Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.
Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.
Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.
Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.
Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.
Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.
Justeru itu, pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk termakan dengan tindakan UMNO BN yang keterlaluan menggunakan polis sebelum ini untuk menekan dan menzalimi rakyat dengan pengumuman pemasuhan PPSMI tersebut, kerana UMNO dulu kini dan selamanya sememangnya memusuhi bangsa dan bahasa ibundanya sendiri.
4 ulasan:
3 tahun lagi baru mansuh....apa punya game....makna lepas PRU13 baru PPSMI dihapuskan...entah lepas PRU 13 BN dah padam...Najib jadi pembangkang....hidup-hidup kena tipu dengan UMNO.
bagus la .lepas ni tiada lg tunjuk2 perasaan samada yg bersetuju atau tidak .kalau tidak ,tidak kemana kita . buat dasar lain untuk memantapkan penguasaan bahasa ilmu . para sasterawan2 dan pejuang2 bahasa berusaha lah untuk menterjemahkan istilah2 ilmu dlm bidang2 profesional kedlm bahasa melayu .
nak hapus 2012, nak laksana serta merta, banyak tahun lagi UMNO BN boleh kaut duit...kaya kaya..
umum nak mansuh sebab manek urai, tahun nak mansuh sebab pilihanraya umum, BN bohong noooo......
Catat Ulasan