Proses undian pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini hari ini.
Proses pengundian, yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, melibatkan lapan pengundi iaitu tujuh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai polis.
Setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak empat petugas SPR dan seorang pegawai polis menyempurnakan tanggungjawab mereka.
Penolong Pegawai Pengurus, Masirah Che Ani berkata proses undian pos hari ini berjalan lancar dan peti undi pos ini akan dihantar ke Institut Kemahiran Belia Negeri (IKBN) sebaik sahaja tamat tempoh pengundian.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir ditetapkan esok berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai yang lalu akibat serangan jantung.
Berikutan kekosongan kerusi tersebut, Rohaizat Othman, 38, dipilih mewakili BN untuk menentang calon PAS, Mohd Salleh Man, 52.
DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi di mana 72.34 peratus pengundi Melayu, 25.86 peratus pengundi Cina, 1.64 peratus pengundi India dan 0.16 peratus pengundi kaum lain-lain. Bernama/MSTAR

Tiada ulasan:
Catat Ulasan