9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Mustapha Ali Cuba Jadi Jaguh

Pas Terengganu dilihat sebagai pihak yang paling beriya-iya dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Setidak-tidaknya itu persepsi para ahli PAS seluruh negara.

Malah ahli-ahli PAS Terenganu di peringkat bawahan pun ramai menyokong gagasan tersebut yang kelihatan cuba pula mencorakkan PAS seluruh negara melalui mereka yang bergerak di blog-blog dan portal-portal serta menghambur komen-komen di ruang artikel blog orang lain dan ruang-ruang sembang (shoutbox) di blog-blog yang membincangkan isu Kerajaan Perpaduan.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali meminta pemimpin kesemua peringkat parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Katanya, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Saya merayu kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan bukan sahaja bekerja keras dalam pilihan raya DUN Manek Urai, saya juga menyeru agar mereka menghentikan segala kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh beri kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Sekarangkah beliau baru perasan isu itu merugikan jemaah dan merugikan parti?

Sedangkan umum mengetahui beliau jugalah akitek utama "kerajaan campuran" yang kemudian dijenamakan semula sebagai "kerajaan perpaduan" yang dijaja oleh PAS Terengganu melalui Presiden PAS sendiri, Haji ABdul Hadi Awang.

Bekas timbalan menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sewaktu PAS berada di dalam BN yang bernama Mustapha Ali itu amat dikenali sebagai politikus yang licik yang telah menyebabkan timbul pelbagai puak di dalam PAS yang telah mengatur strategi sehingga berlaku perpecahan di dalam PAS.

Sewaktu pemilihan pucuk pimpinan parti yang lepas, Mustapha sebagai Pengerusi jawatankuasa pemilihan telah memperkenalkan beberapa kaedah yang tidak telus dan tidak adil seperti bilangan pencalonan yang diperolehi oleh seseorang calon yang tidak diketahui umum di samping pengumuman keputusan pemilihan yang dilewatkan masa untuk tujuan yang hanya beliau saja mengetahuinya.

Ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik di dalam negara ini hatta oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri.

Beliau begitu bijak menghalang orang lain menggunakan harakahdaily untuk tujuan berkempen supaya beliau dapat mempergunakan harakahdaily sepenuhnya bagi berkempen memburukkan pemimpin yang tidak disukainya.

Ini dapat dilihat seperti harakahdaily keluaran 28 Mei 2009 beberapa hari sebelum pemilihan yang mengeluarkan tajuk yang mengelirukan ahli-ahli dan perwakilan "Penjelasan kenapa saya tarik diri - Husam" sedangkan yang dilaporkan ialah tarik diri dari penyertaan rancangan Hujah anjuran TV9. Sedangkan tajuknya persis Husam menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.


Mahfuz Omar pernah mempertikai kenyataan Mustapha mengenai arahannya melarang calon-calon berkempen menggunakan harakah sedangkan beliau (Mustapha) adalah Pengerusi Harakah yang boleh memberi arahan secara terus supaya akhbar itu tidak dijadikan alat untuk berkempen oleh mana-mana calon.


3 ulasan:

Orangkelantan berkata...

sorry to say la...aku agak MA ni telah merancang secara halus untuk PAS kalah di Trg dlm PRU12 lalu...aku memang skeptik kat MA ni...so to HT. Hj Hadi is a follower..

sorry to say la...

Tanpa Nama berkata...

Punca semua ni Hadi ngan Nash kemarok kuasa..dia tau dlm PR dia xbleh jadi PM kot..ganu dah kalah mula lar kemarok nak jadi MB mcm rakan2 yg lain..dia ingat wat pepaduan dia bleh dapat jadi MB kat Ganu kot..bleh blah..
Dulu kat mane2 ceramah dia la yang tanam kan kebencian kat UMNO,siap ckp nak menang dlm PRU dll,hapuskan UMNO dulu,bukan parti komponen lain..ingat aku bleh luper ke..hampeh nyer leader,xkonsisten lgsg..mmg xlayak jadi PM org tua ni..racist pun bleh tahan gak,dulu dok gadoh ngan DAP diala punyer hal..ckp org lain ubat dah expired la,apela,masa PRU,last2dia gak yang lebohh..dia ni bukan nyer nak dakwah kat yg xphm islam ni bagi paham,tp lagi nak begado mcm perangai UMNO.mujur Anwar kuar jail cepat,mamat nila yg jadi penyatu kpd semua parti dlm PR skrg..harap Hadi ngan Nash,hampehhh..skrg aku kecewa sebab...
1.sokongan dan pemahaman bukan islam terhadap agama Islam dah meningkat dan tgh meningkat,si mangkok dua ekor ni dah menjadi punca perbalahan semula dan hilang daya tarik semula bukan islam terutama kepecayaan pada org islam,khususnyer MELAYU..bodoh nyer leader,tah ape yang dia kemarok sgt ngan UMNO..
2.dalam malaysia yang hidup pelbagai kaum ni,kita mane bleh racist,kalao kita nak berdakwah pun kita kene ajar doirang,terangkan,bukan meleui kuasa politik..nak tunjuk jaguh,kuat dll..korang tau betapa marah org cina terhadap aper belaku di perak..sampai org MCA pun korg pi tanyer dia xsokong UMNO..
3.Bukti pengkhianatan org melayu..hipokrit,tidak teguh..mula2 kes lompat di Perak,skrg plak 2 ulamak tinggi tetiba nak bersekongkol plak ngan pengganas UMNO..hadoii..pasni semua persepsi adalah melayu adalah hipokrit dlm politik kerana kuasa dll.

Kesimpulannyer..kita ahli,bukan ahli,penyokong dan sewaktu dgn nyer kene bodoh2 je ngan pemimpin politik ni..

Reformis 98 :-t

Tanpa Nama berkata...

Tell Muspafa Ali and the rest not to hold their breath for PR13.
Do u have any idea how difficult it was to convince my non Muslim friends not to fear PAS and to vote for them?
With their recent actions, they have proven themselves untrustworthy and disloyal.
So, a vote for PAS in PR13 = a vote for UMNO???????????