Dua remaja pada mulanya menyangka terjumpa patung mainan kanak-kanak di dalam longkang yang sebenarnya mayat seorang bayi yang baru lahir.
“Kami pada mulanya menyangka ia adalah patung sehingga kawan saya menjolok dengan kayu dan menjerit kerana ia adalah bayi betul,” kata Raymond Rawing, 13, selepas menjumpai bayi itu di longkang pasar komuniti di Tabuan Jaya, semalam.
Remaja bersama kawan yang hanya dikenali Ruzzie hanya berjalan-jalan sekitar laluan longkang berdekatan dengan pasar basah itu pada kira-kira jam 2.50 petang apabila terlihat sepasang kaki kecil di dalam longkang.
Dalam keadaan ingin tahu, mereka yang merupakan rakan sekelas di SMK Tabuan Jaya mengambil keputusan untuk melihat lebih dekat sebelum Ruzzie melompat ke dalam longkang dan menggunakan sebilah kayu untuk menarik keluar kaki ‘patung’ berkenaan.
Menyedari mereka menjumpai mayat bayi, Ruzzie terus keluar dengan secepat mungkin dan bersama Raymond terus lari ke pasar untuk mendapatkan bantuan.
Remaja berkenaan kemudian menahan pasukan polis peronda yang kebetulan lalu di situ dan memberitahu mereka telah menjumpai mayat bayi.
Beberapa minit kemudian beberapa pegawai CID dan pasukan unit forensik dari ibu pejabat turun ke tempat kejadian.
Orang ramai berkumpul dengan perasaan mual setelah melihat mayat bayi berkenaan semasa pihak polis melakukan siasatan.
“Mereka yang melakukan perbuatan ini memang tidak berhati perut,” kata seorang awam yang namanya tidak mahu disiarkan semasa melihat insiden itu.
Ketua Polis Kuching ACP Mun Kock Keong mengesahkan insiden dan kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
“Jantina mayat bayi yang dijumpai itu adalah perempuan, dan dipercayai dibuang tidak kurang daripada 24 jam,” katanya.
Beliau meminta bantuan orang ramai untuk menyampaikan maklumat berhubung insiden tersebut bagi membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat.Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. -Borneopost

Tiada ulasan:
Catat Ulasan