5 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Choi Soi Lek Dihadapkan Ke Lembaga Disiplin Parti MCA

Inkuiri semasa terhadap Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berhubung penyebaran DVD skandal seks beliau adalah yang muktamad, kata Ketua Lembaga Disiplin Ng Cheng Kiat, lapor MSTAR.

"Tidak akan ada sebarang inkuiri selepas ini," kata Ng kepada pemberita di Wisma MCA hari ini.

Mengenai hasil siasatan, Ng berkata, "kami perlu membincangkan dan meneliti penemuan inkuiri."

Ng juga berkata, Lembaga Disiplin akan mengadakan sidang akhbar dalam waktu terdekat untuk menjawab segala tuduhan dan spekulasi terhadap badan tersebut sejak dua tiga minggu lalu.

Lembaga Disiplin bertemu semalam untuk meneruskan inkuiri ekoran tindakan Pengerusi MCA Simpang Renggam, Eng Cheng Guan yang memfailkan aduan kepada Lembaga Disiplin MCA meminta tindakan diambil terhadap Dr. Chua kerana menjejas reputasi dan imej parti serta melanggar tata susila anggota MCA, ekoran kemunculan DVD yang membabitkan Chua.

Bagaimanapun Selasa lepas, Eng menarik balik aduannya dan mengatakan beliau tidak berhasrat meneruskan kes itu lagi, namun Lembaga Disiplin memutuskan untuk meneruskan pendengaran kerana Majlis Presiden MCA merumuskan terdapat kes prima facie dalam aduan itu.

Sementara itu Chua menyatakan inkuiri yang berlaku terhadapnya di atas kes DVD berkenaan adalah merupakan “percubaan kedua untuk membunuh kerjaya politiknya.”


Tiada ulasan: