Nak tulih ker idak. Aah, tulih jer ler.
Pening teman dengan kelaku TGHA ni. Presiden PAS yang tak gheti berpolitik. Presiden yang gagal menggunakan ruang dan peluang untuk menguatkan PAS dan PR. Presiden yang bukannya nyenangkan hati penyokong, tetapi menambahkan lagi keluh kesah pengundinya. Tak abih-abih nak bincang dengan UMNO. Nak bincang pasai politik dan ekonomi. Kalo sebelum ini bincang demi perpaduan Melayu melalui UG, ler ni nak bincang demi kepentingan rakyat pula.
Timbalan Presiden PAS udah soh. Udahler soh, macam tak laku pula di Manek Urai. Kesian. Tapi TGHA masih degil. Dulu presiden juga yang kata UG udah tutup buku. Sekarang masih sebut boleh bincang sekiranya boleh menguatkan PAS. Semalam kata berbincang demi rakyat. Hari ini pula kata berbincang kalo boleh nguatkan PAS. Udah terkolap agaknye lidah TGHA.
Cakap pun udah berbelit macam UMNO. Teman nak tanya Tuan Presiden, bukanker gagasan UG ala PAS telah dibincangkan dengan UMNO? Mestiler udah ada tepak sirehnya yer. Mestiler udah ada janji setianya. Apabila TGNA dan penyokong PR menolak UG dengan UMNO, baruler tergesa-gesa pimpinan PAS memutuskan hubungan dengan UMNO.
Rupa-rupa sohnya sekejap ajer. Mungkin telah ada janji besar antara presiden PAS dengan UMNO. Berdosa kalo presiden mungkir janji. Sebab ituler agaknya Ketua Dewan Pemuda PAS boleh duduk sebelah menyebelah dengan Naib Ketua Pemuda UMNO di lobi Parlimen. Pemuda PAS akan mengadakan Wacana Ilmu dengan UMNO. Lantaknyer ler. Lagipun ketua pemuda PAS tu baru lagi. Bior ler dia belajor dan tahu akan kesilapannya sendiri sebelum dia mampu memimpin PAS.
Tapi kalo TGHApun udah senada dengan pemudanya, teman tak tahuler nak kata apa lagi. PAS cuma nakkan undi daripada ahlinye jer. PAS tak harapkan lagi undi penyokong yang bukan ahli. Undi ahli PAS campur undi UMNO udah cukup untuk memenangkan PAS-UMNO.
Sepatutnya pada ketika ini TGHA senada dengan TGNA. Sepatutnya TGHA menambahkan lagi tekanan kepada PM Satu Malaysia yang takut berdebat dengan TGNA pasai dakwaan TGNA yang UMNO itu komunis dan sesat. Ini idak, TGNA jer yang beria-ia menyerang UMNO. TGHA pulak macam nyebelah UMNO. Kaborjer pada UMNO tu, debat any time, bincang-bincang tak mainler.
PAS Kelantan telah menyediakan isu royalti minyak di perairan Kelantan. Tetapi sayang isu yang besar ini tidak bersambut. Benak benar ker pimpinan PAS. Apakah pimpinan PAS hanya melihat isu ini dalam konteks Kelantan jer? Jadikanler isu ini untuk menguatkan PR di negeri-negeri lain. Pahamkan rakyat Kelantan dan negeri lain tentang isu royalti ini. Isu ini akan membuktikan betapa tak gunanya UMNO sehingga sanggup merompak menyamun harta Kelantan. Rakyat Kelantan miskin bukan kerana PAS. UMNOler punca utama kemiskinan rakyat Kelantan.Patutnya TGHAler yang lantang menyuarakan isu ini. Bukannya pasing pada naib-naib PAS jer.
Terus terang teman kata, teman tak respek dengan pimpinan nombor satu dan nombor dua PAS. Teman tak nampak PAS semakin kuat. Kualiti pimpinan PAS semakin mundur. Namun begitu kami rakyat takde pilihan. Kami terpaksa juga mengundi PAS selagi PAS dalam keluarga PR. Ini kerana kami rakyat marhaen udah getik bebenor dengan UMNO.
Kekadang teman terpikio, kaloler TGNA ditakdirkan takde, macam manaler agaknya rupa PAS? - Dango Mamamat
10 ulasan:
Salam...
aku dah tak faham PAS sekarang...
tak faham TGHH, MA, ketua pemuda dll. Nak sangat masuk ameno, pegi je la...
Pening dibuatnya! Hari ini tutup fail,esok buka fail,lusa tutup fail dan tulak buka fail.Apa macam ni tuan President?
Saya terbaca tentang amaran PAS kepada ahlinya jika berani menyebut atau mengungkit tentang kerajaan perpaduan, mereka akan diambil tindakan.
Inikah parti yang kononnya membawa Islam? Hakikatnya perbuatan mereka ini seolah-olah menghina Allah dan Rasul kerana Allah dan rasul sentiasa menyuruh kita bersatu padu dan menjaga saudara seislam. Tetapi PAS telah melanggar suruhan Allah dengan mengeluarkan larangan sampai sebut pasal kerajaan perpaduan pun tak boleh!
Pas perlu kembali kepada dasar Islam yang sebenar iaitu jalan menyatupadukan ummah. Ummah perlu di dahulukan di dalam apa jua keadaan! Pas sudah tersimpang jauh dengan kebongkakan dan keujuban mereka . Sifat ini sebenarnya telah menjatuhkan perjuangan PAS ke lumpur ditambah lagi dengan tangan tangan kotor manusia yang berpakain Islam Liberal. Ke mana Hudud kalian PAS? ke mana Negara Islam kalian PAS?Semuanya sudah dilupakan setelah kalian semua berpelukan dan bercumbuan dengan kafir yang ingin terus menerus meliberalkan fikiran orang Islam supaya jadi seperti mereka bukan? kalian asyik menunding jari ke arah UMNO tetapi kalian sendiri lupa bahawa kalian juga sudah tersasar jauh dari jalan Allah dan rasul dengan kebongkakan dan kejahilan yang terselindung!
Kata Habib Munzer( murid habib Umar HA):
mengenai hudud dan hukum syariah islam wajib diberlakukan bukan hanya diseluruh negara islam, namun diseluruh dunia, karena dunia ini milik Allah swt, dan hudud adalah syariah Allah, maka hukum ALlah lebih berhak ditegakkan dari semua hukum manusia,
namun kita perlu melihat kemampuan ummat yg dalam kerusakan dan kebobrokan iman ini tak akan mampu menerimanya, dan pemberlakuan itu justru akan memperkeruh keadaan karena mereka tak siap menerima hukum Allah,
maka hal yg perlu dibenahi bagi mereka yg ingin menegakkan hukum Allah, adalah bimbingan akhlak ummat, pengalihan idola mereka kepada Nabi saw, tarbiyah budi pekerti dan pengenalan sunnah pada mereka, yg kemudian akan muncullah generasi pencinta sunnah, yg kemudian akan semakin meluas dan banyak. mulailah muncul rumah rumah nabawiy, rumah rumah orang yg mencintai Rasul saw, lalu mulailah bertetangga, lalu muncullah dan terpilihlah rt yg mencintai sunnah, lalu makin meluas hingga rw, lurah dan akhirnya pemimpin pemimpin kita adalah pemimpin yg mencintai sunnah, dan mulai dari pemimpin hingga rakyatnya adalah mayoritas yg mencintai sunnah, barulah hudud diberlakukan tanpa paksaan.
demikian saudaraku secara ringkasnya saja, namun penjabarannya butuh waktu belasan tahun untuk membangun generasi nabawiy ini.''''
Nah ini sebenarnya yang perlu di perjuangkan oleh ulama.Kembalikan sinar Islam di dalam sanubari anak anak Islam dengan gigih dan berhikmah. Bukan dengan jalan yang PAs perasan sekarang ni..Bantu kerajaan dalam mendidik anak anak Islam. Bukan kucar kacirkan ummah, wahai golongan PAS!
Bersatulah wahai umat Islam ...Tinggalkan golongan yang sombong dan terus menerus berfikiran seolah-olah mereka itu sudah bagus Islamnya. Walhal hanya Allah sahaja yang tahu siapa lebih bagus dan siapa yang lebih teruk imannya!
TGNA patut masuk UMNO dengan NASA, tapi kami tak ikut!!!!! kami bersama PAS dan PAKATAN RAKYAT
Sekiranya President PAS masih lagi berdegil utk berbincang dgn UMNO, Aku kira PAS akan kehilangan banyak undi dari kalangan org bukan islam dan PAS jugak akan kehilangan banyak kerusi2 dinegeri2 lain melainkan diKelantan. Kalau TGHH tidak percaya, teruskanlah buat pembincangan dgn UMNO. Baru saja UG berlalu, dah nak bincang pulak fasal ekonomi dgn UMNO....Apa pasal TGHH nii.
sekiranya TGHH masih lagi berdegil nak berbincang dgn UMNO, aku kira PAS akan kehilangan banyak undi dari kalangan org bukan islam dan calun2 PAS akan tewas dinegeri2 lain melainkan dikelantan. UG sudah berlalu, kini TGHH nak bincang pulak fasal ekonomi dgn UMNO.Lupakanlah pasal UMNO ni..lebih baiK TGHH perkukohkanlah PR..
Buat masa ini kita kena berlapang dada dan bertenang dulu. Jangan kita memberi pandangan semata-mata berasaskan apa yang ada di dalam kepala kita (apa yang kita faham). Kemungkinan kita belum jelas apa yang ada di dalam fikiran TGNA dan TGHH tu..
Kita tahu, ramai yang lain tak berapa gemar TGHH
masih juga cuba 'mempromosikan' "kerajaan Perpaduan" yang ditolak dengan keras oleh TGNA.
Sepatutnya TGHH jelaskan 'mnatang apa' kerajaan perpaduan tu. Bincang kepentingan bersama, soal-soal Melayu ke, soal kedudukan agama Islam ke, kita belum jelas sebab ia tidak pernah dijelaskan samada di kalangan pemimpin pas sendiri
Si penulis di atas tanya: "Mana hukum hudud PAS?, "mana negara Islam PAS?" Takkan tak tahu, pelbagai halangan termasuk saman, sebelum nak laksanakan hudud. Takkan tak tau, any law that goes against federal constitution maybe deemed illigal, null and void? Macam tak tau tapi nak bercakap - macam orang tau ! Perlembagaan mana2 negeri termasuk Kelantan tidak boleh bertentangan federal constitution ! Serba mak nenek halangan yang datang termasuk dari MANUSIA sendiri. Lainlah kalu PAS memerintah Malaysia, kalau2 pun boleh laksanakan hudud. Asyik kena tipu oleh UMNO je.. (UMNO kata PAS olok2, pura2 dan "gagal' laksana hudup, walhal depa (UMNO/BN) dok bangkang dan halang). Dan untuk PAS menang kesemua kerusi Parlimen adalah amat sukar. PKR, UMNO, DAP, MCA dll juga mungkin memenangan beberapa kerusi.
to the first anonymous,
hukum asal kembali kepada islam ialah kembali kepada hukum Allah dan ajaran rasulnye. bukan nye penyatu paduan ummah. yes, solidarity in islam is very important, tp ape gnenye perpaduan jika ianya diperolehi dengan laknat Allah dengan bersekutu dengan UMNO. why do i said dapat laknat Allah, terang2 terangan mereka menentang pelaksanaan hukum Allah. ie menentang hudud di kelantan and the list goes on and on. .
berckp pasal PAS melarang ahli nye dari berkata psl UG, AHLI JEMAAH ISLAM PAS yang mendapat tarbiyah dari jemaah PAS yang sebenar tentu faham tentang konsep wala' dan intima'. kita perlu percaya dan patuh dengan keputusan pemimpin selagi ianya tidak melanggar hukum syara'. dan utk penulis ulasan diatas (dangomemamat), btolkan la niat. muhasabah diri ape tujuan tuan join jemaah islam pas. jika utk menegakkan syiar ISLAm teruskan. jika semata2 benci UMNO fikerkan kembali agar mendapat keredaan ALLAH. bak kate TGNA ( not a quote, just extrat point from what he said) ambo rela bubarkan PAS dan masuk UMNO jika mereka btol2 nak ISLAM. (so who exactly want the best for ISLAM) ade pemimpim AMENO ckp camtu?
Wallahu'lam
melayu kerr??
kenapa perlu dipersoalkan sangat tentang kerajaan peraduan. bukan berbincang itu baik dalam Islam. Sepatunya bukan org ats yang bersatu, tetapi org bawah kedua2 parti yang bersatu.Maybe org pas bimbang kalo isu ni di canang2 kan... kalo bergitu mengapa anda sendiri berjumpa dgn org bawahn umno untuk bersatu..Saya ras itu lagi baik... org Islam dah berpecah kepada 4 kelompok.. pas umno keadilan perkasa...adalah lebih baik diadakan sidang perbincangan tertutup antara kesemua ini... Saya berasa amat malu tgk cara org melayu berkempen, memburuk2 lawan.. tak kira la parti mana, padahal wakil parti lum tentu lehwat kerja. Kalo org cina berpolitk , mereka memilih calon yang kuat berkerja sahaja, diorg percaya org yang kuat bekerja untuk mereka merupakan calon terbaik.
Catat Ulasan