9 Jun 2009

UG Bersama UMNO : Ada Cawangan PAS Bakal Bubar

Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan (United Government). Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh.

Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan? -

Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna. - malaysiabiz-aloha


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

Tanpa Nama berkata...

kepala hotak dia, siapa yg buat kenyatan keliru selama ini kalau bukan nasha dan hadi sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Bagus pendedahan ini supaya Presidenn dan timbalannya muhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

dalam muktamar dulu pun dah ditentukan,tiada perpaduan ngan umno.walaupun ada perjumpaan tanpa restu.mursyidul dah bagi nasihat.sekarang bunyi lagi.ketegaq sungguh napak gayanya demo berdua ni.nanti abis jadi macam t'ganu....apa pun tarak.. elekkk...md

kembara putih berkata...

TGHH dan Nasha ni pun satu. Kalau setakat nak jumpa dan bincang dengan UMNO TAK PERLULAH canang-canangkan Kerajaan Perpaduan, cukup guna perkataan PERJUMPAAN sahaja (mungkin kemaruk dengan slogan kot). Dan bila jumpa, tak perlulah menyorok-nyorok. Tengok, bukan sahaja pemimpin2 PAS, ahli bawahan pun keliru. Sekarang ni di media perdana UMNO dok main isu Kerajaan Perpaduan. Bagi UMNO Kerajaan Perpaduan ni bermaksud PAS BERGABUNG DI BAWAH UMNO. Tak ke jadi tambah keliru gitu, tambah2 PENJELASAN YANG KONKRIT dari TGHH dan Nasha tak kunjung tiba.

Tanpa Nama berkata...

kemaruk nak jadi menteri la tuh...
hadi jadi menteri besar takdan setahun dah kena halau ngan orang ganung... siap kalah parlimen lagi... padahal kubu kuat dah tuh..
nasa pun kalah masa tu... harapkan ehsan orang bachok baru merasa jadi ahli parlimen... tidak melopong laaa...

hanya kerana nak senangkan orang gila kuasa... pas akan berkubur... tak paham dengan orang yang mengundi di muktamar... bengap sangat ke???

terpengaruh dengan cerita dan dakyah kata hadi jumpa perdana menteri iran ke???

Tanpa Nama berkata...

Hasut, jangan tak hasut!

Tanpa Nama berkata...

yg menghasut ahli untuk berpelukan dgn umno lagi ler terukkkkk