9 Jun 2009

PAS UMNO : Polis Dah Dikerah Ke Manek Urai

Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 anggota untuk bertugas menjaga ketenteraman awam menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini, demikian lapor sebuah akhbar bebahasa melayu hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, penempatan anggota terbabit akan dilakukan secara berperingkat sebelum penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi.

Beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan seluruh negara dan parti-parti politik.

"Kawasan itu akan dipantau sepenuhnya bermula dari tarikh penamaan calon dan selepas pembuangan undi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya," katanya kepada pemberita sempena Majlis Perhimpunan Bulan Jun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan sebanyak 70 buah motosikal Honda CBA 750 kepada seluruh daerah Kontinjen Kelantan.

Amir Hamzah berkata, semua persiapan kini berjalan lancar dan pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika keluar mengundi.

"Pada peringkat awal, kita akan mengerahkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta l dibantu oleh anggota dari Bukit Aman.

Sementara itu beberap pemimpin PAS Kawasan melihat ia sebagai strategi rutin pihak UMNO BN untuk menakut-nakutkan pengundi dari keluar mengundi.

Tidak ada kejadian buruk berlaku sepanjang pilihanraya kecil dan umum dijalankan di negara ini selama ini.

"Malah keadaan paling aman dirasai di penanti apabila UMNO BN tidak bertanding," tegasnya.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis akan ditempatkan dimanir Urai ..kalau kat penanti UMNO tak ada tak jadi apa2 keganasan pun..tak taulah bila umno masuk gelangan macam2 hal akan terjadi..sama2 kita tengoklah..apa yg akan terjadi..