Tamatnya pengiraan undi Pilihan Raya Kecil, Umno-BN seolah-olah tahu mereka tidak berpeluang di Permatang Pasir.
Sejurus selepas keputusan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya, calon Pas Mohd Salleh Man turun sebentar untuk berbuka puasa dengan sebutir kurma.
Manakala calon pemerintah pula, Rohaizat Othman, langsung tidak kelihatan.
"Dengan majoriti 4,551 undi, Permatang Pasir melestarikan hasrat rakyat dengan kemenangan Pakatan Rakyat buat kali yang ke-tujuh di Semenanjung tanahair.
Tanpa retorik perkauman, tanpa jentera gergasi kerajaan - calon Pas Mohd Salleh Man menang bergaya menewaskan calon pemerintah, Rohaizat Othman dengan 9,618 undi.
Kemenangan Pakatan Rakyat memang sudah dijangka ramai pemerhati politik - menjadikan Permatang Pasir referendum buat yang ke tujuh khusus buat Umno-Barisan Nasional.
Bagi para pimpinan, kemenangan di Permatang Pasir adalah dua langkah ke hadapan berbanding majoriti nipis di Manek Urai.
“Ini merupakan satu momentum baru kita selepas daripada Manek Urai untuk membuat satu pencapaian yang lebih baik pada masa yang akan datang,” kata Pengarah Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir Pas Mahfuz Omar.
Perbandingan menunjukkan majoriti yang diraih menurun 900 undi dari 5,433 undi dalam PRU12 yang lalu.
Namun keputusan menunjukkan Pakatan Rakyat masih mampu merangkul sokongan kuat kerana peratusan keluar membuang undi kali ini adalah lebih kecil - sebanyak 73.1 peratus berbanding 82.57 dalam PRU12 yang lalu.
Lebih-lebih lagi apabila Pilihanraya Kecil N11 ini dijalankan pada hari bekerja.
Dari awal pagi lagi, para pekerja berbondong-bondong memenuhi segenap laluan menuju ke pusat pengundian sebelum beransur ke tempat kerja masing-masing.
“Saya rasa satu yang berharga bila saya boleh menyambut hari jadi saya penduduk, pengundi di Permatang Pasir dan juga petugas-petugas yang telah memberikan kemenangan kepada calon kita,” kata Mahfuz.
Disebalik sentimen perkauman Umno-BN yang terdesak melaga-lagakan bukan Islam dan Islam sepanjang pilihanraya, kemenangan Salleh Man sekaligus membuktikan kenyataan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin adalah benar.
Muhyiddin sebelum ini mendakwa Umno mula merasai 'angin perubahan' di Permatang Pasir.
Cuma bezanya, 'angin perubahan' yang dirasai tidak menyebelahi Umno-Barisan Nasional.
Kemenangan ini terbit dikala usaha Umno mencemar maruah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.
“Walaupun pelbagai fitnah yang dilontarkan akhirnya kita capai kemenangan dan pertahan kemenangan di kawasan ini,” kata Mohd Salleh Man yang dipilih rakyat Permatang Pasir untuk menjadi Adun mereka.
Sekiranya Permatang Pasir menjadi kayu-ukur, serangan Umno tidak ampuh menarik sokongan kecuali di kalangan orang-orangan parti itu sendiri.
Meskipun berbeza pendapat dalam beberapa perkara, namun tidak dapat dinafikan kempen kali ini menyaksikan kerjasama lebih erat antara jentera Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP.
Yang pasti, jentera Pakatan Rakyat di Permatang Pasir kini beralih tumpuan ke Kota Siputeh, Kedah Darul Aman. -TVA

1 ulasan:
RAHMAT RAMADAN.ALHAMDULILLAH, JANGAN LEKA DIATAS KEMENANGAN INI. RAPATKAN SAF MENUJU PRU 13 DENGAN KEJAYAAN GEMILANG DAN MELENYAPKAN KEBATILAN BN SELAMA 50 TAHUN LEPAS. TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PETUGAS P.RAKYAT.
Catat Ulasan