13 Mei 2010

Undang-undang Mana Yang Halang Musa Hassan Minta Maaf Kepada Keluarga Aminul-rasyid?

Peguam keluarga Aminulrasyid Amzah, N Surendran menyatakan tiada undang-undang yang menghalang Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta maaf kepada keluarga Aminulrasyid.

Ini ekoran kenyataan Musa semalam bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada keluarga Aminulrasyid disebabkan kemungkinan wujudnya implikasi undang-undang.

"Polis merupakan satu badan yang perkidmatan awam dan apabila berlaku kesilapan, maka mereka perlulah meminta maaf kepada masyarakat awam, dalam kes ini keluarga Aminulrasyid.

"Pilihan bukan di tangan polis samada mahu meminta maaf atau tidak, dan dalam kes Aminulrasyid, polis patut meminta maaf," tegas beliau lagi.

Surendran juga berkata sehingga kini, polis dan Pejabat Pendakwaraya langsung tidak memaklumkan kepada beliau atau keluarga Aminulrasyid berhubung perjalanan perbicaraan dakwaan terhadap seorang anggota polis, Korporal Jenain Subi yang didakwa mendatang kematian secara tidak sengaja kepada Aminulrasyid.

Tambahnya lagi, tiada maklumat langsung diberi kepada beliau atau keluarga Aminulrasyid samada anggota lain yang bersama-sama melepaskan tembakan akan didakwa atau tidak dan samada dakwaan akan dibuat terhadap anggota yang menyerang saksi utama dan rakan Aminulrasyid, Azzamuddin Omar.

"Polis dan pejabat pendakwaraya seolah-olah tidak mahu kami mengikuti ataupun mengetahui apa-apapun mengenai perjalanan kes ini, sedangkan sebagai pihak mangsa, kami patut diberitahu," kata beliau yang kesal dengan sikap dingin polis. -SK

Ulasan GB

GB turut merasa pelik dengan jawapan Musa Hassan tersebut. Undang-undang mana dan kesan perundangan apa yang menghalang KPN itu memohon maaf kepada keluarga Aminul-rasyid? Bukankah seorang koperal polis telah didakwa? Jika tidak apa ertinya pendakwaan itu, atau ia semata-mata satu sandiwara?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pernah jumpa penyamun minta maaf dari mangsa?

Tanpa Nama berkata...

hanya orang beriman minta maaf dari salah dan silapnya, bukan orang yang berpura-pura beriman, nauzubilllah... dia beriman atau tidak wallahhuaklam

Ezry Zakhuan berkata...

Mengeteh dengan kengkawan sambil borak lepak bola ke Aminurasyid, aku sedih bila sorang member sound

"Tulah....dia orang ni tau beranak, tapi tak tau jaga anak...umur lima belas tahun dah jadi penyangak"

Aku sound balik "Tak kena batang hidung kau! Kau boleh ler cakap!"

Pada aku Polis wajar minta maaf. Dah nyata kesilapan telah berlaku - bukan atas kejadian tapi atas tohmahan mengatakan Allahyarham adalah penjenayah, sebilah parang telah dijumpai dalam bonet kereta dan Allahyarham telah cuba untuk mencederakan polis.

Apakah implikasi undang-undang sekiranya polis memohon maaf?
Pembuktian yang nyata pembohongan telah dilakukan. Ini akan mencalarkan kredibiliti pihak polis dan mengheret banyak lagi pihak ke mahkamah.

Rakyat biasa pun faham situasi ini. Tapi...sedih lah bagi pihak keluarga mangsa.....aku betul-betul simpati!

Tanpa Nama berkata...

undang2 musa hasan sendirilah.....

Tanpa Nama berkata...

PDRM bukan lagi sebuah agency kerajaan mahu pun disebut perkhidmatan awam tapi sudah jadi Agency Gun For Hire(Dibiayaai oleh UMNO) dan Agency ini tidak bertanggungjawab kepada sesiapa terkecuali UMNO.Itu sebab Ketua-ketua agency ni boleh buat dan cakap apa saja.Tak boleh ditegur dan tak boleh dilarang

Tanpa Nama berkata...

Mamat tu dah tak boleh undur cakap lagi. Dia patut letak jawatan. Orang dah meluat dengan dia. Kesian para anggota polis yang dah jatuh maruah dengan lagak Mamat ni.