4 Mac 2010

Zulkifli Noordin Enggan Hadap Lembaga Disiplin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, bertindak keluar sesi panel lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu kalimah Allah kerana tiga daripada empat anggotanya adalah bukan Islam.

Zulkifli mendesak supaya panel lembaga disiplin bagi menyiasat kenyataannya berhubung isu kalimah Allah itu dianggotai umat Islam.

Menurutnya, panel sedia ada terdiri dari seorang Muslim, dua penganut Kristian dan seorang beragama Hindu. Panel bagaimanapun menolak tuntutan itu dan berkata kuasa untuk melantik panel terletak dalam bidang kuasa Majlis Pimpinan Pusat.

Demikian itu, Zulkifli menyeru MPP untuk melantik panel baru sebelum Selasa minggu hadapan. Jika tidak, beliau mengugut akan meletak jawatan.




4 ulasan:

aljo berkata...

Banyak benda aku tak setuju dengan mamat ni tapi tang ahli panel PKR ni aku terpaksa setuju jugak dengan dia sbb alasan yang mamat ni bagi agak logik.

Pening jugak dgn PKR ni.

sb dehlawi berkata...

Tak payah ugut. letak jawatan terus lagi bagus..buat semak je dalam pkr

Samdol berkata...

Sekoq MP yang mengada ngada dan banyak songeh. Perasan hebat kononnya. Belah lah capat....

Tanpa Nama berkata...

Apakah budaya UMNO telah meresap dalam PKR... orang yg berpendirian seperti ZUL mau diusir keluar PKR.. siapa yg tinggal dalam PKR pikir lah sendiri..