7 Mac 2010

Benarkah PAS Sedia Terima Zulkifli Noordin?

PAS sedia membuka pintu kepada Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin jika bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan parti mereka.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam PAS.

"PAS sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk YB (Yang Berhormat) Zulkifli.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang bermesyuarat semalam sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Zulkifli dalam sidang medianya semalam juga menegaskan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut atau mengosongkan kerusinya sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada sebelum mengambil tindakan sewajarnya selain tidak menolak kemungkinan menyertai PAS sekiranya parti itu memperjuangkan Islam pada masa depan.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, walaupun PAS mengamalkan dasar terbuka bagi sesiapa sahaja untuk menyertai parti itu, namun berharap penyertaan berkenaan mampu mengukuhkan PAS dan tidak membebankan parti.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.

"Kami menghargaai kesetiaannya untuk terus berjuang bersama Pakatan Rakyat, walaupun dipecat daripada PKR beliau tetap mahu berjuang bersama kita... prinsip itu perlu dihargai," katanya. -MSTAR


Tiada peluang Zulkifli kembali pada PAS

Ahli parlimen Kulim Bandar-Baharu Zulkifli Noordin - yang tersepit kedudukannya dalam PKR – mungkin tidak berpeluang lagi berpatah balik kepada parti asalnya PAS, jika disingkirkan dari PKR.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan gelapnya masa depan wakil rakyat kontroversi itu, termasuk tidak berpeluang bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang atas tiket parti Islam itu.

“Pernah jadi (calon) sekali, lepas itu tidak jadilah,” katanya.

Zulkifli yang terkenal dengan kelantangannya dalam isu-isu Melayu-Islam kini dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Zulkifli pernah menjadi ahli PAS dan bertanding atas tiket parti itu di Kuala Langat dalam pilihan raya umum 2004 tetapi tewas di tangan calon BN, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh.

Empat tahun selepas itu, Zulkifli secara tidak dijangka, sekali lagi terpilih bertanding dalam pilihan raya umum, tetapi memakai logo PKR.

Bagaimanapun, status keahlian peguam tersebut sentiasa dipertikaikan ekoran pandangan politiknya yang sering tidak senada dengan kenyataan parti barunya, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa mengesahkan Zulkifli tidak pernah menyatakan permohonannya keluar PAS secara rasmi.

“Jadi di tengah kesibukan plihan raya (2008), tidak semua perkara dibuat secara keputusan rasmi. Ada pun (kes) Zulkifli ini, secara terus terang, saya pun tahu-tahu dia sudah jadi calon PKR,” jelasnya.

“Saya rasa beliau mungkin masih ahli PAS. Beliau tidak pernah keluar PAS. Tetapi kita bertolak ansurlah sebab (sesama) kawan (dalam Pakatan Rakyat). Jadi tidak ada masalahlah (untuk bertanding),” katanya.

Mustafa berkata, penglibatan Zulkifli dengan PKR dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam PAS.

Mustafa bagaimanapun juga enggan mengulas tempat untuk Zulkifli dalam PAS jika disingkir dari PKR dalam masa terdekat ini.

“Saya tidak hendak jawab tindakan yang belum berlaku. Kita tengok dulu. Saya pun tidak tahu apa hendak berlaku pada beliau,” katanya.

Mengulas tindakan beberapa wakil rakyat Pakatan yang dilihat 'sukar dikawal' dalam Pakatan, khususnya PKR, veteran PAS Terengganu itu berkata:

“Saya tidak bimbang. Dua, tiga orang macam ini biasalah dalam parti yang baru (PKR). Parti yang lama pun, DAP ada juga. Tetapi itu kes di Perak itu berlainanlah. Jadi parti yang baru ini sedang menuju kematangannya. Insya-Allah selesailah tu,” katanya optimis.

Mustafa berkata, imej pemimpin seperti Zulkifli mungkin tidak terjejas jika mereka mengambil jalan menyuarakan perbezaan pandangannya mengunakan saluran dalaman parti.

“Perkara ini pun kalau dibuat secara dalaman tidak menjejaskan imejnya (Zulkifli) sendiri,” katanya.


Ulasan GB

"Hakim" yang memutuskan menggantung keahlian Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba membuat kenyataan PAS bersedia menerima YB Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR.

Kenyataan Tuan Ibrahim mendahulu sekalian pimpinan PAS yang lain dan kenyataan itu dilihat tidak menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecat Zulkifli Noordin sebelum ini.

Zulkifli dipecat kerana membuat laporan polis terhadap MP PAS, Khalid Samad, tiba-tiba PAS pula ingin menyabut Zulkifli Noordin kedalam partinya.

Ketara sangat bebalnya PAS dan busuk hati Tuan Ibrahim ini terhadap Khalid Samad. Itu sebab mengapa Khalid dikenakan tindakan gantung keahlian sedangkan Hassan Ali hanya diberikan amaran sekalipun kesalahan Hassan Ali jauh lebih besar dari Khalid.

Jika dibuat pungutan suara di kalangan semua ahli PAS, GB amat percaya majoriti ahli PAS tidak akan dapat menerima Zulkifli.

Tuan Ibrahim perlu dikenakan tindakan!

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong GB. Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sepatutnya membuat kenyataan menerima keahlian Zulkifli, malah PAS tidak sepatutnya menerima kemasukan Zulkfli ke dalam parti.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu mengeruhkan hubungan PAS dan PKR.

Tanpa Nama berkata...

PAS perlu memberi peluang kpd Zulkifli sekiranya ingin menyertai PAS. Jgn sempitkan perjuangan PAS dgn pemikiran cetek. Mungkin PAS boleh mentarbiah Zulkifli agar menjadi hamba Allah yg lebih baik lagi. Aku sokong kenyataan Tuan Ibrahim. Hubungan PAS & PKR tidak perlu keruh sekiranya PAS & PKR bersikap terbuka. Ingat agama Islam tidak pernah melarang seseorang yg ingin masuk Islam. Inikan pula ingin masuk PAS.

Tanpa Nama berkata...

Den harap lah PAS ingek akan arwah Ustaz Fadhil Noor yang menolak kuda trojan ni . Nanti PAS pula berpocah dan huru haro sobab kuda trojan ni memang pakar botul dalam hal ni.

MANSOR JUNUS berkata...

TITM tak berapa cerdik politik. Beliau patut balik kampung mengajar agama saja. Komen tersebut salah waktu dan salah bahasa dan sudah tentu akan menyinggung rakan dalam komponen Pakatan. Lembab otaknya.

Srikandi berkata...

Sy mengucapkan terima kasih kepada TITM kerana kesudian menerima seorang pejuang Islam yang disingkirkan dari PKR. Sesungguhnya YB Zul telah tersalah pilih landasan yang tepat sebagai wadah perjuangannya. Sy berdoa semoga dipermudahkan laluannya di dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita betul2 mentarbiah Zulkifli ni. Insyaallah dia boleh menjadi pendukung Islam yg sejati. Dlm PKR aku pasti dia tidak diberikan Tarbiah yg betul. Insyaallah Islam adalah penyelesaian yer. Yg penting ahli2 PAS perlu berdakwah dgn lebih giat lagi. Tingkatkan amalan. Bersihkan hati dgn zikir2. Bangun tgh mlm, berdoa utk kejayaan Islam.

Tanpa Nama berkata...

TITM pasti dihukum samapi kalah wang deposit di dalam PRU nanti.

PKR dan DAP takkan lupa cadangan TITM yang merupakan satu pengkhianatan di di dalam Pakatan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

besar sangat ke pangkat tuan ibrahim ni sehingga mendahului Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden?

Apa ke halnya beliau sendiri yang tak mampu nak kawal nafsu dengan mikrofon?

Bukankah beliau tidak termasuk di dalam kalangan yang dibenarkan membuat kenyataan rasmi untuk PAS?

Tanpa Nama berkata...

biarkan TITM terima zk. pru13 nak kata ramai tak perlulah, namun segelintir penyokong pas akan buat undi rosak atau tidak mengundi pas.

pas perlu hati2, takut menerima zk akan membawa perpecahan.

Lang berkata...

Zul dualam ni sebenarnya tidak layak berpolitik. Sebab jiwanya memang lain dari orang lain. Dia sepatutnya tubuhkan NGO sendiri yang berjuang memertabatkan pemikiran dia. Biar dia sendiri jadi Boss. Senanglah dia nak menyampaikan pandangan dia tanpa bertelagah dengan rakan-rakan sebab NGO tu di yang punya.

Rasanya PERKASA udah ada... nama apa yang cantik ya..... hmmm... aku rasa PEKEBUN - Pertubuhan Kebebasan Untuk Negara yang mana memperjuangkan apa saja kebebasan yang belum dibebaskan. Kalau tak ada 'job; pun boleh juga pi kebun tanam jagung sebagai aktiviti memenuhkan masa.

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah takut sgt dgn Zul nih. Kita kan ada ramai yg pakar2 dlm Islam. Tarbiah mamat nih... Kalau susah sgt biar TGNA & TGHA tarbiah dia. Kalau boleh jadikan adik angkat ker.. Contohilah Rasulullah, bagaimana dia menyatupadukan penduduk Madinah atas nama Islam. Bukan yer atas nama Pakatan Rakyat Madinah. Ingat pd masa itu rakyat Madinah bergaduh sesama sendiri. Islam lah yg meyatupadukan.

hussin berkata...

zulkili nordin mengikut setiausaha agong pas:

1. pernah menjadi ahli pas dan bertanding atas tiket parti itu di kuala langat dalam pilihan raya umum 2004
2. pada 2008, zulkifli bertanding dalam pilihan raya umum di atas tiket pkr
3. penglibatan zulkifli dengan pkr dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam pas

justeru tidak timbul lagi:
1. ahawa zulkifli tidak pernah menyatakan permohonannya keluar pas secara rasmi
2. “Saya rasa beliau mungkin masih ahli PAS”

apa tujuan mustafa ali menimbulkan dua perkara di atas? apakah zulkifli kuda mustafa dalam projek ug? dari cara bertindak zulkifli dalam banyak hal, dia dilihat tidak sebulu dengan pakatan rakyat. seiras dengan puak dalam pas yang bertindak songsang dari “memperkasakan pakatan rakyat”. persamaan, persamaan…birds of the same feather?

“penglibatan zulkifli dengan pkr dengan sendirinya menggugurkan keahliannya dalam pas”.

jadi bagaimana pula naib presiden pas, tuan ibrahim tuan man boleh membuat kenyataan2 berikut:

1. parti itu sedia mempertimbangkan penyertaan zulkifli ke dalam pas jika ikhlas mendokong prinsip dan perjuangan pas
2. pas sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai pas termasuk zulkifli.

amat malang bagi pas kerana naib presidennya tidak tahu menahu akan status zulkifli. tidak buat homework terlebih dahulu. tidak pernah bersedia berdepan dengan kebarangkalian. tidak pernah berbincang bagi merumuskan kenyataan bersepadu dalam mendepani episod zulkifli, begitu naïf sekalikah kepimpinan pas kini? sanggup berjalan di khalayak ramai dengan kain sengaja diselakkan? masih tak faham apa itu persepsi? sia2lah seminar khas tempoh hari. sia2lah pandangan prof dr aziz bari dan dr abu hassan.

"Kalau beliau mengemukakan permohonan, pihak jawatankuasa parti akan mempertimbangkannya," katanya.

ini memberi galakan kepada zulkifli, “submit your application zul, we will “look” into it”.

"Kami harap penyertaan ke dalam PAS akan dapat membantu menguatkan lagi parti ini dan bukannya menjadi beban kepada parti," katanya.

bukankah mangkuk ni pernah jadi ydp pas kawasan bandar tun razak dulu? janganlah cuba jadikan “membantu memperkuatkan lagi parti” sebagai alasan kenapa zulkifli diterima “masuk” pas. berapa kali masuk ustaz?

“PAS menghargai kesetiaan yang ditunjukkan Zulkifli untuk bersama Pakatan Rakyat.”

kesetiaan? satu lagi kemungkinan alasan untuk dijaja kenapa pas terima zulkifli. berapa kali masuk ustaz? dah ada DUA alasan…

dan mungkin ada alasan yang tersembunyi… zulkifli saman khalid samad ketika jk disiplin sedang menyiasat khalid. supaya khalid dilihat “jahat” maka patutlah dihukum. macam ada kaitan je…

sikap galak apabila dapat mikrofon masih berterusan.

dream on pas...

wallahu'alam

hussin berkata...

dakwah, kata mahfuz.

Tanpa Nama berkata...

dinasihat TITM letak jawatan sahajalah.
banyak kekacauan dalam PAS dah dilakukannya.
lak yak jadi pemimpin jemaah.

Tanpa Nama berkata...

Syabas TITM di atas sikap keterbukaan PAS utk menerima YB Zul. PAS perlu berlandaskan Islam yg sebenar. Jgn terpengaruh dgn sikap hingusan segelintar blogger.
Banyak kekacaun yg berlaku disebabkan tidak mengikut prinsip Islam yg sebenar. Islam adalah agama yg murni. Jgn disebabkan strategi yg salah PAS menjadi tidak relevan. PAS tenggelam dlm pelukan DAP.

Martoiriat berkata...

Dulu YB ni dah bersama2 dgn PAS tapi dipecat. Lepas tu PKR ambilnya sebagai pemimpin. Sekarang PKR pulak yg pecat YB ni kerana buat hal. Apakah PAS nak seekor katak yg tempang ini?

Tanpa Nama berkata...

rasanya ada orang yang paranoia dgn kemungkinan YB Zul masuk PAS. Paranaoia selamanya dari dulu hampai sekarang tak berubah mampu bawa rebah.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

Wahai Mohd pendokong UG,

TGNA pernah mempertikaikan mereka yang mengkhinati perjuangan parti-parti mereka seperti YB Zul dan YB Zul pernah mengenaluarkan perkataan "menghina: TGNA", apakah TGNA juga paranaoia?

Terkutuk mereka yang menghina TGNA.

Tanpa Nama berkata...

pertamanya, saya bukan penyokong UG sebab UG tidak wujud - ia cuma diperingkat cadangan dan skrg telah tiada.

kedua - paranoia yg saya maksudkan bukan kepada TGNA - tiada apa yg TGNA nak paranoiakan. TGNA cool aja. Yg lebih2 orang lain. Guess who?

May Allah bless kedua2 Tok Guru.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

aduyaiii ... apa la ostad ni bengong sangat. dia ingat PAS ni syarikat mak bapak dia punya ka. weeiii kalau pikup slow jgn la bercakap.. bila bercakap sah org kata x layak jadi naib presiden.

aduyai malunya gua ada pemimpin yang macam ni.