9 Jun 2009

UG Dengan UMNO : Kerana Enggan Wala Kepada Nik Aziz, Guan Eng Tarbiah Hadi

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, demikian lapor malaysiakini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kepada semua...

Muktamar sudah, pemilihan jawatan pun sudah. Banyak komen dan pandangan yang keluar dan tertulis di alam maya ini. ade yang sedih dan ada yang gembira. Apapun pun cuba kita lihat, Umeno sudah memainkan lebih peranan dalam memperlagakan/memecahbelahkan PR. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah kepada TG Presiden dan Timb.Presiden, segerakanlah keluarkan statement yang jelas untuk ahli PAS memahami dgn jelas pendirian kalian berdua tentang KERAJAAN PERPADUAN dengan Umeno.

Saya sebagai seorang penyokong kuat PAS percaya, sekiranya berlaku sekali lagi perbincangan dengan Barua Umeno, saya sendiri walaupun hanya satu undi,AKAN KU BERJANJI, TIDAK AKAN AKU BERIKAN LAGI KEPADA BARUA PAS YANG BERSETUJU BERSEKONGKONG DENGAN UMENO. TIDAK AKAN AKU HALALKAN WALAU SESEN PUN DUIT YANG SELAMA INI AKU DERMAKAN UNTUK KERJA PARTI PAS SELAMA INI. LIHATLAH KEMBALI APA YANG UMENO TELAH LAKUKAN KEPADA KAMI RAKYAT SEKELIAN.

DI KELANTAN, TIDAK ADA SATU SEN PUN BANTUAN DISALURKAN MELALUI KERAJAAN NEGERI. MALAHAN TG NIK AZIZ BERJAYA SELESAIKAN 98% HUTANG KERAJAAN NEGERI TANPA BANTUAN DARI UMENO.

DI KELANTAN JUGALAH BERMULANYA PENARIKAN SUBSIDI UNTUK ANAK2 KECIL BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT.

DI KELANTAN JUGALAH KERAJAAN PAS DI'KERA DAN DIMONYETKAN' SEHINGGA BELAKU DARURAT DAN RAMPASAN KUASA.

KALAU NAK DIUNGKITKAN MASALAH MELAYU, LIHATLAH PULAU PINANG APA YANG JADI PADA MELAYU PULAU PINANG. TAK PAYAH NAK ULAS.

KALAU DI KEDAH, LIHATLAH KAWAN2.. UMENO MENINGGALKAN RM2 BILLION TAHI YANG NAK KENA CUCI TANPA BANTUAN SATU BUIH PUN SABUN DARI UMENO DAN KERAJAAN PUSAT.

KALAU DI PERAK, LIHATLAH, MASIH PANAS LAGI.... RAMPASAN KUASA YANG DILAKUKAN OLEH HARAM JADAH UMENO.

KEPADA PRESIDEN, TIDAK INGATKAH ANDA KEPADA TERENGGANU? APA YANG TERJADI TEHADAP WANG ROYALTI MINYAK SETELAH PAS MEMERINTAH TERENGGANU?

DAN YANG PALING MENYAYAT HATI IALAH PERISTIWA MEMALI DAN TANGKAPAN ISA.....

FIKIRKANLAH KEMBALI WAHAI PIMPINAN PAS.... KHUSUSNYA PRESIDEN DAN TIMB PRESIDEN..... KALAU MEREKA NAK BETUL2 BERBINCANG OPS... SILAP... BERMUZAKARAH....

BEBASKAN TAHANAN ISA DULU,

BICARAKAN SEGALA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH PR,

LUNASKAN IMBUHAN YANG SEPATUTNYA DIBERI KEPADA KERAJAAN NEGERI WALAUPUN DIPERINTAH OLEH PR,

HENTIKAN MEMONOPOLI MEDIA ARUS PERDANA,

HENTIKAN PENYALAHGUNAAN KUASA ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA,

DAN BANYAK LAGILAH KEPINCANGAN OLEH HARAM JADAH UMENO, TAK LARAT NAK ULAS.

DAN KEPADA TIMB PRESIDEN, INGATLAH... ANDA HANYA MENUMPANG DI KERUSI PARLIMEN BACHOK KELANTAN.

INI BUKANLAH UGUTAN, TETAPI HANYA TEGURAN DAN PERINGATAN.....

YANG IKHLAS...
MOHD ISLAHUDDIN (dean9463@yahoo.com)

- My As

09.06.2009

Tanpa Nama berkata...

Nasharudin kalu anda ingat kepimpinan anad itu hebat mengalahkan Tok Guru Nik Aziz..aku cabar kau bertanding di Johor atau di Pahang....setakat menang di muktamar dah hidung tinggi!!!

Tanpa Nama berkata...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/... mu baco doh ko surat ni nasya?..balik N9 la wey...napok muko mu di kelate aku timbok...mu memalukan TGNA kami...baso baik mu...g**o ko?

Tanpa Nama berkata...

matang la cepat HH

Tanpa Nama berkata...

SIS

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."

"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.

"Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis."


--------------------------------

Rasanya bukan SIS sahaja patut gugurkan perkataan Islam...malah PAS jugak patut gugurkan perkataan ISLAM atas alasan yang sama.