8 Jul 2009

MANEK URAI : 1,000 Peraih Ikan Anjur Demontrasi Bantah UMNO

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka, demikian dilaporkan Malaysiakini.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.

Misteri kehilangan Nasha

Mengenai ketidak hadiran Nasharuddin Mat Isa di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, timbalan presiden PAS itu mempunyai urusan lain dan tidak dapat hadir.

Ditanya sama ada ianya urusan parti atau urusan peribadi, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak tahu.

Beliau berkata, pihaknya berpegang kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wartawan mengenai perkara yang sama pada hari penamaan calon.

Wan Abdul Rahim bagaimanapun menafikan bahawa Nasharuddin dilarang berkempen di Manek Urai.

Ditanya sama ada Nasharuddin tidak akan berkempen langsung di Manek Urai, Wan Abdul Rahim berkata, beliau tidak pasti dan tidak tahu.

Mengenai kempen setakat ini, Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya yakin 60 peratus pengundi menyokong calon PAS.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

QUOTE: UNTUK BACAAN ANDA SENDIRI, KERANA IA TIDAK AKAN BERANI ANDA SIARKAN.

Dia (nik ajis)asyik sibuk berpolitik dan menghentam orang dari parti lain.Sepatutnya dia harus menggesa dan membawa PAS menjadi sebuah parti yang membantu UMNO dalam menjalankan usaha untuk mendidik anak anak muda Islam kembali kepada ajaran islam sebenar dengan berhikmah.Dia sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin lain sebagai ulama yang hanya bertutur kerana Allah dan RasulNya dengan tidak menghina atau mencaci atau senang lenang memalukan seseorang itu hanya kerana berlainan parti.Dia sepatutnya menjadi ulama yang membawa ummah ke arah penyatuan di bawah satu kalimah shahadah tanpa mencacatkan kesatuan ummah Islam.Dia tidak sepatutnya mengeluarkan fatwa merapu yang mengakibatkan umat Islam keliru. Dia tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat semata-mata berdasarkan politik tetapi berkata kerana kebenaran walaupun pahit.
Nik Aziz hanya seorang Tok Guru dan pemimpin kecil disebuah negeri yang bernama Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana seorang Tok Guru dan MB di sebuah negeri yang UMNO dakwa paling miskin boleh membuat akidah dan akhlak anak muda terhakis jauh?

Jawapan: Dengan fatwa merapu yang di berinya seperti Tuhan pun mencarut, 'statement sesumpah contohnya dalam kes Saudara Saiful Bukhari mengangkat sumpah.Sebelum Saiful mengangkat sumpah, Nik Aziz yang mencadangkan sumpah dijalankan tetapi kemudian setelah Saiful mengangkat sumpah, Nik Aziz mengeluarkan statement bahawa sumpah tersebut tidak terdapat di dalam Islam. Inikah lidah kepunyaan seorang yang kononnya bergelar ulama? Sanggup menukar 'statementnya' hanya kerana politik? Padahal jika diperhatikan dan dikaji , memang wujud sumpah yang sedemikian bukan sahaja dari kitab-kitab ahlul sunnah wal jamaah dari 4 mazhab , malah al quran juga pernah bercerita tentang peristiwa mubahalah yang melibatkan sumpah laknat antara rasulullah dan Kristian najran.kenapa semua ini tiak diterangkan oleh Nik Aziz??

dan selama 20 tahun dia memerintah dan menjadi Mb di kelantan, saya lihat kebanyakan akhlaq dan iman anak anak muda kelantan lebih kurang sama teruk dengan anak anak Islam dari negeri lain.Takkan hanya kerana hudud? Padahal ketika Rasulullah mula menyebar agama Allah, baginda terlebih dahulu mendidik jiwa dan iman umat islam ditambah dengan dugaan yang melanda kemudian barulah tertegaknya hudud dan semua hukum yang diturunkan Allah.

Memang benar rata-rata kita adalah muslim sejak dilahirkan.Tetapi lupakah kita bahawa , lahir sebagai muslim tidak menjamin keimanan seseorang.Tambahan pula, kita pernah dijajah oleh bukan Islam (British, Portugal , etc) selama beratus-ratus tahun lamanya. Selama beratus tahun ini, mereka tidak berjaya mengkafirkan kita tetapi JANGAN LUPA BAHAWA mereka telah berjaya menjajah minda dan pemikiran orang-orang kita serta menipiskan iman anak anak Islam kita.

Sebab itu di kala iman orang-orang Islam tipis, kita tidak boleh memburukkan keadaan lagi dengan mengkucar-kacirkan kesatuan ummah. Kita perlu bergerak dengan bijak tanpa mencacatkan ummah. Ahli-ahli agama harus memainkan peranan penting dalam bergerak untuk berdakwah dan mendidik jiwa anak-anak Islam kembali sebelum kita menubuh 'negara Islam' sepenuhnya!!

Jika dibandingkan keadaan sebelum 50 tahun dahulu, di kala malaysia baru sahaja mendapat kemerdekaan, keadaan umat islam ketika itu terlalu lemah berbanding kini di mana kesederan mula berlaku dan kerajaan yang di caci PAS juga banyak membantu membuka ruang untuk agama Islam berkembang sama ada dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kewangan dan sebagainya.mengapa PAS tidak berganding bahu bersama UMNO dalam berusaha ke arah kemantapan umat Islam sejak 50 tahun dahulu? Apa mungkin keadaan ummah yang lemah ditambah dengan kecetekan ilmu agama, perlaksanaan hudud semata-mata dapat menyelesaikan masalah mereka ini??? Astaghfirullah, bukan saya memperkecilkan hukum Allah.Tetapi Allah sendiri berfirman di dalam Al-Quran bahawa :

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " ( Surah Almaidah:3)



Berdasarkan ayat di atas juga , Sayyidina Ali Kw melepaskan seorang perempuan yang berzina tetapi dipaksa dan terpaksa. Bahkan kerana keadaan ekonomi dan peperangan , Sayyidina Umar Al-Khatab juga telah Ra, pernah buat sementara tidak menjalankan hudud. Ini menunjukkan bahawa di dalam keadaan tertentu, hudud boleh disuspend' hingga waktu tertentu tetapi PAS sejak 50 tahun dahulu tbuta dalam pergerakan mereka sehingga kini mereka masih tidak berjaya menegakkan hukum hudud malah dengan keadaan yang memalukan mereka sendiri mula mengeluarkan kenyataan bahawa " Hudud bukan agenda PAS" etc hanya kerana sudah duduk semeja dengan DAp yang memang kuat menentang penubuhan negara Islam.

Samdol berkata...

Umno memang ngok.....

Samdol berkata...

UMNO memang ngok...

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang yang datang dari negara Islam yang sepenuhnya menjalan hukum Hudud malah cuba untuk menghidupkan 'islamic environment" tetapi anak mudinya semakin hari semakin hanyut dalam arus jahiliyyah! Mengapa?Padahal Iran sudah berusaha sepenuhnya dalam menjalan islamic environment di negara mereka malah menyediakan segala prasarana kebebasan untuk wanita dan lelakinya dalam berhibur mengikut syariah tetapi malangnya anak anak mudi mereka masih teruk!

Di saudi juga menerima nasib yang sama. Apabila anak mudi ini keluar meninggalkan negara mereka, pelbagai benda haram yang di larang Islam mereka lakukan. Seolah olah terbentuk satu komuniti munafik di mana hukum Islam dijadikan 'kambing hitam' untuk kepuasan nafsu mereka di luar negara! Jadi cuba beritahu saya di mana silapnya kerajaan Islam ini hinggakan hukum Islam yang digunakan juga tidak 'lut' dengan iman dan sikap anak anak muda Islam mereka???Malah mereka menjadi bertambah-tambah rosak?

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan bahawa bukan senang saudara untuk kita mentadbir sesebuah negara. Dengan keadaan kini di mana Islam ditekan oleh musuh Islam yang sedang gagah berdiri atas dunia , kita harus bijak dalam menangani masalah kita dengan umat Islam.Kukuhkan kesatuan kita kembali yang kini semakin lemah akibat kebodohan umat Islam sendiri.Setakat beretorik mengenai hudud, semua orang boleh melakukannya saudara. Apa yang penting kini dalam berhadapan arus jahiliyyah, pemimpin dan ahli agama harus bersatu terlebih dahulu dan bijak mengatur langkah dalam berdakwah dengan menggunakan pendekatan berhikmah. Jika ahli agama dan pemimpin beragama Islam sendiri bercakaran dan tidak bersatu,apatah lagi orang biasa??

Tanpa Nama berkata...

Kepada sampai sekarang akta menghidu gam tak dibuat? Sedangkan anak-anak melayu di kampung dan pinggir bandar palin ramai mengalami gejala ini? Tengok dulu apabila pil estascy menyerang anak muda China lihat bagaimana golongan pemimpin China baik dari MCA atau Gerakan buat, merteka mendesak pihak berkuasa polis membuat operasi besar-besaran hingga kini isu itu senyap. Lihat bagaimana pemimpin lain menjaga anak bangsa mereka Lihat bagaimana UMNO menjaga anak bangsa? Isu gejala sosial, lepak,dadah dan hidu gam, apa tindakan drastik dan positif yang dibuat oleh pihak berkuasa? Kenapa pemimpin UMNO tidak menekan pihak berkuasa macam pemimpin China buat.

Tanpa Nama berkata...

Saudara, tak habis habis dengan menunding jari tapi diri kita sendiri tak lakukan satu apa pun untuk membantu anak bangsa kita.Kerajaan sudah menyediakan berbagai operasi dalam membanteras masalah masalah tersebut. Hingga setiap malam akan dibuat rondaan dan menyerbu tempat-tempat yang menjalankan aktiviti tersebut. pelbagai kempen dan aktiviti sihat juga disediakan kerajaan untuk menarik minat anak bangsa kita supaya tidak terlibat di dalam gejala tersebut. tetapi hairan sungguh mengapa anak-anak muda ini masih degil? Apa 100% harus dipersalahkan ke atas kerajaan?? Di mana peranan ibu bapa mereka? Di mana peranan sanak saudara mereka? Di mana peranan jiran tetangga mereka? Mengapa semua hanya tahu mengkritik tetapi masing masing langsung tidak mahu mengambil peranan membantu kerajaan dalam membasmi kegiatan dan gejala tersebut????

Dan Orang-orang Cina itu hanya berjaya mengaburkan pandangan masyarakat bahawa mereka banyak yang berjaya.Tetapi banyak lagi menjadi pengedar, Along, gengster, perompak, penyangak, kepala mafia,perogol anak dan adik sendiri etc tetapi kebanyakan mereka akan sorok benda-benda macam itu seboleh yang mungkin .

Tanpa Nama berkata...

Lihat biasiswa untuk anak melayu yang belajar di IPTA ditarik dan diganti dengan pinjaman. Tengok sistem kemasukan ke U mengunakan sistem meritokrasi, siapa yang untung? Yakinlah jika betul-betul melaksanakan sistem ini tak berapa kerat anak melayu akan belajar di IPTA. Banyak lagi kemusnahan orang melayu yang dibuat oleh UMNO khususnya di zaman Tun Dr. Mahathir tapi cukuplah setakat ini. Cukup dulu nanti saya jengok lagi.

keris panjang berkata...

Saya memang tersenyum apabila baca statement saudara ni. Dahulunya, pemimpin saudara dari PR yang mulakan benda ini semua untuk menarik undi bukan Melayu. Malah hendak tukar Ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. Dan kenapa saudara sendiri tak yakin dengan anak anak Melayu untuk masuk U dengan sistem meritokrasi? Bodoh sangat kah anak anak Melayu ni?Bukan semua badan bantuan kepada bumiputra dimansuhkan pun. dan Seburuk-buruk Tun mahathir seperti yang saudara gambarkan, tidak pernah pun dia nak tukar ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. Malah pemimpin saudara yang bernama Anwar Ibrahim juga dikatakan bertanggungjawab akan kemusnahan moral segolongan ahli UMNO yang mengakibatkan Melayu jatuh.kenapa saudara hanya mahu menunding jari kepada Tun Mahathir walhal banyak juga yang beliau lakukan hingga Malaysia dapat menempatkan diri di mata dunia.bahkan Internet yang saudara gunakan ini pun hasil usaha Tun mahathir yang pada mulanya pemimpin saudara dari PAS sendiri membantah dan membangkangnya tetapi kini kalian semua yang menggunakan internet lebih lebih..saya nasihatkan supaya saudara tidak meneruskan budaya menunding jari ke arah orang lain tanpa melihat jari-jari lain yang menunding ke arah saudara sendiri.
Kini adalah masa untuk kita bersatu dan bukan saling menyalahkan antara satu sama lain.

Inshallah jika umat melayu Islam bersatu , nescaya agama dan bangsa kita akan berdiri gagah di bumi melayu ini.

Tanpa Nama berkata...

pedulik hapa dengan nasa tu... tak yah tunjuk muka terus pun takpe... letak jawatan mp bachok sekali lagi baik.. isi borang amnu tambah cun...

Tanpa Nama berkata...

memang orang miskin macam kita BN perlekeh, orang koperat BN sanjung, bagi pula suntikan Rm60 billion...

Tanpa Nama berkata...

saudara keris panjang
tahu kah saudara apa punca sebenar keadaan malaysia dan seluruh dunia ini am nya kucar kacir dan tidak tenteram?perang dmerata dunia golongan yg memperjuang kan islam d tindas dan negara yg kaya dengan ketemadunan islam pun huru har dengangolongan remaja nya yg rosak?ini semua bala dari allah saw kerana manusia sudah menyimpang jauh dari suruhan dan ajaran nya
termasuklah malaysia yg rosak anak remaja nya.kerana tidak mengikut hukum dan perintah allah yakni alquran dan hadis.satu2 nya organisasi dan parti yg memperjuangkan petunjuk allah hanyalah dasar parti pas
jika kita memperjuangkan melayu dan semangat kebangsaan , kita tak kan kemana tetapi jika kita memertabat kan islam nescaya melayu itu sendiri akan semakin kuat dan utuh, begitu juga dengan bangsa lain yg akn kita lebih hormati dan sebalik nya
islam adalah utk sekalian makhluk , bukan hanya utk melayu sahaja.