25 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : PAS Menang Besar Di Permatang Pasir (updated)

Walaupun pelbagai taktik kotor yang digunakan Umno-BN dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir namun taktik berkenaan terbukti gagal apabila calon Pas Salleh Man dipilih pengundi Dun berkenaan untuk menjadi wakil rakyat mereka.

Salleh Man yang mendapat 9618 undi, menang dengan majoriti 4551 undi sekaligus mengalahkan calon Umno-BN Rohaizat Othman yang hanya mendapat 5067 undi.

Sebelum ini, bekas Adun Permatang Pasir - Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman telah mengalahkan calon Umno-BN Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti sebanyak 5,433 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882, namun kekurangan majoriti ini adalah kecil dan adalah disebabkan berkurangnya jumlah mereka yang keluar mengundi.

Pilihanraya kecil kali ini juga menyaksikan seramai 20,350 pengundi berdaftar yang layak keluar mengundi dengan peratusan pengundi - 72 peratus terdiri daripada kaum Melayu, 25.7 peratus kaum Cina, 1.2 peratus kaum India dan 0.2 peratus lain-lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Salleh Man dapat mengekalkan dan sekaligus mempertahankan kerusi Dun N11 yang sebelum ini disandang oleh Allahyarham Mohd Hamdan sejak pilihan raya umum 1999.

Kejayaan ini juga menyaksikan Pas berjaya mempertahankan kerusi tradisi yang telah disandang sejak tahun 1999.

Pilihanraya kali ini memperlihatkan kekalahan kali ke-7 berturut-turut BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu.

Malam ini bertempat di Markaz induk Permatang Pasir juga, akan diadakan satu ceramah bagi meraikan kemenangan Pas yang akan dihadiri oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Undi rosak adalah sebanyak 83. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.

Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya.

Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi."

"Kami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.

Apa kata pula Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Maslan, Shahrizat, Hishamuddin, Shafie Apdal, Rais Yatim dan lain-lain pemimpin UMNO yang bercakap besar sebelum ini?

Apa pula komen media pro-UMNO seperti Utusan, Berita Harian, Mstar, RTM, Media Prima dan lain-lain?

Bagaimana pula riaksi blogger pro-UMNO yang banyak bermaki-makian di blog masing-masing untuk memenangkan calon UMNO BN?

Apa pula ulasan pihak-pihak yang menjadi kuda tunggangan UMNO seperti SPRM, Polis, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan dan lain-lain?

Apa pula nasib mereka ynag melompat seperti Radzhi, Osman Jailu, Jamaluddin, Nazaruddin dan Jit Fang dan ketua mereka Ibrahim Ali?

Bamaimana dengan MB Rayuan di Perak, ada berani bubarkan DUN dan ada berani bercakap besar lagi?

Kami katakan dengan penuh yakin tetapi tidak takbur, bahawa selepas ini Pakatan Rakyat ke Putra Jaya! InsyaAllah.



Mohd Salleh Man dari PAS telah memenangi kerusi dewan undangan negeri Permatang Pasir di Pulau Pinang dengan majoriti besar 4,551 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan Mohd Salleh mendapat 9,618 undi manakala Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman menerima 5,067 undi.

Kemenangan PAS telah diduga kerana kerusi DUN ini adalah di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun diserang dengan begitu hebat oleh BN/Umno dengan serangan retorika bersifat perkauman, namun kempen Rohaizat telah menerima malapetaka sejak di hari pertama.

Pada hari penamaan calon, telah didedahkan bahawa beliau seorang yang sudah ditarik balik lesen guaman sivilnya kerana pecah amanah yang melibatkan wang sejumlah RM161,000.

Keseluruhan kempen telah meletakkan BN di dalam keadaan yang amat defensif.

Namun majoriti yang diterima PAS malam ini, sekalipun kurang dari 5,433 majoriti sewaktu jumlah yang keluar mengundi adalah lebih tinggi di tahun lalu, menunjukkan status quo sokongan kepada PR dan BN masih sama.

Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 73.1 peratus berbanding 82.57 peratus tahun lalu.

Kemenangan PAS yang bergaya ini menunjukkan di dalam lingkungan PR sendiri, mereka tidak mampu dikalahkan.

Kemenangan tersebut, seklaipun Umno telah cuba menggambarkan Anwar sebagai pengkhianat Melayu, yang apada waktu yang sama memainkan sentimen bangsa dan ugama.

Jika Permatang Pasir boleh dijadikan sebarang ukuran, serangan Umno tidak menunjukkan sebarang kesan ke atas pengundi kecuali di kalangan penyokong kuatnya sahaja.

Kemenangan hari ini menandakan kemenangan PR yang ketujuh dari lapan pilihanraya kecil yang berlansung sejak pilihanraya umum 2008.







1 ulasan:

mack berkata...

kemenangan PAS adalah satu kemenangan yang manis disaat umat islam berpuasa dan dapat melaksanakan tanggungjawab dan memenangkan calun PAS menang dengan bergaya seiring dengan kesyukuran. kemenangan ini masih tidak di iktiraf oleh juak2 BN kerana mereka melihat undi untuk BN ada peningkatan. saya menonton TV astro awani para penganalisa berkata peningkatan undi BN adalah sesuatu yang positif bengap betul mereka ini. peningkatan apa dulu BN kalah 5557 sekarang ini mereka dapat 5067 merosot ke meningkat bodoh betul mereka ini