atau ahli-ahli parlimen yang melompat untuk dibayar pada mereka”

6 ulasan:

pak malau berkata...

Ini memang dasar Utusan Meloya dan Berita Hairan,kedua-dua harian UMNO ni banyak dan selalu menutup dosa dan kesalahan UMNO.Jadi orang kampung tak akan tahu kelemahan dan keburukan UMNO.5 tahun sekali UMNO masuk kampong beri kain batik,kain palikat,beg sekolah,kasut sekolah,basikal dan beras serta ang-pow RM50 untuk menaggih undi.Yang tak tahu apa yang berlaku tu,terus pangkah dacing.Inilah amalan yang sudah lebih 50 tahun dipraktikkan oleh UMNO dan inilah caranya UMNO membela Melayu dengan cara memperbodohkan dan mengudakan Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Semasa PRK Hulu Selangor, I Malaysia mengatakan bhw Nik Aziz engkar perintah Sultan atas larangan berpolitik di masjid.

PRK Sibu, 1Malaysia engkar arahan Allah berkaitan dengan pengharaman judi. Itulah nilai kepimpinan yang ada pada PM 1 Malaysia.

Mana antara keduanya yang lebih teruk ? Semua muslim yang waras blh memahaminya.

Tanpa Nama berkata...

Herannya pejuang-pejuang Islam termasuk yang dah jadi katak tu dan dikatakan sangat kental memperjuangkan Islam membisu. Depa ada sahamkah?

Tanpa Nama berkata...

Inilah hadiah yg teramat istimewa umno@be end kepada pengundi2 melayu di Hulu Selangor dan jika umno@be end menang pula di Sibu, hadiah istimewa pengundi2 cina ialah perkosa dan umno akan teruskan dgn perhimpuan Bangkit Melayu 13 Mei...

BaDiN berkata...

Anutan Umno Islam Hadhari berbeza dengan kita Sebab itulah Judi,Rasuah,Apco,Merompak,Menyamun,Membunuh dah jadi darah daging spesis biru.Fahaman Agama suku Politik suku sukar dipisahkan dalam perjalanan hidup mereka.Asalkan ianya menghasilkan WANG dan demi kuasa DOSA PAHALA bukan lagi perkiraan dalam kehidupan mereka.
Sokong BN bermakna sokong judi/Apco/Rasuah.YA ALLAH jauhkan kami drpd makhluk perosak agama MU ini & hancurkan kesatuan mereka.

teratailiar berkata...

tengok judi teringat Umno...
tengok Umno teringat Yahudi