9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Hadi dan Nasya Perlu Wala Kepada Mursyidul Am

Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala’ pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

Tradisi ini, metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul ‘am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul ‘am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala’ kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala’ kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul ‘am. Hendaklah mereka wala’ kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.
Termasuk timbalan presiden.
Termasuk presiden.

- Prof Dr. Hamirdin

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebabnya presiden dan timbalan presiden merasakan diri mereka tidak perlu ditarbiyahkan lagi.
mereka saja yang mentarbiyah.

keegoan mereka tinggi ditipudayakan syaitan sehingga terlupa mereka ada naqib yag perlu dihormati dan diberikan wala' - mursyidul am.

takutilah airmata tuan guru itu.. huhu

Tanpa Nama berkata...

Jun 8, 09 12:06pm
DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).

Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.


Jun 8, 09 4:09pm
PKR menggesa PAS supaya menimbang semula usul yang diluluskan oleh muktamar parti itu semalam mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).


apa ni pkr dan dap.ckap bersama pas dlm pr.tp dlm masa yg sama menikam pas dari belakang.pkr ckap berapi-rapi ttg keadilan tapi dlm masa yg sama membela kumpulan yg dh terang dan jelas anti islam.org islam yg membela puak anti islam.apa ni pkr.perjuangan apa yg korang bawak ni.2x5 umno je aku tgok pkr ni.kalau dah berpaksikan sekular tu ttap tak betul jgk.bubarlah pkr tu dan berjuang bersama-sama pas menegakkan alquran dan hadis.isu agama bukan isu main2.pkr lebih pentingkan isu jawatan dari isu agama

KuihTikam berkata...

Kalau dalam PAS pun Pemimpin PAS boleh tikam TG Nik Aziz, apa hairan kalau orang dari luar tikam pas.

Pemimpin Pas sekarang sudah berminat bermain keris, nanti kita lihat siapa yang menikam dan siapa yang tertikam.

SahabatPAS berkata...

Masih ramai ahli PAS yang syok sendiri, tak boleh terima pandangan orang lain, hanya dia saja yang betul. Sukar untuk keluar dari lubang cacing masing masing. Kenapa tak ndak belajar dari TG Nik Aziz supaya jadi lebih BIJAKSANA (wisdom). Alangkah baik nya kalau ada 10 orang ulamak macam Nik Aziz dalam PAS. Mendalam ilmunya,luas perspektifnya, Banyak melihat dengan mata hati. Ramai bukan Islam yang datang minta panduan tapi orang Pas sendiri sudah mula cari TTok Guru lain yang lebih berwang.

Pak Brahim berkata...

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada TGNA agar dapat memimpin umat manusia kejalan yang lurus lagi selamat.

Semoga TGNA sentiasa berada dibawah payung rahmat Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

anonymous cuba alihkan isu, kita bicarakan soal kebiadaban Hadi dan Nasya terhdp mursyidul am, dia bawa isu SIS.

Satu lagi, isu SIS sepatutnya kita tak terus kata haramkan. Sedangkan UMNO yg jelas anti-Islam itu kenapa tak diusulkan diharamkan? Parti Sosialis kenapa tidak diusulkan supaya diharamkan? Kenapa hanya tumpukan SIS?

Tanpa Nama berkata...

org pkr memang biadap sbb tidak memandang serius isu agama.isu islam bukan isu main-main.jgn tergolong dlm puak yg munafik.kononnya menyokong hudud.tp dlm masa yg sama menyokong gerakan anti islam.

Tanpa Nama berkata...

pkr,umno,sis dan gerakan2 yg sewaktu dgnnya perlu diharamkan kerana berpaksi pada ideologi sekular.masih bersekongkol dgn fahaman ciptaan yahudi

Orangkelantan berkata...

Salam sabahat, bukankah aku dah katakan...PAS Trg tidak sama seperti orang lain. Dalam semua hal dia saja yang betul. Nampak watak "cool" Mustapha Ali, tapi berbelit. Lihat watak ulama Harun Taib, tapi dia lah, (bagi aku) yang menyebabkan kekalahan PAS di Trg dengan sikap "semua jemaah lain tak betul"nya. Sumbangan NGO Islam dan badan dakwah lain dinafikan. Dia adalah "murabbi" besar. Maka tidak peliklah jika nasaruddin bersikap merendah dan melecehkab TGNA setelah mendapat "tarbiyah" dari "murabbi"nya Harun Taib dan mastermindnya mustapha ali.

thats my humble opinion. Saya harap nasha akan bertanding di Trg dlm PRU13 nanti. Rasa rasa Bachok Kelantan tak sesuai lagi buat dia...

Tanpa Nama berkata...

apa sahaja isu yg dikaitkan dgn pas parti amuk sembarang)...pastinya akan di kaitkan dengan UMNO>

Apa kes la org2 pas ni. Tak tentu pasal jer salahkan orang lain.

Rasanya org2 parti a**** sesat ni mmg dah ditanamkan untuk sentiasa menyalahkan orang lain, menuding ke org lain sekiranya dia di persalahkan.

Bagus. Bagus.

Saya suka pati yg macam ni.