13 Mei 2010

Hakim Perintah Prosiding Diteruskan, Tak Ubah Zaman Augustine Paul

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan oleh peguambela Karpal Singh sementara menunggu keputusan rayuan.

Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada alasan istimewa bagi menangguhkan prosiding sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure dan non-appeable (tidak boleh dirayu).

Justeru, katanya, perbicaraan mesti disambung.

Pagi tadi, sebaik sahaja sessi mahkamah bermula, Karpal memohon prosiding perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan.

"Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu. -mk

Ulasan GB

Cara bagaimana keseluruhan prosiding berjalan dan bagaimana hakim membuat keputusan tak ubah seperti prosiding semasa mendiang Hakim Augustine Paul menghakimi kes liwat 1. Plotnya serupa. Semua permohonanan peguambela akan diketepikan, walaupun hujjah kukuh dan tidak dapat dipertikaikan oleh Pendakwa.

Munkin, hakim-hakim zaman mutakhir ini serupa.

Apakah kenyataan di atas menghina mahkamah. Tidak! Ia adalah pemerhatian secara keseluruhan tanpa melibatkan mana-mana hakim secara khusus.

Di bawah ini khusus, tetapi sekadar menyatakan perkara yang benar.

Hakim yang bernama Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, semalam menyatakan "Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak.”

Tidak konflik dengan kejadian? Liwat tanpa rela atau liwat suka sama suka?


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya musykil juga...

Saya ada terbaca dalam ASD dan beberapa blog lain...berkenaan dengan tarikh Saiful berjumpa dengan PM, KPN dan Ezam adalah sebelum DSAI meliwat beliau??? pelikkan...macam mana Saiful tahu dia akan diliwat melainkan ada konspirasi antara mereka yang menyuruh Saiful berbuat demikian dan kemudian membuat laporan polis....

Pada pendapat saya hakim-hakim ni pun mungkin dah di"beli" oleh kerajaan APNO....

Kenapa Mahkamah kita tidak boleh bersikap adil dalam menjalankan perbicaraan...jangan menilai kedudukan individu terbabit kerana sepatutnya pada masa individu tersebut telah disabitkan bersalah dan akan dihadapkan ke mahkamah individu tersebut adalah sama dengan individu lain yang juga pernah dibicarakan...

Bilalah sistem kehakiman negara kita nak berubah.....

Tanpa Nama berkata...

same old bloody story from this paid judges.....don't expect more than this....the director and the actors...be gone you succumb of the earth!!!!

Tanpa Nama berkata...

selagi upno memegang kuasa pemerintahan makamah di malaysia ini akan di perkudakan oleh apno oleh itu
pilihanraya 13 nanti apno bn ni mesti ditumbangkan..

Tanpa Nama berkata...

Kaki dah terikat..Takut pangkat hilang...mungkin paling takut dengan C4..dunia..dunia..dunia..Ini lah HAKIM DUNIA...sendiri buat sendiri ubah..Lu pikir lah sendiri..Jangan sebelum mati ALLAH turunkan bala..

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan UMNO dan BN.. amin.

Tanpa Nama berkata...

yang peliknya pembuat dadah boleh lepas... senang2 ya..., kalau nak diikutkan kes DSAI ini dah boleh ditutup kesnya... sbb fakta banyak yang bercanggah... Nampak sangat najib ni kaki pembohong, kat sibu tadi saya dengan dia kata pakatan rakyat pembohong... bolehlah... guna media elektronik 1 malaysia ni dah mcm hak umno bee end aje ya...