25 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : 75% Tak Bersetuju Kartika Merayu

Seruan Datuk Seri Najib Razak yang berkata Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum telah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengikut undian SMS Edisi 7 memaparkan 75% responden tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri itu supaya Kartika merayu.

Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.

Kartika Sari Dewi, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

"Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura itu berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.

Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.

“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.

Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.

“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.

“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.

Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.

Bagaimanapun, Jaip atas atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang menangguhkan sementara hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadan.



Tiada ulasan: