7 Mac 2010

ketua Cabang PKR Buat Aduan Polis Terhadap Blog PerakExpress

Seorang ketua cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat aduan polis terhadap sebuah laman blog kerana mendakwa difitnah berhubung tindakan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, keluar parti minggu lalu.

Ketua cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, berkata beliau membuat laporan polis kerana artikel dalam laman berkenaan menuduh beliau terbabit sebagai dalang tindakan Mohsin meninggalkan PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bercakap kepada pemberita di sini, Fauzi berkata tuduhan berkenaan berniat jahat kerana beliau telah bersama dengan PKR sejak 10 tahun lalu dan turut terbabit dengan usaha penubuhannya di Perak.

Beliau mengakui ada berjumpa dengan Mohsin sebelum pengumuman keluar itu dibuat tetapi ia hanya perjumpaan biasa.

Fauzi berkata, bukan kesalahan beliau atau parti jika ada sesiapa yang mahu keluar parti. - Bernama


: mungkin pasai ni kot yang buat fauzi marah !!!!
Semua perancangan ini dilakukan oleh Fauzi Muda. Ketua Cabang PKR Ipoh Barat. Fauzi Muda juga merupakan orang yang membuat laporan polis mengatakan Najib membayarnya 50 juta. Aku pun heran macam mana PKR masih simpan orang macam ni.

Pada 23 hb Feb, Mohsen baru balik dari Korea Selatan. Bersama-sama dengan Zul Nordin. Bila dia dapat tahu perancangan untuk mengadakan sidang media itu sudah dibocorkan, dia menghilangkan diri. Fauzi Muda tersangat marah dan melontarkan maki hamun kepada orang yang memecahkan rahsia tersebut.

Siapa Fauzi Muda? Ramai yang masih ingat macam mana dia membuat Akuan Bersumpah mengatakan Najib menawarkan 50 juta kepadanya untuk membawa ADUN PKR melompat.

Masa tu aku kutuk dia. Sebab bagi aku…tawaran 50 juta itu bukan perkara penting, tapi hubungan dia dengan Umno itu yang aku pertikaikan.

Fauzi Muda masih menjadi Ketua Cabang PKR Ipoh Barat. Tapi dalam masa yang sama, dia juga mempunyai hubungan rapat dengan ‘Samurai’, Pemuda Umno. Satu team geraksaraf yang ditubuhkan selepas retreat Pemuda Umno di Janda Baik tahun lepas.

perakexpress
- dari perakkume


Tiada ulasan: