11 Jun 2015

Mereka Tak Berani Usul Putus Dengan DAP Semasa TGNA Masih Ada..


Kalau Nik Aziz masih ada...'

Sekiranya bekas mursyidul PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada, parti Islam itu mungkin tidak akan memutuskan hubungan dengan DAP, kata bekas naib presiden, Ahmad Awang.

“(Tidak berani putus) kerana masa itu (Nik Aziz masih ada) mereka (pimpinan PAS) tidak berani dengan Nik Aziz.

"Jadi bila Nik Aziz dah tiada (hubungan diputuskan),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika ditanya mengapa keputusan ini diambil secara terburu-buru, beliau mendakwa ia kerana golongan tersebut sudah lama menginginkan ia berlaku.

Ahmad berkata, persidangan Multaqa Dewan Ulama dua tahun lalu, turut menunjukkan tanda-tanda awal PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat apabila golongan ulama itu mengadakan perbincangan ‘perlu dikaji hubungan PAS dalam Pakatan’.

Bagaimanapun, dakwanya, selepas dikritik hebat, golongan ulama itu menukar kenyataan - dari ‘perlu dikaji kepada mahu dikaji - bagi tujuan memperbaiki hubungan dalam Pakatan.

Ahmad merupakan pencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan minggu lalu.

“Ada komen yang kita lihat, orang bukan Islam pun hairan adakah Islam suruh buat macam ni, berbalah, bergaduh, labelkan orang itu dan ini.

“(Orang bukan Islam kata) kami ini nak bernaung bawah Islam, adakah jadi macam ini?
,” katanya

Ahmad menambah tindakan itu terlalu menyedihkan dan menyifatkan ia tidak elok dari segi konteks dakwah Islam.



32 ulasan:

Unknown berkata...

Suatu pengajaran untuk kita orang2 islam di Malaysia:

1. Tak semestinya sesaorang islam itu MENGAMALKAN apa yg diajarkan oleh agamanya walaupun ianya bertaraf ulamak.
2. Kejadian yg berlaku ini, ALLAH nak tunjukkan pada orang2 islam, orang2 yg SEDERHANA ,tak kira dianya KAFIR atau ISLAM lebih mengamalkan NILAI-NILAI ISLAM.DI DALAM TINDAK -TANDUK MEREKA.
3.Apabila pertembungan di antara LABA/dunia Jawatan, dan amalan Islam yg suci murni ,secara terang dan nyata ALLAH telah menunjukkan kepada kita siapa mereka.
4.Orang-orang islam yg sebenarnya adalah yg mengikuti ajaran-ajaran Rasulallah, mempunyai PRINSIP-PRINSIP yg tegas, umpama apabila ia berkata apa yg sesuatu yg ditegaskan pada tahun2 sebelumnya i.e 1981,dia tidak akan mengubah prinsip-prinsipnya hingga ka hari kiamat,walaupun ia diberi pelbagai-bagai kuasa/harta benda dunia.
5 Orang-orang islamyg mengamalkan,Matlamat menghalalkan cara, adalah yg menyingpang dari ajaran nabi.
5.Sombong,Takkabur,bongkar adalah satu penyakit yg tak boleh di ubat, walaupun sesaorng itu menyatakan sebalikkan,kita dapat melihat dari perbuatannya.

WALLAHUALLAM.

Tanpa Nama berkata...

Janganlah ulamno cepat melatah.biarlah orang kata pkr atau dap menunggang/memperkudakan pas sebab pas tu bukan agama.jgn suka buat uturn dan lebih baik cina buta dengan umngok dulu barulah rujuk balik.

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan kanyataan di atas ertinya berlori-lori jugalah tuan-tuan guru, ostad-ostad, alfadil-alfadil dan doktor-doktor yang kecut perut ngan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Nampaknya kena tunggu satu generasi lagilah kalau nak dapat pengganti Almarhum. Yang ada-ada ni ramai yang cap ayam!!

faqqirulkhoir berkata...

Tuan Blogger, salaam, gue turut sedih, ttpi menurut rangkap2 terakhir suroh al Insyiroh, secara kasarnya, kita dituntut mempercayai setiap kepayahan datangnya sekali dgn penyelesaiannya, (diulang ulang), lantas bersegeralah mengatur langkah2 tugasan lainnya, dan kpd Allah lah kita berharap. Lantaran itu, mohon Ust Mad Awang kaji opsyen2 yg mungkin digarapi untuk meneruskan perjuangan selagi nyawa dikandung badan. Gue berdu'a dgn istiqomah dan kesobaran, kerendahan hati, dan 'ilmu seadanya, Ustaz Mad Awang akan berjaya juga membawa ummat ke landasan yg diridhoiNya.

Unknown berkata...

Ke tinur atau utara
Kerusi pas habis kena tala
Terima kasih din ayam and the gang

Sekiranya aku masih berada nun jauh di balik awan
Salam sejahtera kpd alamak semua padan muka hang!

Unknown berkata...

TMA datuk mat rileks dan naib pres nik rover kuat dok jual tanah dan harta negeri kelate lor ni.Ambo dengar pitis tak dok doh negeri ambo....sebagai contoh rumah kelate di jln stonor puak2 lebai mercun tahu dok mana jln stonor tu bukan jln kg sireh guu.Bila orang tanya mat rileks wat rileks jah berat nanang.Napok pesen supo nak serah kunci kota darulnaim jah pru14 nanti.
Kalu set demo tak sedar lagi gak tak tahu nak kato gapo la ambo.Sedih hati tuhan saja tahu adik kakok wei.

Tanpa Nama berkata...

Entah macam mana mereka berpolitik, kunun landasan islam tapi ada lebel Jebon, Tolol, Barua, Bila mengundi pakai cai....Tapi mulut dok kata Isle Isle Isle.
Dewan Ulama pun satu main redah je usul, bila dah lulus tapi ahli Pas tak nak lepas Jawatan, rasa saying ke, rasa fulus ke...Apa pun tak kan nak U-TURN malu lah Jemaah Ulama
Nampak lemah nya mereka berpolitik betul-betul mcm Lebai Malang. Apa pun nasi dah jadi bubur Saya meyeru semua yg berjawatan dengan hati terbuka letak lah jawatan demi MARUAH dan Pilih lah ULAMA BUKAN RINGGIT ok.
Lucu...Mulut Isle Isle tapi akhlak berpolitik MasyaAllah.

Tak apa kita tunggu, selagi tidak meletak jawatan isu ini tak akan reda bro. Rakyat akan terus follow dan Up Date tau.

PILIH ULAMA BUKAN RINGGIT
kita KUAT

Unknown berkata...

Itulaa orang2 cerdik org2 tua pakat dok buang lepas tu PAS Kawasan dok nakir sedap...lorni pah mano set nakir guano tak takirnyo...dok takir husam mb swasta la jebon la pahtu demo hok lebai tu dok gotel batu pelir jah mangsa banjir dok dalam khemah lagi sebab puak tok lebai dok sibuk pemilihan.Lagu ni ruponya lebai mercun perintah negeri.Malu kawe guuuu

Tanpa Nama berkata...

Demo ja yg malu, hok lebai lebai duk tinggi nun kulit muko tebal, sebab tu tak malu

Tanpa Nama berkata...

Kok mano2 pon, Pas dulu denga Pas loni samo jah. Tuka dreba tapi bah tu jugok. Enjin tu jugok. Kalu penumpe beraso nok turon gak, turon lah. Pecet loceng, turon slalu.

Kalu dudok dale bah tu, tapi dok maki hamun ko dreba, lamo kea bah gelecoh jatoh dale gaung, mapuh abih segalo nyawo hok dale bah tu. Kalu pakat tulong dreba, hok tu lagi comei. Jange dok kutok maki hamun.

Ko guano abe Jak?

Tanpa Nama berkata...

Hak lepas tu lepas la.Kita sema dah tau hak dok kontrol kapal PAS la ni Set Ulama capuah dari tuk jeragan hingga ko awak2.Ambo nak tau kalu tuan admin bulih ghoyat hak set kena lepar dari kapal Pas baru ni dok celah mana dok wat gapo .Kalu redho dok diye2.Kalu tak redho pakat cari jale.Kita pakat ajar puak2 tok lebai kelaroh ni.Jange dok senyaaap mace ore mati bini.Kita. sema sayee ko Pas.Tapi ambo amat meluat ko set hak dok kontrol Pas la ni.Ulamak konon ostad konon .Bini ore pun dia sapu.Mad slow jawatan paling tinggi ambo bulih bui ko dia mudir sekolah yayasan.Tapi rezeki dia masuk politik nyo bulih jadi MB.Belajar bawak kancil gi bawak trellar mula lelah nak masuk paking pun tak reti.Hak lain set dia supa belako.Puak2 relak belako make kenye supa ula sawo.Rakyat terutamanya hak te banjir baru ni nak dudok nak te kedaroh pun payoh.Nipu belako puak22mu ni.

Tanpa Nama berkata...

Sedang menanti apakah plan tindakan selanjutnya yg akan diambil oleh golongan professional yg melalui proses pembersihan etnik baru2 ni...adakah akan kekal atau keluar parti pascai? Jika keluar adakah akan membentuk platform baru yg akan bergabung dgn pakatan rakyat? kami penyokong setia mohon penjelasan...

Unknown berkata...

Kawe tak payah pecet loceng guu mugo kalu napok berat tak pecet supo demo.Kawe kut jenela pun terjun....tok lebai mercun hok paling rileks...tak sero malu ko anjing ko?

Tanpa Nama berkata...

Harap2 Ahmad Awang dan professional masuk pasma segera.Ahmad Awang sbg presiden manakala Matsabu atau Husam timbalan presiden.Pergh....mesti gempak,berbondong2 ahli pas masuk pasma.time tu Pas UG blh la terus kan niat bsama umno,itupun kalau umno teringin,pada firasat aku,UMNO pun xteringin PAS.baik tendang aje terus jd NGO biasa.Bukan nk putrajaya pun,nk keredhaan Allah je kan....

Tanpa Nama berkata...

.

Kita hormat pada TGNA kerana Allah. Bila TGNA dah tinggalkan kita, kita tetap masih hormat kerana Allah tetap Ada. Ini lah yang di ajar oleh TGNA, pucuk pangkalnya Allah.

Pro Hj Hadi hormat pada TGNA bukan kerana Allah. Dan mereka pertahan kan ulama pun bukan kerana Allah. Kemenangnan mereka bukan kerana Allah.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

mari kita ramai2 rakyat malaysia yg bukan ustart suci murni tolak PAS.

kita kan jeboooooon. kita kan parasit kpd PAS

tanpa PAS Allah tetap akan lahirkan pejuang islam yg sentiasa menegakkan agamanya dgn akhlak dan adab yg tinggi, jauh dr mazmumah sombong hasad dengki fitnah melabel2.



Tanpa Nama berkata...

Agama bukan untuk mengawal orang lain tapi untuk mengawal diri sendiri.ingatlah walaupun sesorang itu kapir tapi mengamalkan hidupnya dengan penuh kebaikan(kebaikkan seperti yang dituntut islam) tidak rasuah, menipu, merompak duit rakyat.

DinSikuLutut. berkata...

Inilah antara sebab aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan apa yang berlaku pada PAS hari ini.
aku selalu berfikir jika TGNA masih ada, apakah tindakan beliau bila beliau melihat apa yang berlaku pada muktamar lalu?
sebagai seorang yang telah lama berteduh dibawah ilmu TGNA, aku rasa TGNA akan menghalau geng ustaz pro-UMNO (bukan pro-Ulamak) keluar dari PAS, seperti beliau halau Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa.
aku tidak rasa ragu-ragu bahawa tindakan itulah yang beliau akan ambil. Ini kerana aku kenal guru aku TGNA, sama seperti aku kenal harun din, TGHH, ust. Ahmad Yakob dan Ust Mohd Ammar.
teringat aku bagaimana beliau cuba memperkenalkan kemurnian Islam kepada orang bukan Islam. dimana tak putus-putus orang bukan Islam dari keturunan cina dan india datang berjumpa beliau dan mereka pulang dengan senyuman dan gembira.
bahkan sami-sami budha di Kelantan tanpa segan silu datang berjumpa beliau. Jika beliau membuat lawatan ke kuil-kuil budha, berebut-rebut sami-sami budha mahu mendekatinya.
mungkin suasana begini mungkin tidak dialami oleh TGHH, dan mustahil berlaku pada mursyid am PAS yang baru.
sifat-sifat TGNA beginilah yang mendekatkan PAS kepada orang bukan Islam terutama dalam politik pakatan. TGNA pernah memarahi pemimpin DAP, namun dalam masa yang sama pemimpin DAP tertarik dengan beliau.
kata-kata yang paling aku terasa sayu bila ada orang berkata "masing-masing menunggu kematian TGNA untuk memecah belahkan PAS".

Tanpa Nama berkata...

Pas tidak pernah berfikiran positif mengadapi serangan umngok.Bukan nak ajar puak terpilih kertas cai, anggaplah Dap perkudakan pas untuk dakwah islam.Pas pula perkudakan Dap untuk perjuangkan demokrasi.pikir macam tu pun tak bolehkah,fikirlah...rakyat yang memberi undi cuma berfikiran semudah ini.

Ridd berkata...

Label....SETUJU SANGAT. Ingin orang bukan Islam bernaung tapi sikap pemimpin Islam meragukan....kes kaji dan label Tuang Presiden...! Presiden kena tukar teman ingat jadi Tuang Resident plak. Pas sukar diramal pendiriannya. Lupakan lah saja PAS ni dulu fokus kan pada masalah RAKYAT yg dibebani dengan masalah kos yang tinggi untuk memperkasakan golongan2 bangsawan yang sudah kaya dan senang.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tgna ada agak2 ape respon bila Dap serang tnpa henti. Isu utama TENTANG HUDUD!!! Sebelum almarhum meninggal..ingt lagi ko puak2 mu gapo amanat terakhir yg disampaikn oleh ust nik abduh?? Jgn duk buat buta tuli gak set2 pelahap nak gi putrajaya.. Kalu set mu duk min buah "kalu"..
Masa zaman almarhum ust fadzil nor,isu negara islam. Tgk ketegasan almarhum ufn psl islam lagu mana.. Ko set2 mu lupo???!! Sama jugok masa akhir hayat almarhum tgna..guana respon dia psl hudud.. Ko set2 mu lupo jugok??!!
Pencetus isu DAP ngn PAS bmula dr di selangor. Masa tu Tgna hidup lagi. Ko set2 mu lupo?? Langkah kajang.. Apo respon TGNA.. Ko set2 mu lupo???!! Hingga isu HUDUD tubik. Hudud yg sangat diimpikan Almarhum tgna utk dlaksanakn di Kelate.. Ko set2 mu lupo???!! Respon serangan DAP makin gilo bila tubik isi hudud.. Serangan langkah Kajang belum habis sambung pulak serangan Hudud.. Ko set2 mu lupo????..
Bila almarhum tgna mati..mula la set2 mu main ayat "kalu".. Padahal set2 mu la hok benci supo ulat taik ko ulama mace tgna.. Gi lah nk sgt ko putrajaya nyo.. Gilo ko kekuasaan sampai lupo agama

abrarmujahideen berkata...

Putus hubungan dengan DAP adalah arahan dari presiden PAS sendiri kata Mahfuz..skrg berbelit2 kata usul belum muktamad padahal nnti kata tak wala' pada presiden wal ulama'...tamatkan saja hubungan dengan DAP, janganlah munafik sgt, buat malu org bawahan PAS shj..khalas

Tanpa Nama berkata...

.

Siapa yang cakap, nak jadi imam pergilah buat mesjid lain.

Siapa yang cakap, kalau dah tak suka lagi pergi lah ke negara lain.

Dah sama kan?

Orang dah tak mampu hujah ini lah yang di cakap kan nya.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang baru aku faham mengapa ramai orang yang berpengetahuan ugama Islam( yang alim, warak, rajin solat berjemaah, rajin puasa isnin khamis, baik budi bahasa, ada yang mengajar kitab, ada yang mengajar Alquran, lemah lembut dan luhur) tetap tidak bersama jemaah PAS. Agaknya mereka ini (ada yang telah meninggal dan ada yang uzur)telah merasa lebih awal apa yang dirasai oleh Ustaz Ahmad Awang dan yang lain. Kumpulan baru yang ada juga tidak akan dapat bertahan. Ini kerana dalam merebut habuan dunia sifat keakuan adalah tebal. Kelainan akan dianggap sebagai halangan oleh itu punca perpecahan seterusnya adalah kerana kelulusan, darah keturunan, kenegerian, jawatan dan juga kekayaan (ana ada Masters ente sekolah pondok, itu menantu ana, ente orang luar, ana orang sini, ente orang sinun, ana duduk di rumah banglo, ente duduk dirumah sewa dan seterusnye).

Tanpa Nama berkata...

Letih rasanya sekian lama bkempen pas adalah parti yg baik mengajak rakan2,berdebat mbuka minda rakan taulan supaya menyokong pas.rupa nya pas jd begini.menyesal btl rsnya.harapan dh xda.Harapan satu je,golongan professional tubuhkan PASMA..........

Unknown berkata...

Dah la lesen B3 mabuk pil kuda lagi
Kalu buwi bawak bas gak jawabnya dalam paritt la.Kecek biar cerdik gak.

Unknown berkata...

Betul boh.

Tanpa Nama berkata...

Ade org tua di kelantan bgthu aku pas ni 2 x 5 je dgn umno..tapi pas lama bthn di kelantan sbb arwah tgna..pemimpin pas yg gila dunia malu mata dgn arwah tgna..diorg x brani btindak lebih2 sbb arwah tgna masih mb..wktu tu aku susah nk pcya ckp org tua ni..

skg ni aku sndri akui bnr kata2 org tua ni..

Parti Islam Semalaysia da x wjud..

yg wujud skg..

Parti Siku lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..

Tanpa Nama berkata...

seeloknya kita biarkan almarhum TGNA didalam kenangan. Tak perlulah dijual nama beliau dalam percaturan hidup kita.


Ingatlah pesan orang mati kepada yang masih berjalan dimuka bumi ini:

Kami mengetahui tapi kami tidak boleh lagi beramal. Kamu tidak mengetahui tetapi kamu masih boleh lagi beramal.

Tanpa Nama berkata...





Kerana dalam kenangan lah nama nya di sebut.

Orang macam TGNA ini eluk di sebut selalu sebab jadikan contoh bukan nak jual nama TGNA. Mudah-mudahan apa yang dia pesan jadi ingatan.

Tentu ada sebab mengapa masa TGNA ada pro ulama tak berani. Kalau betul tindakan pro ulamak mereka tak perlu takut. Cara begini macam mainkan TGNA macam TGNA sama macam Hj Hadi yang menunjukkan diri nya sebagai diktator.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Anda semua tak kenal TGNA & bagaimana hubungannya dgn TGHH..poor all of u..sedih apabila menjadikan pemergian arwah sbg modal utk membuat isu & judgement..buka hati buka minda

PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar?
Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.
Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.
Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435H bersamaan 26 Julai 2014M