4 Mac 2010

Zulkifli Noordin Hanya Cipta Alasan, Tiada Kaitan Penggunaan Nama Allah Lagi

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KEADILAN Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata Zulkifli Noordin perlu memahami bahawa KEADILAN adalah parti untuk semua kaum dan sudah tentu ahli panel dalam lembaga disiplinnya juga dianggotai bukan Islam.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) diminta mengulas tindakan Zulkifli hari ini yang enggan menghadap lembaga Jawatankuasa disiplin parti, sebaliknya bertindak keluar ketika pertemuan itu berlangsung atas alasan tidak mahu ahli panel lembaga tersebut terdiri dari kalangan orang bukan Islam.

Zulkifli hari ini dilaporkan berkata panel yang sepatut menentukan masa depannya itu perlu dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Beliau dihadapkan ke jawatankuasa terbabit bagi memberi penjelasan berhubung kritikannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ketika diminta mengulas isu ini, Dr Muhammad Nur berkata pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat telah pun membuat keputusan mengenai isu penggunaan nama Allah yang dianggap telah selesai.

"Pengunaan nama Allah telah selesai, Pakatan Rakyat dan ijma ulama telah menyatakan pandangan bahawa soalnya ialah berbeza pandangan. Kita telah meminta pemimpin bukan Islam supaya menghormati asas kebimbangan ini dan apa yang penting ialah langkah pelaksanaan dan kawalan," katanya.

Tambah beliau, Zulkifli dihadapkan ke lembaga disiplin parti itu kerana soal disiplin dan tiada kena mengena dengan isu penggunaan nama Allah seperti yang beliau perkatakan.

"Perkara itu sudah tidak menjadi isu. Ijma pimpinan ulama dalam Pakatan Rakyat samada dalam KEADILAN atau PAS dan ulama muktabar dunia sudah menyatakan bahawa tak timbul soal hukum tetapi cuma perbezaan pendapat. Kita hormat pandangan yang berbeda dan keprihatinan terhadap orang Islam yang bimbang dalam isu ini," ujarnya. -SK

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika tanpa undi bukan Islam, pastinya Zulkifli Nordin tak jadi YB dan tak gaji YB.

Apa punya orang hasrat parti sendiri pun tak faham. Apakah dia lebih hebat drp TGNA ?

Martoiriat berkata...

Mungkin YB ni dah dibeli..sebab tu lah buat berbagai2 helah dan perangai dlm PR.Tunggu masa dan waktu utk keluar parti.

Realitinya. jika tidak ada orang bukan islam memilihnya, jangan harap beliau boleh menang. Ini lah perangai saorang penguam yg tidak ada kualiti dan prinsip hidup.. cerdik tak boleh pakai..bodoh tak boeh diajar..