17 Feb 2010

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang. -TVS


Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.

Di samping mengulas mengenai keterangan Mohd Saiful Bukhari di mahkamah, Naib Presiden PKR, Azmin Ali turut menyeru hadirin supaya memboikot akhbar Utusan Malaysia, dalam satu kempen 'bankrapkan Utusan Malaysia.'

"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.

"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.

Tambahnya, jika kempen itu dijalankan dengan bersungguh-suingguh, maka penerbit Utusan Malaysia boleh muflis dalam masa tiga bulan.

Sementara itu, seorang lagi penceramah, Gobind Singh Deo pula berkata penyokong Anwar tetap berani menangkis tohmahan terhadap ketua umum PKR itu, termasuk oleh bapanya sendiri Karpal Singh.

Sebelum itu, Karpal Singh dilaporkan berkata, memandangkan Hakim Mohamad Zabidin tidak berterus terang kerana tidak merujuk Utusan Malaysia bagi kesalahan menghina mahkamah berhubung laporan yang dianggap palsu, pihak pembelaan melihat itu sebagai “satu pembohongan oleh Yang Arif”.

Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong juga berkata ketegasannya membangkitkan isu, juga menyebabkan beliau digantung daripada Dewan Rakyat selama setahun, tahun lalu.

"Bila saya tanya (Datuk Seri Najib Razak) apa yang terjadi kepada Altantuya Shaariibuu di dalam dewan, apa dia buat? Saya digantung daripada dewan.

"16 Mac ini saya akan masuk semula ke dewan dan (akan) tanya Najib semula," katanya.

Ketika memperkenalkan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin selepas itu, Gobind juga mengumumkan Nizar sebagai "menteri besar Perak yang sah."

Nizar dalam ucapannya selepas itu, tanpa membuang masa, mengulas mengenai keputusan mahkamah dalam menentukan siapakah antara beliau dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, menteri besar perak yang sah.

"Tapi keputusan itu sudahpun kita jangka. Kita sudah agak ia akan berlaku begitu," katanya sambil menambah keputusan itu juga kini membuatkan semakin meningkatkanya penolakan rakyat Perak terhadap BN.

"Akibat keputusan hakim itu, sokongan kepada kita kini bertambah dan kini menggerunkan BN. Banyak lagi negeri yang akan tumbang hasil daripada kezaliman yang mereka lakukan di Perak," katanya.

Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

"Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.

Anwar yang menaiki pentas kemudiannya berkata beliau telah mendapat pelbagai jolokan sepanjang menjadi pembangkang, termasuk sebagai 'ejen Cina', 'ejen Yahudi' dan juga 'pengkhianat Melayu.'

"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perbicaraan kes liwat ke atasnya itu merupakan satu usaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

"Kita faham perkara ini akan dilakukan sejak tiga bulan lalu, kes perbicaraan saya dan juga keputusan mahkamah ke atas menteri besar Perak," katanya lagi.

Dalam ucapannya hampir satu jam, Anwar juga berkata kes perbicaraan liwat ke atasnya itu turut mendapat perhatian pemimpin ulama dunia, Dr Yusoff Qardawi yang telah menelefonnya berhubung perkara itu.

"Dia suruh saya bangkit dari tidur dan duduk di sejadah. Saya tanya kenapa, beliau jawab 10,000 orang pada masa itu dalam satu perhimpunan majlis zikir yang sedang berdoa untuk saudara," katanya lagi.

Selain itu, menurut Anwar, kes itu juga kini mendapat perhatian ulama tempatan termasuk pemimpin PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tambahnya, Abdul Hadi akan mengulang cetak sebuah buku karangan presiden PAS itu berkaitan hukum qazaf yang ditulis 10 tahun lalu bagi menerangkan kepentingan kes itu didengar di mahkamah syariah. -dperbatasan


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wuih..sempat balik penang ya.....
tu lah..sedih ngn UMNO ni...memalukan Melayu je

Pemuda Melayu Islam berkata...

Slm,x sedih ngan UMNO,tp sedih ngan segolongan makhluk yg menjadi ahli umno dan jadikan platform utk kepentingan sendiri,kpd makhluk2 yg mengaku umno tp tak mempunyai jiwa umno,nantikanlah pembalasan dr ahli2 umno yg x bertuan ini,ingat kes norza?skrg kes hasbi dan ramai lg akan kita cuci insyaallah dan dgn izinNYA juga penyucian dlm umno akan berhasil wlu ditohmah dan dicaci oleh PR yg berjaya membentuk persepsi negatif kpd umno,perjuangan akan diteruskan,HIDUP MELAYU ISLAM!

Tanpa Nama berkata...

Bila agaknye mamat melayu atas ni nak sedar... menarik gak view dia nih....mencuci konon...cuci apa lagi kalau baju buruk penuh taik bertompok2 dah. Takyah cuci, buang jer n ganti hok baru...berjuang untuk keadilan Islam bukan setakat untuk me-layu

Tanpa Nama berkata...

ko sedih ke tak ada aku kisah ke Pemuda Melayu Islam.. haha UMNO dah banyak menukar persepsi orang ramai..diorang dah berjaya meletakkan Melayu terdahulu sbeleum Islam..contoh depan mata aku tau..dulu..mmbe aku kecik2 sokong PAS...dah besar sokong UMNO.. sbb apa aku tanya??..haha takut Melayu disishkan..tapi diorang tau UMNO ni banyak gak kotor die..macam kome la Pemuda Melayu Islam ..aku nak tanya ko ni..ko Melayu betul ke????? haha jangn kemelayuan ko tu dipertikai dek cina ngn india nanti..malu ko..macam kes bapak syed hamid albar dulu sebelum singapore out dari Malaysia..kena tomah ngn PR biasa la..PR pun sntiasa korang fitnah mcm2...macam ko ni la orng panggil..anjing kat rumah orng nampak..babi kat rumah sndiri tak perasan.. wahahahha