Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengenal pasti punca utama tiga bekas Ahli Parlimen mereka keluar parti bagi memulihkan kembali jentera PKR.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains & Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian berkata, permasalahan itu dilihat mampu menjejas kredibiliti PKR yang menjadi parti antara sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan Pas.
Menurutnya, senario berlaku ada hubung kait dengan kedudukan pemimpin seperti ada rasa ketidakpuashatian dari segi persaingan mendapatkan kedudukan dalam parti itu.
“Sehubungan itu, Penasihat PKR, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim perlu mengkaji semula masalah dalaman yang melanda serta meneliti apa faktor yang menyebabkan punca Ahli Parlimen itu melompat parti,” katanya,
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR akan meninggalkan parti itu selepaas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas, semalam.
Ditanya sama ada krisis itu akan menggugat kedudukan PKR di Pulau Pinang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, Dr Sivamurugan berpendapat masih terlalu awal menjangkakannya kerana Barisan Nasional (BN) perlu memenangi semula majoriti 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang oleh DAP.
Menurutnya walaupun ia memberi kesan peringkat nasional, tetapi ia tidak memberi kesan peringkat negeri kerana majoriti rakyat masih menyokong PR. -SH
Ulasan GB
Jawapannya sudah ada, dan di diakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bahawa, PKR perlu menapis calon-calon untuk bertnading di dalam pilihanraya nanti.
Calon-calon yang diketahui mempunyai kepentingan diri dan tidak utamakan rakyat di samping mengamalkan budaya sikap UMNO BN seperti berkehendakkan projek dan seumpamanya perlu ditolak.

7 ulasan:
Akhirnya, ada pun blog yang mengakui PKR perlu muhasabah diri mengapa ramai pemimpin PKR keluar dari parti tersebut. Tindakan yang sangat baik bagi PKR.
Sebelum ini, PKR hanya mampu menyalahkan orang lain apabila ramai ahlinya keluar parti. Seperti PKR tidak pernah melakukan sebarang kesalahan. Sedangkan Nabi pun pernah terseilap, inikan pula pemimpin PKR, yang hanya manusia biasa.
Contohilah PAS. Tidak ramai pemimpinnya yang keluar parti. Apa guna berkawan dengan PAS jika tidak mengambil contoh tauladan dari mereka.
Yang ada dalam PKR tu semuanya 'accidental politicians'. Menang pilihanraya lalu hanya kerana situasi yang tidak menyebelahi BN. Kemenangan calon-calon PKR pun bukannya kekuatan PKR sendiri tetapi lebih kepada kekuatan penyokong PAS yang bekerja kuat memenangkan calon-calon PKR. Juga sokongan bukan Melayu yang jelas menolak penguasaan politik Melayu melalui UMNO.
Lihat sahaja kredibiliti calon-calon PKR dalam pilihanraya lalu. Segelintir kecil sahaja yang benar-benar layak diketengahkan sebagai calon, kebanyakannya nak jadi YDP PIBG pun tak layak.
Parti manakah yang paling beruntung atas kelemahan PKR? Tentunya DAP. Malang sekali bagi PAS, yang menunjukkan komitmen kuat untuk memenangi pilihanraya menerusi penyokong-penyokong di akar umbi, tidak mendapat pengiktirafan yang sewajibnya dalam pakatan DAP-PKR-PAS. PAS seolah-olah diberi peranan pemain simpanan sahaja dalam pakatan. Kepimpinan PAS perlu mendesak untuk peranan yang lebih besar dalam pakatan kerana kekuhan PAS dan sokongan terhadap PAS mantap jika dibandingkan dengan kedua-dua parti yang lain. Mampukah PAS mengambil alih teraju pakatan parti pembangkang ini?
tidak timbul soal isu mana parti menjadi mangsa antara PAS DAP PKR. Apabila satu parti menghadapi masalah parti lain akan merasa sakit...selama ini sokong rakyat kepada parti hanya berdasarkan ras atau bangsa...namun pada 4 tahun kebelakangan ini isu bangsa antara parti semakin menipis..pengundi melayu tidak segan silu mengundi DAP manakala cina india mengundi PAS. sebagai contoh kerusi Kota Raja YB Dr. Mariah mendapat majoriti undi yg tinggi. Manakala PKR mendapat banyak kemenangan di beberapa kawasan yg memiliki imbangan kerusi 60:40 (melayu:bukan melayu) kerana faktor kecondongan pengundian bukan melayu kearah PR dicampur dengan pengundi melayu yg selama ini menyokong parti dalam PR. Itu mungkin termasuk pengundi muda yg mempunyai celik IT memperolehi maklumat dari media baru. Keadaan masa kini dari rakyat masih memihak kepada PR dengan beberapa isu nasional
anon 9.09
Bukan PAS tidak boleh menguasai PTR, tetapi pemimpin PAS sendiri berbolak-balik.
Depan UMNO ckp lain depan PR ckp lain.
PAS Terengganu telah merosakkan imej PAS.
Maka kebanyakan rakyat tidak percaya lagi kpd PAS selepas PRU yang lalu.
Dikurniakan kemenangan bersama PR, tetapi pihak pemimpin PAS yang dikuasai oleh puak Terengganu bersama-sama pengikut taksub mereka lebih galak menyerang PKR dan DAP.
Hasilnya kita tunggu PRU13. PAS akan terkangkang akibat sikap PAS Terengganu.
Aku tetap sokong PKR......aku lagi serik dengan pimpinan Ameno. Yang nak sangat lompat biarkan lah ianya pergi. Apa guna ada pemimpin macam Zulkifli nordin dan puak2 ni.Allah telah menunjukkan awal tembelang puak2 ni agar agar tak menjadi ahli parlimen lagi untuk masa depan andai Pakatan Rakyat memerintah Malaysia nanti. Kerana perangai puak2 ni akan lebih teruk dari ameno jika dapat kuasa pemerintahan. Moga mereka ini dilaknati Allah....amiiiiin
"PAS Terengganu menguasai itu dan ini..."-statement yg sama jenis juga dgn perkauman..- harap anta bermuhasabah diri..
pada saya walau bagaimana sekalipun berita yg telah dikeluarkan melalui media ianya adalah satu pembohongan demi meraih sokongan rakyat oleh barisan bee end... satelah 50 tahun rakyat diperdaya dgn berbagai2 cara dari segala sudut kita sepatutnya melihat dari segi masalah sosial pun dah cukup untuk dibuat kajian. BETAPA ANAK2 MELAYU TELAH TERLALU BANYAK ROSAK MORALNYA... APAKAH YG TELAH DILAKUKAN OLEH BEE END? berbagai2 masalah sosial yg berlaku dimana peranan yg wakil2 rakyat umeno....
Catat Ulasan