Mokhzani Mahathir, (gambar) anak kedua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Nazir Razak, adik perdana menteri Najib Abdul Razak adalah di antara 40 paling kaya di negara ini.
Senarai penuh 40 jutawan dan ‘billionaire’ ini tersiar dalam kajian majalah terbitan dua minggu sekali ‘Malaysian Business’ keluaran 16 Februari ini.
Seperti tahun-tahun yang lalu, kekayaan 40 mereka paling kaya dinilai berdasarkan pegangan saham mereka dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga setakat 15 Januari tahun ini.
Nazir Razak, 41, dari Kumpulan CIMB muncul buat pertama kali dalam senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya pada kedudukan nombor 40 dengan kekayaan bernilai RM345 juta.
Mokhzani, 47, menduduki tempat ke 20 dengan nilai bersih lebih dari RM1 bilion melalui pegangan sahamnya dalam Kencana Petroleum.
Raja Eleena Azlan Shah, 48, dari Gamuda dan anak kepada Sultan Perak berada pada kedudukan ke 35 dengan anggaran kekayaan bernilai RM515 juta.
Empat puluh terkaya rakyat Malaysia mencatatkan peningkatan kekayaan terkumpul bernilai RM156.7 bilion sehingga setakat 15 Januari atau 63% lebih tinggi, dari sejumlah RM96.3 bilion setahun yang lalu, berikutan pemulihan pasaran saham.
Bagaimanapun mengikut kajian majalah itu, kekayaan terkumpul mereka adalah berkurang berbanding dengan RM171.9 bilion yang dicatat pada tahun 2008.
Paras kedudukan FBM KLCI telah meningkat 44.3% sejak kajian terbaru dijalankan memandang ekonomi bergelut untuk pulih kembali berikutan krisis kewangan global.
Kajian itu juga mendedahkan hampir separuh dari senarai tersebut mencatat perningkatan 50% atau lebih. Terdapat lebih ramai bilionaire tahun ini iaitu seramai 22 orang, lebih lapan dari tahun lepas.
Robert Kuok, 84, dari Kuok Group yang melucutkan gelarannya sebagai ‘Sugar King’ tahun lepas, masih berada di puncak dengan nilai kekayaan RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion dari RM26.6 bilion setahun lalu.
Tycoon media dan telekomunikasi Ananda Krishnan, 70, menduduki tempat kedua, dengan nilai kekayaan sebanyak RM27 bilion.
Lee Shin Chen dari IOI Corporation, 69, menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion, diikuti oleh banker Teh Hong Piow, 78, pada RM10.86 bilion.
Lim Kok Thay, 56, dari Genting Group, bernilai RM10.38 bilion, melangkah 10 anak tangga pada tempat kelima. Ini berikutan beliau mewarisi sebahagian besar kekayaan mendiang bapanya, Lim Goh Tong.
Quek Leng Chan dari Hong Leong Group, 67, menduduki tempat keenam pada RM7.09 bilion sementara Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary bernilai RM6.01 bilion, di tempat ketujuh.
Termasuk dalam senarai 10 terkaya ialah isteri mendiang Goh Tong, Lee Kim Hua, 79, Tiong Hiew King, 78 dari Kumpulan Rimbunan Hijau dan Vincent Tan, 56 dari Berjaya Group.
Terdapat lima muka baru dalam senarai selain Nazir Razak. Mereka ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, dua beradik Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang kembali ke dalam senarai setelah tercicir setahun lalu.

4 ulasan:
itu yang tersenarai, yang tak tersenarai lagi hebat agaknya...
Ketika rakyat menderita dengan kenaikan harga barang serta perkhidmatan kemudahan asas, rupanya ada orang kaya yang senang lenang. Di atas dunia ni saja.
Slm,inilah pemikiran org2 kita,klu kaya pun kita x nak tumpang bangga klu miskin lg la,apa sebenarnya yg korang nak?Korang nak klu org tu melayu islam tahap keberjayaannya dan kekayaanya mesti setakat ala2 saja,tp klu org kapir jd kaya korang angkat jd ikon,kononnya pandai berniaga,rajin dll ,apa org islam x mampu berjayaka?go fly kite la bro,rezeki seseorg allah yg tentukan dan allah tidak akan mengubah nasib ssorg hambanya melainkan hambanya yg melakukan sst.krgla berhasad dengki ye,pergilah berusaha semoga kedua-dua dik anon berjaya n diberkati Allah.
Semua mereka ini menjadi kaya selepas mendapat lesen ekskulsif drpd kerajaan UBN.
Robert Kuok - dpt lesen import gula dan import baja.
Ananda - lesen judi, lesen telco dan lesen astro.
Goh Tong - family dpt lesen judi dan tanah free di Genting.
Vincent Tan - dpt lesen judi, lesen telco, lesen satelit tv, lesen spektrum 3G.
Selain itu - kesemua yang kaya ini mempunyai hubungan istimewa dgn pemerintah negara. Masakan drp tiada apa2 blh menjadi kaya. Tanpa produk hebat spt Bill Gates atau Steve Jobs.
orang kampung - nak dpt lesen penjaja pun susah. macam2 syarat drp majlis daerah.
Akhirnya- yang senarai terkaya ini pun bayar cukai pada kerajaan juga. Jika dikira cukai seluruhnya sekitar 20 billion ( 26% x 171 bilioon).
Catat Ulasan