23 Jan 2010

Tiada Yang Kekal Di Dunia.. Sultan Johor Mangkat

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail mangkat di Hospital Pakar Puteri, jam 7.15 malam tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah jam 2 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, yang dilantik Pemangku Raja petang tadi, akan dimasyurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar esok.

Esok juga diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.

Terdahulu, Tegnku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail mengangkat sumpah sebagai Pemangku Raja selepas dilantik Jumaah Majlis Diraja Johor bagi menjalankan tugas Raja dalam satu majlis di Istana Besar, di sini petang tadi.

Pelantikan berkenaan disaksikan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim dan Tunku Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid berikutan kegeringan Sultan Johor, Sultan Iskandar yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, di sini.

Dalam majlis berlangsung selama 10 minit bermula jam 5.10 petang itu, Tunku Ibrahim yang kelihatan sedih sepanjang upacara dan sesekali mengesat mata itu mengangkat sumpah sebelum menandatangani watikah pelantikan sebagai Pemangku Raja.

Tunku Ibrahim ketika mengangkat sumpah pada majlis itu berjanji bahawa Baginda akan memerintah dengan saksama dan bertimbangrasa kepada penduduk dan rakyat negeri ini

"Selain itu, saya bersumpah akan memelihara dan menghormati agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor. Barang disokong Allah akan saya," titahnya.


Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Wikipedia

DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (diputerakan pada 8 April 1932) adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989, serta Sultan Johor yang terkini.

Putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, putera ini dinamakan Tunku Mahmood Iskandar.

Tokoh yang kontrovesi di Malaysia, Tunku Iskandar menjalani hidup yang pelbagai. Dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959, baginda disingkirkan daripada jawatan tersebut oleh ayahandanya apabila didapati bersalah atas tuduhan menyerang oleh mahkamah. Bagaimanapun, Sultan Ismail berlembut pada akhir hayatnya dan mengurniakan kembali Tunku Iskandar pangkat dan gelarannya sepuluh hari sebelum kemangkatan.

Berminat dengan tentera, Sultan Iskandar sering tidak seiring dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika beliau menjadi Sultan Johor. Bagaimanapun, setelah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar berbaik dengan Perdana Menteri dan ini mencapai kemuncaknya apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan dengan "Darjah Pertama Kerabat Diraja Mahkota Johor", sesuatu yang tidak pernah dianugerahkan kepada orang kebanyakan.

Sultan Iskandar telah bercerai dengan ibu Tengku Mahkota, Josephine Trevorrow, dan kemudiannya berkahwin dengan Tengku Zanariah binti Tengku Panglima Raja Ahmad daripada kerabat diraja Kelantan. Tengku Zanariah kini merupakan Sultanah Johor.


ALFATIHAH

2 ulasan:

ISA berkata...

Kesian Prebet Adam...

Missa berkata...

Al-Fatihah untuk bginda. Saya sebagai salah seorang rakyat Johor yang merantau akan tetap berkabung tanda hormat saya kepada baginda. Kepada sesiapa yang tak pernah mengenali baginda, tak akan tahu betapa bagindalah raja berjiwa rakyat. Saya pernah alaminya. Arwah bapa saya juga pernah mengalaminya. Biarpun baginda garang tetapi bersebab. Baginda amat berdisplin. Saya rasa kehilangan yang teramat sangat. Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang yang beriman. Kepada sesiapa yang berdendam dengan baginda, harap di maafkan kasalahan baginda kerana baginda juga manusia biasa.