8 Jul 2009

NIZAR ZAMBRY : PR Perak Tidak Teringin Untuk Terima Osman dan Jamalauddin

Hj Nizar memang cuba menghubungi Jamaluddin dan Osman tengah malam hari tu, tetapi tidak dijawab oleh mereka. Hj Nizar cuba mengubungi bukan nak pelawa mereka berdua menyertai semula PR. Di Ipoh, minggu lepas heboh kononnya dua orang ini menghilangkan diri sehingga tidak dapat dihubungi oleh UMNO.

Dari sumber-sumber UMNO, mereka tidak dapat dihubungi dan tidak dapat dikesan di mana mereka berada. Ada maklumat mengatakan, mereka sengaja berbuat demikian kerana marah terhadap UMNO yang tidak tunaikan janji untuk jawatan EXCO dan sejumlah wang yang ditawarkan kepada mereka.

Hj Nizar sebagai sifatnya seorang pemimpin ingin mengetahui kedudukan yang sebenar di mana mereka ketika itu, hidup atau mati, bukan tawaran untuk kembali kepada PR. Hj Nizar ada peluang menawarkan mereka kembali kepangkuan PR sewaktu terserempak dengan Osman suatu ketika dulu, tetapi Hj Nizar tidak berbuat demikian.

Kita berpandangan kalau sekalipun mereka ingin kembali kepada PR, sebaiknya mereka letak jawatan sebagai ADUN dan menyerahkan mandat kepada rakyat untuk memilih semula wakil rakyat yang baru, dan mereka boleh menjadi ahli biasa PKR atau kekal bebas. Orang macam ini tidak sepatutnya mendapat tempat dalam parti di atas pengkhianatan yang mereka lakukan. Seeloknya kalau mereka benar insaf di atas kesilapan mereka, minta maaf pada rakyat Perak dan letak jawatan sebagai ADUN.

Ada maklumat dari Tg. Malim yang Jamaluddin kononnya menjaja ditawarkan oleh PR 10 juta kalau mereka menyertai semula PR. Sebenarnya PR sudah tidak teringin untuk mempelawa mereka, sekalipun mereka pula yang menawarkan 10 juta kepada PR kalau PR menerima semula dua orang ini, saya percaya PR sebagai parti yang bermaruah tidak akan menerima tawaran yang jijik itu, sebaliknya mereka letak jawatan, jadi orang biasa sahaja, jutaan duit yang mereka dapat dulu gunakanlah dengan baik, pergi umrah banyak kali dan bantu orang miskin sebagai pernyataan insaf dan taubat, semuga rezeki yang mereka dapat boleh menjadi halal dengan cara yang sedemikian. -misbahulmunir


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya terbaca tentang amaran PAS kepada ahlinya jika berani menyebut atau mengungkit tentang kerajaan perpaduan, mereka akan diambil tindakan.

Inikah parti yang kononnya membawa Islam? Hakikatnya perbuatan mereka ini seolah-olah menghina Allah dan Rasul kerana Allah dan rasul sentiasa menyuruh kita bersatu padu dan menjaga saudara seislam. Tetapi PAS telah melanggar suruhan Allah dengan mengeluarkan larangan sampai sebut pasal kerajaan perpaduan pun tak boleh!

Pas perlu kembali kepada dasar Islam yang sebenar iaitu jalan menyatupadukan ummah. Ummah perlu di dahulukan di dalam apa jua keadaan! Pas sudah tersimpang jauh dengan kebongkakan dan keujuban mereka . Sifat ini sebenarnya telah menjatuhkan perjuangan PAS ke lumpur ditambah lagi dengan tangan tangan kotor manusia yang berpakain Islam Liberal. Ke mana Hudud kalian PAS? ke mana Negara Islam kalian PAS?Semuanya sudah dilupakan setelah kalian semua berpelukan dan bercumbuan dengan kafir yang ingin terus menerus meliberalkan fikiran orang Islam supaya jadi seperti mereka bukan? kalian asyik menunding jari ke arah UMNO tetapi kalian sendiri lupa bahawa kalian juga sudah tersasar jauh dari jalan Allah dan rasul dengan kebongkakan dan kejahilan yang terselindung!

Kata Habib Munzer( murid habib Umar HA):

mengenai hudud dan hukum syariah islam wajib diberlakukan bukan hanya diseluruh negara islam, namun diseluruh dunia, karena dunia ini milik Allah swt, dan hudud adalah syariah Allah, maka hukum ALlah lebih berhak ditegakkan dari semua hukum manusia,

namun kita perlu melihat kemampuan ummat yg dalam kerusakan dan kebobrokan iman ini tak akan mampu menerimanya, dan pemberlakuan itu justru akan memperkeruh keadaan karena mereka tak siap menerima hukum Allah,

maka hal yg perlu dibenahi bagi mereka yg ingin menegakkan hukum Allah, adalah bimbingan akhlak ummat, pengalihan idola mereka kepada Nabi saw, tarbiyah budi pekerti dan pengenalan sunnah pada mereka, yg kemudian akan muncullah generasi pencinta sunnah, yg kemudian akan semakin meluas dan banyak. mulailah muncul rumah rumah nabawiy, rumah rumah orang yg mencintai Rasul saw, lalu mulailah bertetangga, lalu muncullah dan terpilihlah rt yg mencintai sunnah, lalu makin meluas hingga rw, lurah dan akhirnya pemimpin pemimpin kita adalah pemimpin yg mencintai sunnah, dan mulai dari pemimpin hingga rakyatnya adalah mayoritas yg mencintai sunnah, barulah hudud diberlakukan tanpa paksaan.

demikian saudaraku secara ringkasnya saja, namun penjabarannya butuh waktu belasan tahun untuk membangun generasi nabawiy ini.''''


Nah ini sebenarnya yang perlu di perjuangkan oleh ulama.Kembalikan sinar Islam di dalam sanubari anak anak Islam dengan gigih dan berhikmah. Bukan dengan jalan yang PAs perasan sekarang ni..Bantu kerajaan dalam mendidik anak anak Islam. Bukan kucar kacirkan ummah, wahai golongan PAS!

Bersatulah wahai umat Islam ...Tinggalkan golongan yang sombong dan terus menerus berfikiran seolah-olah mereka itu sudah bagus Islamnya. Walhal hanya Allah sahaja yang tahu siapa lebih bagus dan siapa yang lebih teruk imannya!

Tanpa Nama berkata...

patut pelawa masuk penjara... orang jahat nak buat apa.. kita tolak kejahatan..

Tanpa Nama berkata...

Memanglah Islam menyeru kepada perpaduan... tetapi kita perlu lihat siapakah mereka. kalau sudah tahu itu semua hanya lakonan semata2.. takkan nak tadah aje ko.. itu meletakkan diri dlm perangkap. ade juga orag berpura2 mengajak kepada perpaduan.. sendir mahu ingatlah

Tanpa Nama berkata...

PR , parti tidak berkemapuan , mana ada duit untuk taja sikatak ini.
Tak macam BN yg sendirinya ditaja oleh Gaming(Judi) co.

Aneh mereka berdua ini dijanji hanya RM10 Mil malahan Hee dapat RM20Mil. Hee sendiri kat Dewan Undangan masa itu telah mengakuinya (dalam bahasa Cina) dan memarahi rakan sepejuang dahulu kerana "jealous" dengan Bonus dia itu.

LimauBALI

Tanpa Nama berkata...

nak sekutu dgn umno bn mintak maaf lah.. umno bn dah terang2 tolak islam.. saya masih ingat tragidi kg memali arah polis bunuh org islam yang x bedose... hee..geramnya akuu....

Tanpa Nama berkata...

aikk!!! bile time nk perpaduan baruy nk sebut dr Islam???
time hudud?time hukum Allah umno kata apa?? penipu org2 umno ni..
nk perpaduan dgn umno nk wat ape yop..hancor kebun..penyapu duit rakyat..mengkayekan kroni..dan paling penting umno dasar kebangsaan,nasionalisme..mengabaikan agama..aikk!! sibuk nk perpaduan dgn pas kenapa..sebab umno dh nk terlungkup.dh nk rebah..kalo tk kerana sabaha,sarawak dh hancor umno bn ni..dh nyawa2 ikan hehehe..sekarang syok sendiri..wat mcm2 pelik..rampas kuasa..umno dh nk ghuyub..

Tanpa Nama berkata...

memang perpaduan ummah, bubar UMNO dan BN masuk PAS...