9 Jul 2009

MANEK URAI : Berbillion Wang Rakyat Dimusnahkan Oleh UMNO/BN


UMNO sejak zaman pemerintahan Mahathir Mohamad telah membazirkan berbillion ringgit wang rakyat apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mula dilaksanakan pada 2003. Dasar PPSMI jelas satu dasar yang amat silap dan lebih kepada agenda memberi keuntungan kepada para kroni.

- Bekal Laptop ke sekolah = Ada menteri jadi jutawan
- Bekal perisian = Ada menteri jadi hartawan
- Service computer = Ada kroni kaut keuntungan
- Sediakan latihan = Ada induvidu sedut komisen


Matlamat songsang cetusan idea UMNO ini jelas merugikan bukan hanya wang rakyat, malahan membuang masa tenaga pengajar dan murid yang terlibat.

Jelas desakan dan kritikan daripada Pakatan Rakyat dan rakyat terbanyak terhadap dasar ini membuktikan kelemahan perancangan dan kecelaruan pentadbiran UMNO/BN dalam mengendalikan dana dan masa depan rakyat.

Sebagai bekas pendidik, saya menyambut baik pemansuhan PPSMI ini. Malangnya berbillion wang rakyat telah musnah lantaran kerakusan pemimpin UMNO dalam mencari ruang melaksanakan sesuatu dasar hanya demi kepentingan para kroni mereka.


“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris,” - Muhyiddin Yassin

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T). - BERNAMA



- Kesian sungguh pemimpin UMNO. Bodoh sudah naik ke kepala. Di manakah realistiknya? yang hendak ditingkatkan adalah penguasaan bahasa Inggeris, tetapi matapelajaran Sains dan matematik pula yang menjadi sasarannya..!!!

- Apapun, rakyat Malaysia mesti menuntut ganti rugi atas kecuaian pemimpin UMNO/BN ini dengan tidak memberi undi kepada mereka dalam pilihanraya umum ke-13 nanti. Cukuplah selama 51 tahun kuasa yang telah diberikan kepada UMNO/BN.

- Rakyat mesti membuat pilihan = Hidup terus dikhianati atau kuburkan UMNO/BN.

- Selama pemerintahan UMNO/BN, telah berjuta billion duit rakyat dimusnahkan, dirompak, dicuri dan dirasuahkan. Tidak cukup dengan itu, masa depan dan harta warisan rakyat dikhianati oleh pemimpin UMNO/BN.

- Pulau Batu Putih diberi kepada Singapura.
- Sebahagian tanah Johor dijadikan wilayah warga asing
- Islam dipencilkan
- Kemiskinan dan penderitaan rakyat tidak diperdulikan
- Pemimpin rasuah dilindungi
- Undang-undang dicabuli
- Jenayah meningkat.
- Polis diperkudakan
- Penggangguran meningkat
- Kehidupan rakyat semakin terhimpit
- Kebebasan bersuara dinafikan
- Saspek pembunuh tidak dibicarakan
- Institusi Raja diperkuda dan dipermainkan

Kenyataan DSAI Mengenai Keputusan Memansuhkan PPSMI


Akhirnya kerajaan mengakui hakikat kepincangan dasar PPSMI dan mengambil keputusan memansuhkan sepenuhnya perlaksanaan dasar itu mulai tahun 2011. Setelah sekian lama pejuang bahasa, budayawan dan sarjana menyatakan kebimbangan dan menyuarakan bantahan terhadap PPSMI, alhamdulillah keringat dan doa mereka dimakbulkan jua.

Saya tidak pasti keputusan tersebut didasari motif politik ataupun kerana menyedari PPSMI merupakan satu pengkhianatan kepada perjuangan memartabatkan bahasa kebangsaan dan merugikan ramai pelajar terutama dari kawasan luar bandar. Pastinya kenyataan Menteri Pelajaran bahawa dasar ini dimansuhkan kerana mempunyai banyak kelemahan memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan umno-bn.

Sekonyong konyong mereka cuba menutup sebelah mata setelah RM 4.5 billion ringgit dana awam dibelanjakan demi perlaksanaan dasar tersebut walaupun mendapat bantahan segenap lapisan masyarakat. Keadilan tuntas menekankan selama ini bahawa satu kajian yang menyeluruh sewajarnya diadakan sebelum perlaksanaan PPSMI. Ternyata teguran yang diberikan masuk telingan kanan keluar telinga kiri.

Sayugia Menteri Pelajaran mestilah menyediakan jawapan yang kukuh dan bertanggungjawab untuk dibentangkan kelak. Rakyat berhak mengetahui mengapa selepas 6 tahun ianya dilaksanakan, baru kerajaan mengakui kelemahan dan kepincangan PPSMI.

ANWAR IBRAHIM

-kerajaanrakyat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu belajar dalam bahasa china di sebuah negara yang bahasa kebangsaannya bahasa melayu???

adakah orang cina di uk belajar dalam bahasa china juga? cina di a.s pun belajar dalam bahasa cina ke?? atau geng hispanic di a.s. belajar dalam bahasa ibunda mereka ke?
geng itali dan afrika di a.s juga....

sistem bodoh pendidikan ni la yang meluaskan jurang antara kaum... sampai ramai rakyat yang tidak pandai berbahasa kebangsaan... apa punya dasar pun tak tau... tambah lagi dengan melayu perasan yang lebih tau berbahasa inggeris dari bahasa melayu...