17 Feb 2010

Qazaf Ditunda Untuk Lengahkan Anwar Dapatkan Keadilan Melalui Syarak

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur terpaksa menunda perbicaraan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan kepada 10 Mac, berikutan kelewatan kerajaan Umno-BN menfailkan afidavit balas walaupun diberi dua minggu berbuat demikian.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kelewatan itu disengajakan untuk melengah-lengahkan usaha beliau mendapatkaan keadilan mengikut hukum syarak.

Beliau sekali lagi menekankan keperluan Mahkamah Syariah memastikan proses perundangan Islam tidak dicemari dengan campurtangan parti pemerintah atau institusi yang dikawalnya.

Menteri Hal-ehwal Islam Datuk Jamil Khir Baharom dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum ini memohon membatalkan permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mendakwa Saiful di bawah undang-undangg qazaf.

Hakim Mohd Shukor Sabudin memberikan tempoh dua minggu untuk Jamil dan JAWI menfailkan afidavit bagi menyokong permohonan mereka itu dan menetapkan hari ini untuk mendengar hujah.

Namun kes berkenaan tidak dapat berjalan kerana peguam Jamil dan JAWI gagal mengemukakan afidavit.

“Saya tengok hakim masih memberi ruang walaupun pendakwa ambil sambil lewa, bagi arahan suruh jawap dua minggu, kalau macam ini prestasi, ada baik juga kerana saya terlibat dulu dalam mengangkat mahkamah syariah sekarang saya sendiri melihat prestasi" ujar Anwar.

Saiful mendakwa kononnya beliau diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu pada Jun 2008.

Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mensabitkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.

Justeru Saiful perlu menghadapi perbicaraan qazaf bagi membela dakwaannya itu dari sudut Islam.

Anwar mendakwa Saiful diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang disahkan menemui Saiful beberapa hari sebelum beliau membuat dakwaan itu pada Ogos tahun 2008.

Ketua pembangkang ini terkilan dengan cubaan terbuka Jamil dan Jawi untuk menghalang usaha perbicaraan qazaf terhadap Saiful seperti mana yang di tuntut oleh Islam.

Pertama agak aneh bagi Mahkamah Syariah atas tuntutan Menteri Agama atas arahan Umno untuk meminta Mahkamah Syariah tidak membicarakan isu qazaf ini kononnnya di luar bukan bidang kuasa dan dalam kes lain-lain dipertahankan di bidang kuasa mahkamah syariah.

“Sekarang kita yang mahu memperkukuhkan Mahkamah Syariah, menteri Ugama Umno ini minta bidang kuasa mahkamah syariah disempitkan" katanya lagi.

Kerajaan umno-Bn dilihat bertindak demikian kerana khuatir kredibiliti Saiful akan musnah sama sekali jika terbukti beliau membuat tuduhan palsu ke atas Anwar di Mahkamah Syariah.

Jamil memberitahu parlimen kononnya proses perundangan Islam hanya boleh dijalankan selepas perbicaraan kes sivil Anwar di Mahkamah Tinggi di mana Saiful menjadi saksi utama, sudah selesai.

Alasan itu ditolak oleh pakar-pakar perundangan sebagai cetek kerana pertuduhan qazaf adalah mengikut undang-undang Islam dan bebas daripada sistem undang-undang sivil.

“Saya harap Mahkamah Syariah ini dibersihkan dari unsur begini, menyekat bidang kuasa dan juga penglibatan orang yang terlibat dari segi taktik kotor atas mahkamah, kita kena jaga maruah baik Jabatan Agama, mahkamah syariah daripada dicemari orang-orang sebegini".


1 ulasan:

Hati Rakyat berkata...

Kita berdoa kepada Allah agar yang benar diberi kemenangan dan yang salah dihukum setimpal dengan kesalahannya.

Disini saya mengharapkan Datok Seri Anuar Ibrahim dapat menulis dalam buku berkaitan apa jua pengalaman, pengetahuan, pandangan bersangkut paut dengan kerjaya Datok Seri sebagai ahli politik tanahair.

Kita mahu menyimpan semangat dan kekuatan Datok Seri dalam hati kita yang selama ini pemikiran kita telah dilemahkan oleh pemimpin UMNO.

Sehingga hari ini, sebahagian besar rakyat Malaysia tercari-cari orang yang layak dijadikan pemimpin selain dari Datok Seri tapi tiada.

Hanya Datok Seri yang begitu menonjol sebagai anak melayu didalam Malaysia yang mempunyai kekuatan minda, alim, berkarisma dalam meningkatkan martabat bangsanya serta rakyat malaysia keseluruhannya.

Perjuangan Datok Seri mempertahankan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara patut dipuji. Dan Datok Seri tidak pernah mengalah malah demi mencari keadilan dan slogan yang Datok Seri sering laungkan adalah "lawan tetap lawan..."

Sebagai rakyat biasa, kita memang nampak bahawa kerajaan Barisan Nasional amat zalim terhadap Datok Seri. Mereka melakukan berbagai tipu muslihat agar rakyat percaya bahawa Datok Seri adalah orang yang didapati bersalah dan Kerajaan BN dianggap sebagai kerajaan yang adil.

Walau bagaimana pun pepatah melayu mengatakan "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia (Datok Seri) tiada siapa yang tahu..."

Mungkin pemimpin UMNO sedang melihat tuah mereka didalam jubur Saiful....?