7 Mac 2010

JOMHEBOH : Kelantan Benarkan Dengan Bersyarat

Kerajaan negeri membenarkan Konsert Jom Heboh anjuran TV3 diadakan di Kelantan pada 26 dan 27 Mac ini sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, tetapi melarang penyanyi wanita membuat persembahan.

Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah Silver Fly, milik Berjaya Air dari Ipoh ke Kota Baru.

Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan Konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.

Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.

“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.

Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penyannyi laki pun tak yah menyanyi lah semua pun tak boleh cakap kat MB Kelantan tak yah buat menyanyi2 tu semua..nak buat waktu petang..jangn buat waktu malam...Kelantan tu pun dengar syurga maksiat!!!!!!

menyanyi kalau lagu nasyid takpa..ini lagu haram yang dinyanyinya!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kelantan tu dah elok dah. selama ni tak dak masalah skrang cari masalah.Takiyuddin ni ikut hangpa lah. Kubur lain222

Tanpa Nama berkata...

Dulu jomheboh (sureheboh) jadi haram lantaran Mufti Perak kata haram sebab ada campur gaul laki pompuan. Jadi kita dalam PAS sekian lama berpegang kepada kata2 mufti tersebut.

Kemudian, mufti perak dilihat condong kepada umno, dan beliau dicemuh bagai nak rak. Kebetulan (?) jomheboh akan diadakan dikelantan, adakah kata2 mufti perak ni tidak lagi valid lantaran kecondongan beliau seolah2 kepada umno? Rakyat yg menilai.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

oi mamat UG,

apa yang dilakukan di Kelantan ialah berbeza. Kelantan memperhalusi agar umat tidak ditimpa bala dengan panganjuran konsert itu lantas mengenakan syarat2 ketat, membersihkannya dari unsur2 yang haram.

Mufti Perak haramkan terus sedangkan Kelantan mencari jalan terbaik demi tidak menggugat barakah dari Allah.

Tanpa Nama berkata...

salam..sapa yang menentang jom heboh diadakan di kelantan memang kolot..kenapa aku ckp mcm tuh..jom heboh..nama sahaja..dulu mufti haram sebab...apa yang dituntut syariah tidak diikut..tv3 nk ikot kepala diorg sendiri tak nak ikot syariah..sebab tu haram...yang keluarkan fatwa mufti perak jer...sebab nasihat dia supaya jom heboh punya konsep ditukar ]..tv3 buat dek jer...tp skrg kenapa nik aziz terima..jom heboh..sebab peraturan hiburan mengikut syariah tv3 boleh terima...nik aziz nak bgtau semua program boleh dianjurkan di kelantan..tapi syariah diikut..sebelum nih tv3 ada mintak nk buat jom heboh..tp tv3 nk ikot cara diorg yg tak bersyariah..sapa nk bg..skrg diaorg boleh ikot..tok guru bagi la...ala..ikot jer syariah..semua dihalalkan oleh islam dan allah..korang tak tengok ker..nik aziz solat minta hujan..raakat pertama dah turun...doa mustajab tuh...kembali kepada syariah..semuanya halal..skrg nih nama jer jom heboh..isinya ikot syariah...apa nk susah..kadang2 korang ubah mind setting skit...bukannya akidah..syariah..atau sunnah...itu memang tak boleh diubah...kalau britney spears ikot syariah buat konsert...aku rasa penuh stadium bukit jalil tu dgn pompuan...gi tengok..tiap2 tahun diarg buat..masalahnyae..nk ker britney ikot syariah..tu yg nik aziz tak bg tuh..bolrh paham...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya konsert wei..konsert nyanyi cam tah apa2 tu kan lagha...mana boleh...kalau yang berniaga tu tak de hal la wei...